Dec 1, 2012

#PAU2012 : Ternyata @MalaysiaKini Fitnah Apabila @Zahid_Hamidi Tidak Menjawab Isu Deepak


1. Atas akal rasional manakah seorang Menteri Kanan dan juga seorang Naib Presiden Parti akan menjawab isu 'khayalan' MalaysiaKini ini?

2. MalaysiaKini yang menjadi juara fitnah seMalaysia tertunduk malu apabila DS Zahid tidak menyentuh langsung isu Deepak ini.

3. Sekiranya dilihat asal-usul kepada isu Deepak ini disensasikan oleh MalaysiaKini untuk melaga-lagakan bukan antara pemimpin UMNO tetapi antara penyokong-penyokong di peringkat akar umbi.

4. Sekiranya DS Zahid menjawab isu yang tidak ada kaitan langsung dengan beliau maka beliau jatuh ke perangkap comot yang disediakan oleh media pro-pembangkang tersebut. Tahniah kepada DS Zahid!

5. Apabila perancangan mereka gagal, mereka telah mengeluarkan artikel dengan pantas mengatakan DS Zahid telah mungkir janji beliau.

6. Saya percaya bahawa DS Zahid tidak mengatakan apa-apa kepada wartaman MalaysiaKini malah saya amat percaya bahawa wartawan MalaysiaKini tidak akan mendedahkan identiti mereka sewaktu mereka bertanyakan soalan tersebut. Dan lebih-lebih lagi saya tidak percaya bahwa terpaculnya soalan tersebut dari mulut mereka.

7. MalaysiaKini dilihat sebagai terdesak dengan sekadar mencucuk-cucuk di sana-sini tanpa mempunyai apa-apa asas yang kukuh. Para editor MalaysiaKini juga yang berada di Riverside dan di tingkat 5 PWTC berhempas pulas dan mengerah buah fikiran mereka memikirkan apa langkah seterusnya.

8. Sekiranya perancangan mereka ini benar-benar mengikut SOP yang digariskan oleh media US, mereka seterusnya akan cuba untuk mengatur pertemuan antara pemimpin UMNO samada DS Zahid ataupun DS Najib sendiri bersama Deepak.

9. Walaupun permintaan perjumpaan tersebut diyakini tidak akan sampai kepada mana-mana pemimpin UMNO tersebut, mereka akan keluarkan artikel di mana kononnya DS Najib aaupun DS Zahid telah berjanji untuk bertemu. Apabila tiba hari kejadian, DS Zahid dan DS Najib tidak akan muncul dan mereka akan keluarkan lagi artikel mengutuk mereka berdua kerana tidak menepati janji ataupun takut.

10. Ini strategi yang diatur untuk seterusnya memburukkan pemimpin-pemimpin UMNO.

11. Permainan media seperti ini sudah dapat dijangka sekiranya kita ikuti proses pilihanraya presiden US baru-baru ini. Mereka akan gunakan strategi Obama yang menggelarkan Mick Romney 'Pants on Fire' yakni seorang penipu.

12. Namun begitu, kebijaksanaan pemimpin UMNO kini menjadi penghalang kepada strategi proksi Yahudi ini untuk berjaya.

13. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: