Dec 31, 2012

#TolakPR : Meninggikan Kalimah Allah Adalah Jihad Fisabilillah!




Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”

“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”

“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

“Tidak,” jawab Rasulullah.

“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”

“Bukan.”

“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”

“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

1. Jelas dengan sabda Rasulullah di atas, perbuatan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng malah Nik Aziz sekalipun yang membenarkan bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah harus ditentang.

2. Malah ia menjadi satu panggilan jihad untuk umat Islam untuk menegakkan kalimah Allah. Maka barang siapa yang mengatakan tidak mengapa untuk agama lain menggunakan kalimah Allah ini tergolong di dalam golongan mana?
3. Tetapi malangnya bagi umat Islam di Malaysia ini, kita tersalah erti dengan maksud sebenar jihad. PAS telah mengapi-apikan serta memberi 'fatwa' sesat yang mengatakan menentang UMNO itu adalah   jihad dan mati menentang UMNO ini dikira sebagai syahid.

4. Atas kenyataan ini yang diucapkan oleh Haji Hadi, maka ramailah penganut-penganut PAS membenci kepada UMNO sehinggakan menganggap bahawa darah orang UMNO itu halal baginya.

5. Kenyataan Lim Guan Eng yang disokong oleh Anwar Ibrahim dan juga Nik Aziz seharusnya ditentang habis-habis kerana ia disebut oleh Rasullulah sebagai jihad.

6. Atas matlamat memenangkan agenda politik peribadi maka PAS sanggup meninggalkan jihad fisabilillah.

7. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: