1. Di dalam perancangan pembangkang, mereka bakal melakukan satu lagi demonstrasi jalanan secara besar-besaran sebelum tibanya PRU ke-13 yang dinamakan Himpunan 1 Juta Kebangkitan Rakyat yang dirancang pada 12 Januari 2013.
2. Hishammuddin Rais yang merupakan ketua propaganda bagi pihak pembangkang ini semestinya sudah menyediakan 'game plan' beliau. Seharusnya beliau akan dibantu oleh anak buah beliau, Fahmi Redza yang bertanggung jawab menyediakan rekabentuk kreatif bagi demonstrasi sebelum-sebelum ini.
3. Hasil tangan Fahmi Redza jelas dapat dilihat di poster-poster dan juga banner-banner Pakatan Pembangkang sejak setahun yang lepas. Sebelum itu, hasil kreatif Pakatan Pembangkang sangat berlainan dan dikatakan sangat 'orang tua'. Dengan pengaruh elemen Amerikan yang dibawa oleh Fahmi Redza, rekabentuk kreatif pakatan kini mampu menarik minat dan perhatian golongan muda khasnya Gen-Y.
Rekabentuk yang dipelopori oleh Fahmi Redza |
4. Modul yang akan digunakan oleh Hishammuddin Rais ini akan bersandarkan kepada modul CANVAS seperti mana yang digunakan semasa Bersih 3.0, 24 April yang lepas. Penerangan tentang strategi bersih tempoh hari boleh dilihat di sini. (baca di sini)
5. Sekiranya Hishammuddin Rais ingin membina momentum ke arah perhimpunan yang boleh mencapai angka 1 juta orang, maka beliau memerlukan penglibatan kombinasi antara NGO-NGO pro-pembangkang
6. NGO yang dilihat boleh bersama dengan mereka seharusnya adalah NGO yang selama ini melakukan rusuhan dan demonstrasi serta mampu mengumpulkan khalayak yang ramai.
Tuntutan baru dicipta bagi meramaikan lagi khalayak |
7. Jika disenaraikan, NGO-NGO yang pasti akan terlibat adalah BERSIH, HINDRAF, Dong Zong, Anti-Lynas, ROYALTI, ANAK (Felda), TANAH (Johor). Sekiranya perlu maka beliau akan mencipta lebih banyak lagi NGO untuk mendapatkan lagi lebih ramai khalayak.
8. Langkah seterusnya, Hishamuddin akan menganjurkan demonstrasi kecil-kecilan yang melibatkan hanya satu kumpulan NGO sahaja. Semasa demonstrasi ini, beliau akan mnghantar mesej kepada khalayak bahawa hari besar adalah pada Hari Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat.
9. Mekanisma ini akan diulang dengan setiap NGO yang ada sehingga tibanya peristiwa 'besar' itu.
10. Sekiranya Hishammuddin Rais sedar akan 'trending' yang berlaku di kalangan rakyat kini, beliau sesekali tidak akan mempertengahkan tokoh politik pembangkang sebagai pembawa isu atau demonstrasi tersebut. Beliau akan mengetengahkan hanya kononnya rakyat yang mempunyai perasaan marah kepada kerajaan ataupun negara.
11. Pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan media pro-pembangkang khususnya blogger dan portal akan digunakan sebagai agen promosi. Mereka dijangka akan menggunakan imej Nik Aziz ataupun kata-kata beliau untuk memujuk orang ramai turun.
12. Elemen Nik Aziz adalah penting untuk memujuk khasnya jentera PAS yang terkenal dengan mentaliti fanatik, kos rendah dan sanggup melakukan apa sahaja demi Nik Aziz.
13. Media utama pro-pembangkang seperti Harakah, Roket, dan Suara Keadilan turut bakal memainkan peranan penting dalam mempromosikan himpunan ini. Penggunakan #KL112 akan digunakan disetiap posting mereka di media sosial.
Apa jua isu pun akan dikaitkan dengan #KL112 untuk menarik khalayak |
14. Dapat dilihat juga bahawa mereka belum lagi mengumumkan tempat himpunan tersebut. Mereka hanya menggunakan kata kunci Kuala Lumpur sahaja, tetapi tempat spesifik tidak diberitahu.
15. Ini kerana mereka ingin mengelakkan daripada pengetahuan pihak Kerajaan yang mereka jangkakan akan melakukan program di tempat tersebut pada tarikh dan masa yang sama. Langkah ini mereka cukup berhati-hati agar tidak didedahkan.
16. Namun begitu, kawasan yang mampu mengumpulkan 1 juta orang khalayak adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Bukit Jalil sahaja. Kawasan lain boleh mendatangkan implikasi negatif yang sukar dijangka.
17. Konsep yang ingin dibawa oleh Hishammuddin Rais adalah 'kemarahan'. Beliau inginkan seramai mana mungkin rakyat untuk naik ke pentas dan meluahkan perasaaan marah mereka. Kaedah ini adalah untuk mewujudkkan satu kesedaran kelompok (crowd awareness). Ini langkah pertama yang biasanya digunakan semasa demonstrasi untuk menggalakkan khalayak bertindak sebagai satu unit yang sama.
18. Menyemarakkan kemarahan adalah penting untuk langkah seterusnya.
19. Dijangka dengan kemarahan 1 juta orang yang berada di satu tempat yang sama, konflik memang tidak akan dapat dielakkan.
20. Pergaduhan antara sesama sendiri ataupun dengan pihak berkuasa boleh dijangka akan berlaku dan elemen konfrantasi inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh Hishamuddin Rais.
21. Semasa konfrontasi ini berlaku, permainan media akan dimainkan lagi. Media pro-pembangkang akan mengetengahkan keganasan yang dilakukan kepada 'rakyat' kononnya. Ini akan menyemarakkan lagi kemarahan orang ramai dan akhirnya menyebabkan lebih ramai lagi orang yang akan turun.
22. Seperti yang berlaku di Gombak baru-baru ini, kejadian tersebut adalah untuk membina persepsi orang ramai tentang keganasan parti UMNO, walaupun yang cedera itu adalah orang UMNO sendiri dan tiada seorangpun jentera pembangkang membuat laporan polis ataupun masuk ke hospital.
23. Namun begitu, pihak media pro-pembangkang melaporkan perkara-perkata seolah-olah satu pergaduhan yang tersangatlah dasyat berlaku dan mangsa kejadian adalah dari jentera pembangkang. Mereka sudahpun melabelkan UMNO sebagai samseng di dalam kes ini.
Lupakah kita apa yang berlaku semasa Bersih 3.0? |
24. Saya percaya bahawa Hishammuddin Rais akan mengharapkan agar akan berlakunya kes kematian agar dapat dieksploitasikan oleh beliau. Dengan mengambil kira bilangan yang besar seperti 1 juta orang tersebut, kebarangkalian untuk berlakunya kes kematian adalah tinggi.
25. Kes kematian ini akan menjadi pokok kepada agenda mereka untuk memainkan persepsi di media sekaligus menunjukkan berlakunya ketidakadilan yang berlaku dan seterusnya rakyat akan bangkit dan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
26. Itulah harapan Hishammuddin Rais semenjak beliau menjadi aktivis sosialis tahun 70-an dahulu. Sekali di dalam hidup beliau, beliau ingin rasai 'revolusi' rakyat ini berlaku hasil pimpinan beliau. Inilah yang beliau paling impikan untuk berlaku.
27. Seoang tua pernah berpesan kepada saya lama dahulu bahawa di dalam lipatan sejarah Malaysia ini, bakal berlakunya satu lagi rusuhan yang besar-besaran, tetapi kali ini tidak melibatkan antara kaum tetapi sesama kaum. Melayu vs Melayu.
28. Adakah ramalan seorang tua ini bakal menjadi kenyataan? Hati kecil saya mendoakan agar orang tua ini tersalah ramalannya.
29. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.
No comments:
Post a Comment