Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

Nov 27, 2013

#MuktamarPAS : Apa Yang Sudah Berubah Dengan PAS?

KEPUTUSAN corak kepimpinan Pas dalam muktamar yang baru lalu masih dalam status-quo lama. Tidak banyak yang berubah. Dewan Ulama Pas mengambil keputusan Tahalluf Siasi dengan pihak lain dikekalkan.

Tidak banyak perbincangan mengenai perincian maksud Negara Berkebajikan untuk dijadikan landasan merubah Malaysia ikut kaedah syarak. Beberapa kritik daripada perwakilan terhadap hala tuju perjuangan Pas dianggap remeh dan tidak relevan.

Segala kritik terhadap Pas datangnya daripada musuh Pas sendiri terutama media arus perdana seolah-olah Pas adalah sebuah parti yang serba lengkap dan sempurna.

Kritikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pejuang Hak Asasi Manusia yang bercanggah dengan syariah sekadar melepaskan batuk di tangga kerana Hadi amat maklum di belakang COMANGO berdiri S.Ambiga dan Anwar Ibrahim rakan sekutu Pas.

Isu kalimah Allah tidak dijadikan bahan perbahasan dan isu Syiah semacam dirasakan tidak wujud. Bagi khalayak ramai ia suatu isu yang melibatkan persoalan akidah, ibadah dan syariah.

#MuktamarPAS : PAS Selepas Muktamar



SELAMA empat hari mulai Khamis lalu, sekitar Stadium Malawati, Shah Alam berubah wajah, ia menjadi tumpuan ribuan ahli dan penyokong Pas memandangkan di situlah berlangsung Muktamar Tahunan Pas Ke-59.

Mereka hadir dengan penuh semangat kerana menganggap apa yang mereka lakukan adalah satu jihad bagi menegakkan perjuangan Islam.

Tetapi persoalannya, sejauh manakah hasrat mereka tercapai? Adakah harapan mereka untuk melihat syariat Islam yang menjadi cita-cita perjuangan Pas terlaksana melalui langkah memperkasakan kedudukan ulama?

Bagaimana pula dengan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, apakah parti itu berani bersuara untuk menjadi dominan atau sekadar 'pak turut'?

Berikut penulis paparkan beberapa rumusan selepas muktamar berakhir kelmarin.

Nov 25, 2013

#MuktamarPAS : Mana Perginya Janji Hudud PAS?


Pengakuan kerajaan PAS Kelantan bahawa ia belum bersedia melaksanakan hukum hudud sangat signifikan. Ini mengesahkan pandangan majoriti rakyat yang sangsi dengan kemampuan PAS dan niatnya yang sebenar walaupun parti itu berdegar-degar seolah-olah mahu melaksanakannya secepat mungkin. 


“Jika PAS diisytiharkan menang di bumi Serambi Makkah, maka esoknya, sebelum ayam berkokok, sebelum burung keluar dari sarangnya, sebelum fajar menyinsing, kita nobatkan ‘baldatun tayyibatun waraffun ghafur’ (negeri indah lagi diredhai Allah).” Begitulah semangatnya pemimpin PAS berkempen. Kenyataan ini dibuat pada 1959, yakni 54 tahun lalu. Sehingga hari ini – entah berapa juta ayam yang sudah berkokok dan burung yang terbang – janji PAS belum terhasil. 


Nov 23, 2013

#MuktamarPAS : PAS Akan Keluar Pakatan Sekiranya Ulama Menguasai Kepimpinan Tertinggi Parti



Muktamar PAS ke-59 pada kali ini menyaksikan pertempuran yang hebat antara golongan Ulama' dan juga golongan Erdogan (Profesional). Walaupun pada permukaannya pertempuran itu tidak kelihatan tetapi arus di dasar bergolak dengan begitu hebat.

Harun Taib telah mula diserang oleh cybertroopers Erdogan yang diketuai oleh Tulang Besi yang merupakan askar upahan Khalid Samad. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan antaranya kehadiran Harun Taib di dalam Jawatankuasa Tertinggi PAS bagi penggal yang sudah menyaksikan kehilangan negeri Kedah dan juga Perak. Harun Taib juga telah dituduh secara sinis sebagai bekerjasama dengan UMNO.

Lebih mengejutkan apabila usul untuk mengekalkan golongan Ulama secara teknikal di dalam kepimpinan PAS telah ditolak oleh Sayap Pemuda PAS sendiri. Kononnya bukan kerana menolak golongan Ulama tetapi untuk memilih secara demokrasi. Sayap Pemuda PAS sendiri telah terikut-ikut dengan budaya demokrasi ciptaan Yahudi.

Tidak dinafikan bahawa Golongan Erdogan yang dikepalai oleh Husam Musa mempunyai kelebihan kewangan yang berlipat-lipat kali ganda lebih daripada Golongan Ulama. Itupun tidak dicampurkan lagi dengan dana yang diterima daripada PKR dan DAP untuk terus mengekalkan status quo Ulama-Erdogan di dalam PAS.

#MuktamarPAS : Isu-isu Hangat Untuk Muktamar ke-59 PAS




Khamis, 20 Nov. menandakan Muktamar PAS ke-59 bermula dengan sidang Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Manakala sidang penuh bermula semalam 22 Nov. Pemilihan untuk barisan kepimpinan baru PAS akan bermula selepas perasmian yang akan dilakukan Presiden Abdul Hadi Awang.

Selain soal pemilihan khasnya untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden, muktamar ini juga akan menjadi tumpuan dan dijangka hangat dengan beberapa isu yang awal-awal lagi sudah dirancang agar ianya meletus dalam muktamar ini.

Antara isu-isu atau perkara yang akan menjadi perhatian ialah isu kerjasama politik PAS dengan PKR dan DAP. Soal 'tahaluf syiasi' ini dijangka akan didebat hebat. Akan ada pro kontra mengenai hal ini.

#MuktamarPAS : Antara PAS, Hudud dan Tahalluf Siyasi



KENYATAAN Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan melaksanakan hukuman hudud menjelang Muktamar Pas hari ini dan esok (22 dan 23 November) tidak dilihat terjadi secara kebetulan atau dilihat sebagai bermotif politik.

Pas yang bercita-cita menegakkan negara Islam dan hukuman hudud tidak memberikan reaksi yang bulat terhadap kenyataan itu. Puluhan tahun Pas Kelantan telah menuntut pelaksanaan hukuman hudud sehingga Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 diluluskan.

Alasan Timbalan Menteri Besar Kelantan ialah isu Perlembagaan Persekutuan dan pakar undang-undang belum memberi maklum balas dari sudut perlembagaan mengenai Enakmen Hudud itu.

Ia pasti akan menjadi isu dalam Muktamar Pas kali ini di samping isu-isu yang lain. Isu yang melatari pelaksanaan hukuman hudud ini memberi kesan terhadap pendekatan tahalluf siasi yang sedang berjalan.

DAP melalui kenyataan Pengerusinya Karpal Singh tidak akan menerima pelaksanaan hudud dengan menyatakan "langkah mayatku dulu" sekiranya ingin melaksanakan hudud.

Anwar Ibrahim dalam Majlis Makan Malam dan Dialog Bersama dengan Pemimpin Masyarakat Cina di Subang Jaya pada 8 November 2011 menyatakan isu hudud tidak berbangkit dalam keputusan ketua-ketua pakatan. Kata Anwar lagi, hudud bukan ditentukan oleh satu parti tetapi ia adalah kesepakatan semua parti. Dalam isu hudud beliau berpegang kepada Perlembagaan Negara.

Nov 18, 2013

#Hudud : Tangguh Dahulu! PAS kata Kelantan Belum Bersedia.



Impian rakyat Kelantan untuk melihat pelaksanaan hukum hudud yang  telah dijanjikan sejak tahun 1990 terpaksa ditangguhkan lagi kerana Kerajaan Pas Kelantan mengakui masih belum bersedia melaksanakannya.

Nov 17, 2012

Rintihan Ahli PAS di Peringkat Akar Umbi Tidak Dilayan di Mukatamar PAS 2012.

Rintihan pertama ahli PAS: Mana Perginya Tema ISLAM?
"Artikel berikut disusun berdasarkan temubual bersama 213 ahli PAS di peringkat akar umbi pada Muktamar PAS ke-58"

1. Nampaknya Muktamar PAS kali ini telah menjadi lidah rasmi kepada Anwar Ibrahim mengenai Isu Nurul Izzah yang membolehkan Melayu bebas beragama.

2. Mananya tidak apabila sehinggakan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib sendiri mengatakan bahawa Isu Nurul Izzah adalah perkara kecil dan perkara yang lebih penting adalah untuk mendapatkan Putrajaya.

3. Persoalan demi persoalan yang timbul apabila PAS tidak lagi menyatakan pendiriannya tentang isu agama malahan mementingkan kuasa semata-mata.

4. Dan rata-rata pemimpin tertinggi PAS juga tidak mahu membincangkan perkara ini sama sekali.

5. Jelas ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim telah memberikan amanat beliau kepada pemimpin PAS ini untuk memberikan satu jawapan yang selaras untuk menutup kesalahan anaknya itu.

6. Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi pula tidak berpuas hati dengan Muktamar kali ini kerana apa gunanya Parti Islam Se-Malaysia ini mempunyai perkataan 'Islam' di dalam nama parti tetapi tidak lagi membincangkan hal Islam itu sendiri.

7. Ke mana hala tuju PAS kali ini?

Sep 8, 2012

Bukti PAS Tidak Setia Pada YDPA!

Adakah ini bendera bakal digunakan oleh Pembangkang sekiranya menang PRU 13?


1. Baru-baru ini, Sambutan Hari Kemerdekaan 55 tahun dicemari dengan insiden-insiden yang dikira biadap dan tidak menghormati pengorbanan negara dan juga jasa orang terdahulu. Salah-satunya adalah perbuatan mengibarkan Bendera Saka Merah yang mahu menggantikan Jalur Gemilang.

2. Merujuk kepada artikel daripada HarakahDaily (Baca di sini), AJK PAS Pusat yang juga merupakan seorang peguam, Mohamed Hanipa Maidin, berkata

Mohamed Hanipa Maidin
"Biarlah anak muda berekspresi, tidak perlulah kita keras sangat."

Adakah ini juga ekspresi diri yang dibolehkan oleh PAS
3. Beliau merujuk kepada kes pengibaran bendera Republik Sang Saka Malaya yang kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4(a) Akta Hasutan.
4. Dan jika dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah akta 149 (1) (b) iaitu:

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan;
5. Jika dilihat kepada perbuatan mengibarkan bendera gantian itu, jelas bahawa mereka berdua ini telah khianat dan membangkitkan perasaan tidak setia kepada YDPA.

6. Maka, kenyataan AJK PAS Pusat ini telah membenarkan perbuatan khianat terhadap Ketua Negara iaitu YDPA.

7. Semakin jelas bahawa Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993 (Hudud) tidak memasukkan salah satu daripada hukum hudud iaitu Bughah (Penjelasan di sini) kerana PAS tahu mereka akan menentang YDPA suatu hari nanti.

8. Tindakan-tindakan PAS sebelum ini juga menjurus ke arah penentangan terhadap YDPA seperti isu Mat Sabu Komunis, isu Dr. Hasan Ali, isu Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan pelbagai lagi.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Bersuara.

Aug 10, 2012

Senario Isu Hudud di Malaysia dijelaskan!

1. Sebelum menerangkan persoalan hudud, ada beberapa perkara yang anda perlu jelas terlebih dahulu.

Soalan
Apakah Sistem Pentadbiran Negara Malaysia?
Jawapan
Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparlimen

Soalan
Siapakah Ketua Negara Malaysia?
Jawapan
Yang Dipertuan Agong

Soalan
Bagaimanakah Kerajaan Dipilih?
Jawapan
Melalui Pilihanraya Umum. Undi Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, Undi Dewan Undangan Negeri untuk Kerajaan Negeri

Soalan
Berapakah kerusi Parlimen yang ada?
Jawapan
222 kerusi parlimen

Soalan
Berapa kerusi perlu ada untuk membentuk kerajaan?
Jawapan
Majoriti mudah - 112 kerusi (1/2+1 daripada jumlah kerusi Parlimen)

Soalan
Berapa kerusi perlu ada untuk menggubal Perlembagaan?
Jawapan
Majoriti 2/3 - 148 kerusi

Soalan
Bagaimana PAS hendak membentuk Kerajaan Islam/Berkebajikan sedangkan ia bertanding kurang daripada 112 kerusi?
Jawapan
Mustahil walaupun menang semua kerusi. PAS hanya bertanding 66 kerusi Parlimen dan bercita-cita untuk menjadi Kerajaan Persekutuan.

Soalan
Adakah kepimpinan PAS sedar tentang perkara ini (memerlukan sekurang-kuranganya 112 kerusi)
Jawapan
Mereka ahli politik, sudah tentu mereka tahu. Yang penting ahlinya tidak perlu tahu.

