Dec 31, 2012

#TolakPR : Amanat Haji Hadi Telah Mengkafirkan Seluruh Dunia!


1. Buku Kafirkah Aku? yang menjadi bahan bualan hangat bagi peminat politik tanah air baru-baru ini telah membuka pelbagai perspektif baru.

2. Haji Hadi mengatakan bahawa UMNO murtad atau kafir kerana tidak melaksanakan syariat Islam cara PAS dan UMNO berpakat dengan parti orang bukan Islam.


3. Janji di dalam Al-Quran ternyata terbukti apabila tuduhan kafir itu berbalik kepada mereka (PAS) sendiri apabila mereka berpakat dengan DAP. Malah, PAS bertindak melampau-lampau untuk mempertahankan parti ekstremis itu, bekerjasama malah sanggup berpeluk-pelukan demi agenda politik semata-mata.

4. Saudara se-Islam dengannya dijadikan musuh malah dibenci dan dilabelkan lebih jahat daripada Yahudi lagi.

5. Tuduhan Haji Hadi tersebut sebenarnya telah mengkafirkan atau memurtadkan hampir seluruh umat Islam lain di dunia ini. Apanya tidak kerana ada negara Islam yang tidak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya, malah lebih longgar lagi daripada Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini.

6. Umat Islam di Indonesia kafir, umat Islam di Turki kafir, umat Islam di Mesir kafir, umat Islam di Libya kafir, dan ramai lagi umat Islam di seluruh dunia ini kafir kerana menyokong kerajaan mereka sendiri yang belum melaksanakan syariat Islam sepenuhnya ataupun berpakat dengan orang bukan Islam untuk membentuk kerajaan.

7. Ini hakikat sebenar akibat daripada ucapan Haji Hadi tersebut!

8. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk membenci antara satu sama lain. Kita diajar dengan Rahman dan Rahim bukan sahaja sesama Islam tetapi untuk seluruh alam seperti mana Nabi Muhammad itu adalah Rahmatul lil alamin. Rahmat untuk sekalian alam.

9. Umat Islam itu pula ternyata adalah bersaudara, namun bagi parti bertopengkan Islam ini perkara ini hanya terpakai untuk sesama ahli parti sahaja. Terlalu banyak kebencian yang disebarkan oleh parti pada namanya ada perkataan Islam.

10. Pengajaran sebeginilah yang melemahkan hubungan sesama umat Islam yang mana pada akhirnya memudahkan Islam itu sendiri untuk diperkotak-katikkan dengan begitu sahaja.

11. Malah lebih sedih lagi apabila parti ini mengajak orang ramai untuk melakukan kerosakan dengan menganjurkan demonstrasi-demonstrasi haram. Mencetuskan huru-hara di dalam negara serta menggalakkan keganasan di kalangan penyokong parti.

12. Tidak mustahil juga apabila mereka pernah satu ketika dahulu berkata darah orang UMNO ini adalah halal!

13. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

1 comment:

Konda Kondi said...

aku cam kenal tangan tu..kih3