Dec 1, 2012

#PAU2012 : Mengapa Pula DS @Zahid_Hamidi Menjawab Isu Deepak? @NajibRazak @TunFaisal @RazlanRafii @ShahrulYahya @mkini_bm


1. MalaysiaKini sekali lagi memainkan peranan sebagai 'Conspiracy Maker' apabila mengeluarkan artikel fitnah seperti ini.

2. MalaysiaKini juga ingin menimbulkan satu perkaitan antara DS Zahid Hamidi dan DS Najib Razak mengenai kes ini. Mengapa mereka menyusun strategi ini?


3. Seperti yang dijelaskan di dalam artikel sebelum ini, (baca di sini), sekiranya benar Deepak mempunyai kes, bawalah ia ke mahkamah dan bukannya ke media untuk disensasikan. Sekerinya beliau benar-benar ingin hak beliau terbela maka bawalah ke mahkamah.

4. Di dalam logik akal manakah, seorang Perdana Menteri mempunyai kuasa terhadap tindakan Bank tersebut? Ini adalah satu usaha lemah dari pihak media pro-pembangkang untuk mensensasikan cerita sebegini rupa untuk memburukkan imej DS Najib Razak.

5. Kini, setelah percubaan untuk mengaitkan Tun Mahathir sebagai orang 'dalam' yang menggerakkan Deepak ini gagal, pihak pro-pembangkang ingin mengaitkan DS Zahid Hamidi pula sebagai 'mastermind' sebenar di dalam kes ini.

6. Di dalam percaturan politik dalaman, ditekankan bahawa apa-apa jua tindakan sabotaj, bukanlah sekarang ini masanya kerana PRU-13 semakin hampir. Ini adalah masa terbaik buat pembangkang untuk mewujudkan konspirasi bukannya dari pihak UMNO.

7. Sekiranya perkara ini betul tindakan orang 'dalam', persidangan tahun hadapanlah yang paling bertepatan.

8. Ini kerana apa gunanya UMNO bertindak untuk mensabotaj sesama sendiri dan menggerakkan konspirasi sekiranya UMNO tidak dapat mengekalkan penguasaan mereka untuk pilihanraya akan datang.

9. Setelah kukuh kedudukan UMNO di persada politik nasional, barulah pergerakan 'konspirasi' sebegini sesuai untuk dilaksanakan oleh orang 'dalam', Sekiranya ada.

10. Dato' Shahrul Yahya yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada DS Zahid Hamidi juga menegaskan bahawa DS Zahid memang tidak akan menjawab pun perkara itu kerana apa perkaitanan isu tersebut dengan Persidangan Agung UMNO ini. 

11. Ini adalah cubaan bagi pihak media pro pembangkang untuk mengalihkan perhatian awam daripada persidangan kali ini dan memutar-belitkan kenyataan sebenar.

12. Juga ini adalah usaha daripada Anwar Ibrahim sendiri selaku pencipta konspirasi untuk melaga-lagakan antara kepimpinan tertinggi UMNO. DS Zahid Hamidi cuba digambarkan oleh pihak media pro-pembangkang sebagai orang yang ingin merampas kuasa.

13. Team Media Selangor juga mengulas mengapa LKS pula yang mahukan DS Najib menjawab dan bukannya DS Zahid Hamidi. (baca di sini)

14. Ini adalah satu lagi bukti kukuh bagaimana apabila media pro-pembangkang ini memainkan isu, pemimpin pembangkang pula yang akan kutip. Sebelum ini Husam dan kini Lim Kit Siang pula.

15. Rekod ayat ini: Seterusnya usaha pihak media pro-pembangkang ini adalah untuk mengaitkan DS Najib dan adiknya DS Nazri Razak pula di dalam putar-belit kenyataan dan pendedahan karut ini. Tunggu dan lihat.

16. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: