1. Ramalan tempoh hari adalah tepat. (baca di sini) Media Pro-Pembangkang walaupun tidak diberikan akses untuk masuk ke dalam dewan persidangan mampu untuk 'infiltrate' ke dalam dewan dan memberikan laporan-laporan yang diulas mengikut persepsi negatif yang menguntungkan pihak pembangkang dan mencemarkan UMNO.
2. Trend terkini di portal pro-pembangkang adalah berorientasikan kepada 'keyword' tertentu tanpa melihat kepada isi kandungan ucapan secara keseluruhan.
3. Sebagai contoh, 13 Mei, Adnan berani potong telinga, doa yang dibacakan oleh PAS, Saham FELDA dan sebagainya.
4. Isu ini terlalu kecil untuk mendapat perhatian umum, maka media pro-pembangkang ini pula 'mencipta' berita-berita 'panas' untuk dicampakkan kepada umum untuk dipertelagahkan.
5. Musa Hassan, Deepak diletakkan di muka hadapan portal mereka dengan mencipta skandal dan 'pendedahan' baru bertujuan mencuri tumpuan umum.
6. Bahan bacaan 'alternatif' ini adalah terlalu terdesak untuk mencipta isu sehinggakan terpaksa mengorek kembali isu-isu lama untuk di'recycle' semula.
7. Rancangan pembangkang seterusnya adalah untuk memasukkan keluarga DS Najib sebagai elemen moral untuk menghentam beliau.
8. Altantuya dan Scorpene adalah 2 modal sahaja untuk pihak media pro-pembangkang dan juga pemimpin pembangkang yang dijaja ke merata-rata tempat. Akhirnya, kisah-kisah dongeng ini basi untuk dimamah oleh rakyat.
9. 'Penemuan' baru kononnya dicipta untuk menghidupkan semula kisah-kisah dongeng ini.
Najib VS Anwar
10. Antara fokus serangan lain yang dilakukan adalah untuk membandingkan DS Najib dan DS Anwar Ibrahim.
11. Kebanyakan penggerak media pro-pembangkang ini adalah daripada generasi tahun 2004 ke atas. Dan sasaran mereka juga adalah kepada generasi baru pengundi ini yang terdiri daripada golongan umur yang sama.
12. Mereka sudah lupa akan perbuatan DS Anwar Ibrahim sewaktu negara dilanda krisis ekonomi. Mereka juga lupa akan perbuatan DS Anwar ini jika tidak dibendung akan mengakibatkan negara kita berhutang teruk dan akhirnya akan dimasuki oleh US secara keseluruhan.
13. Segala kekayaan negara yang berjaya dibangunkan oleh pemimpin terdahulu seperti Petronas, Proton, Sime Darby dan sebagainya akan terkorban hak miliknya kepada syarikat-syarikat luar negara.
14. Kesungguhan DS Anwar untuk mendapatkan bantuan IMF dan Bank Dunia akan menjadikan negara kita ini seperti Indonesia yang sehingga hari ini masih belum pulih ekonominya.
Najib Pohon Maaf
15. Apa lagi yang mereka mahu? DS Najib telahpun meminta maaf dan sifat meminta maaf ini pula dikatakan lemah oleh media pro-pembangkang ini.
16. DS Najib, seorang Perdana Menteri Malaysia yang pada egonya, martabatnya, keturunan keluarganya tidak perlu untuk memohon maaf daripada sesiapa pun telah dengan rendah dirinya, ikhlas meminta maaf.
17. Tidakkah mereka terharu melihat seorang perbuatan orang kenamaan ini? Seluruh rakyat Malaysia terharu melihat perbuatan seorang pemimpin negara ini. Tidakkah kamu juga?
18. Dengan kebencian yang tersumat di hati mereka ini, kemaafan DS Najib juga dipolitikkan, dimainkan dan diperlihatkan yang beliau ini seorang yang lemah. Adakah mereka ini terlalu kuat dengan egonya enggan menerima maaf tersebut?
19.Tidak pernah seumur hidup sesiapapun melihat Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau sesiapapun dari pihak pembangkang sanggup meminta maaf atas kesalahan mereka.
20. Adakah mereka ini maksum, terlepas dengan dosa-dosa lampau? Adakah mereka ini terlalu istimewa martabat mereka untuk menghulurkan maaf kepada sesiapapun?
21. Malah diperlihatkan kepada orang ramai bahawa mereka ini lebih atas, lebih mulia daripada kesemua pemimpin yang telah berjasa kepada negara, memberi khidmat kepada rakyat sehingga hari ini tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik sekalipun.
22. Adakah selama mereka ini hidup, tidak pernah langsung menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan? Malah, berapa ramai daripada pihak pembangkang ini darahnya, ilmunya, telah memakan hasil daripada kerajaan. Ramai daripada mereka ini turut menerima biasiswa daripada kerajaan dan anak mereka sendiri pada hari ini pun ditaja oleh kerajaan melalui pelbagai khidmat sepert JPA, MARA dan sebagainya.
23. Dan kerajaan tidak pernah tidak pun meletakkan syarat jika anda dan keturunan anda menyokong parti pembangkang, anda tidak layak!
24. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!
No comments:
Post a Comment