Soalan
Bagaimana pula untuk melaksanakan hudud?
Jawapan
a. Perihal Agama Islam terletak kepada Sultan Negeri masing-masing. Yakni, di bawah Kerajaan Negeri.

b. PAS telahpun mewartakan satu enakmen Undang-Undang Jenayah II Negeri Kelantan pada 1993 dan telah ditandatangani oleh YM Sultan Ismail Petra, tetapi tidak dilaksanakan.

c. Daripada 7 hukum hudud itu, salah satu darinya dibuang dan tidak diguna pakai (Bughah)

Pengertian bughah Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)


d. Liwat ditaksirkan kepada orang lain tetapi isteri sendiri tidak mengapa.

Soalan
Jika di peringkat Persekutuan, bagaimana untuk laksanakan?
Jawapan
Perlu mendapat 2/3 kerusi di Dewan Rakyat dan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Bagaimana hendak pinda dengan menang 23 kerusi sahaja pada PRU 12?

Soalan
Mungkinkah berlaku?
Jawapan
Boleh sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 148 ahli Dewan Rakyat beragama Islam. Buat masa ini mustahil kerana Melayu berpecah di Parlimen.

Soalan
Apa yang perlu dilakukan?
Jawapan
PAS perlu kembali ke dalam BN seperti tahun 1973 di bawah kepimpinan Dr. Asri Muda.

Soalan
Mengapa tahun 1973 tidak dilaksanakan hudud?
Jawapan
Kerana masih tidak cukup kerusi 2/3 kerana dipecahkan oleh parti Gerakan (bukan Islam) ketika itu.

Soalan
Adakah DAP wajib ditolak oleh orang Islam?
Jawapan
Wajib. Kerana terang-terangan menentang Islam dan mempunyai agenda tersembunyi untuk membawa elemen Kristian di dalam negara.


Kenyataan Ulama ini tidak akan diguna pakai oleh PAS
Soalan
Bagaimana pula dengan MCA? Bukankah Chua Soi Lek pernah mendakwa akan menentang pelaksanaan hukum hudud.
Jawapan
a. MCA masih lagi di dalam BN dan dipimpin oleh orang Islam; DS Najib Razak. Maka selagi mana beliau belum mengeluarkan MCA daripada BN, maka selagi itu beliau perlu bersetuju dengan Presiden BN.

b. Dan kita perlu tahu bahawa orang Cina tidak lagi mempercayai MCA boleh membela kaum mereka. Maka dengan itu, MCA perlu bertindak dan menampakkan diri agresif dalam mebela kaum Cina. Ini adalah salah satu cara untuk menampakkan secara persepsi bahawa MCA juga seberani DAP.

c. Janganlah orang Melayu melatah dengan kenyataan sebegini kerana ini permainan politik orang Cina.

d. Tetapi jika MCA benar keluar daripada BN dan membawa agenda anti-hudud, maka mereka juga wajib ditentang sebagaimana DAP ditentang ketika ini.

2. DAP, PKR dan PAS tidak berada di bawah organisasi yang sah ataupun berdaftar. Pakatan Rakyat sebenarnya tidak pun wujud dan hanyalah cakap mulut kosong sahaja. PAS menjanjikan draf perlembagaan Pakatan Rakyat pada 2 Februari 2009, tetapi sehingga kini masih tidak ada.

3. DAP tidak berada di bawah kepimpinan orang Islam, maka ia tidak perlu untuk akur kepada PAS langsung menyebabkan ia menjadi satu entiti untuk ditentang bersama.

Mengapa bukan PAS yang mahu keluar, sebaliknya menyuruh DAP yang keluar?
4. PAS pula bersikap 'mengalah' dengan kepimpinan DAP dan setiap kali Presiden DAP, Karpal Singh membuat kenyataan menentang Islam, PAS tidak akan respon dengan agresif seperti mana respon kepada parti UMNO.
Karpal Singh mengingatkan PAS untuk menjaga ahli yang berpangkat rendah

5. Kita perlu sedar bahawa ketika ini orang Melayu hanya tinggal kuasa memerintah sahaja. Ekonomi, sosial, pendidikan terletak pada orang lain. Kita harus bersyukur kerana  kita boleh beribadah dengan selesa tanpa halangan daripada orang lain.

6. Yang menghalang diri kita untuk beribadah ketika ini adalah diri kita sendiri sahaja. Bukannya orang lain. Tidak seperti di negara lain di mana hendak beribadah pun disekat dan dihalang malah dibunuh.

7. Terdapat banyak perkara semenjak tahun 2008 yang berlaku menyentuh keperihalan orang Melayu dan Agama Islam. Diharapkan agar orang Melayu dapat membuka mata kepada realiti sebenar yang berlaku ketika ini.

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah al-Hajj ayat 46)