Dec 20, 2012

#UndiBN : Bukti Rakyat Malaysia Menyokong Kempen BR1M dan PR1MA

1. Jika dilihat di dalam Google Trend baru-baru ini, carian BR1M telah mendapat tempat pertama di dalam enjin carian Google.


2. Ini adalah satu perkara yang memberangsangkan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana rakyat menerima cadangan kerajaan untuk memberikan BR1M kali ke-2.

3. Tindakan parti pembangkang yang mengatakan rakyat Malaysia menolak pemberian BR1M 2.0 atas pelbagai alasan ternyata tidak benar dan sekadar retorik sahaja.



4. Sekiranya dilihat dari taburan carian mengikut negeri pula, kepadatan carian ternyata adalah daripada negeri Sabah dan Sarawak.

5. Bermakna kempen yang dijalankan oleh kerajaan ke negeri-negeri tersebut ternyata berjaya mendapat sambutan rakyat.

6. Anwar Ibrahim yang sering menyanyi-nyanyikan lagu yang pada mana Sabah dan Sarawak bakal jatuh ke tangan parti pembangkang ternyata satu lagi angan-angan kosong.

7. Ini adalah satu indikator bagus buat kerajaan Barisan Nasional tentang sokongan rakyat terhadap kempen kerajaan.

8. Satu lagi indikator yang menarik adalah daripada carian PR1MA iaitu Perumahan Rakyat 1 Malaysia.

9. Pulau Pinang yang terkenal dengan negeri bawah jajahan DAP menjadi sumber utama yang mencari PR1MA di enjin carian Google.

10. Ini bermakna rakyat Pulau Pinang sebenarnya mahukan rumah mampu milik dan bukannya rumah atau kondominium mewah yang jutaan ringgit nilainya.

11. Kegagalan kerajaan DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng ternyata jelas apabila rakyatnya sendiri yang mahukan perumahan mampu milik. Dan ini hanya mampu ditawarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: