Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Oct 10, 2018

Jual Aset Negara Satu Penyelesaian Bijak?



Dengan menggunakan alasan hutang negara ialah RM1 trilion, kerajaan sudahpun mengumumkan bahawa bajet untuk 2019 bakal mengenakan lebih banyak cukai dan akan ada langkah menjual tanah dan aset negara.
Tony Pua yang merupakan pembantu khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menjelaskan lagi bahawa kerajaan akan jual (cairkan) aset dan saham Khazanah dan PNB untuk "membayar hutang".
Semasa saya menjadi Perdana Menteri, aset Khazanah telah naik dari RM33.7 bilion dari akhir 2008 kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017 manakala aset PNB naik dari RM120 bilion kepada RM279.2 bilion.

Sep 6, 2018

Azmin Ali Faham Tak Apa Tu B40?!


Azmin kata kerajaan lepas gagal membantu golongan B40 menjadi golongan M40.

Faham tak yang B40 tu bermaksud pendapatan 40% terbawah. Dalam matematik selamanya ada 40% tersebut!

Kalau pendapatan setiap rakyat Malaysia ni bertambah RM15,000 sebulan pun tetap akan ada golongan B40!

Faham tak?! (Stress!)

Kenapalah barisan menteri yang ada sekarang ni macam tak sekolah ya!

Baca lanjut penjelasan di bawah:

Sep 4, 2018

Apa Sudah jadi Hubungan Dengan Arab Saudi?!



Ada sahabat bertanya saya mengenai hubungan saya dengan Raja-Raja Arab Saudi apabila kita membincang tentang langkah kerajaan PH membatalkan Pusat Keamanan Raja Salman di Malaysia baru-baru ini.
Ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya sentiasa menjalin hubungan baik dengan kebanyakan kerabat Diraja Islam di luar negara mahupun kerabat Diraja di dalam negara termasuk di negeri-negeri.
Mengimbau kembali, banyak negara-negara Islam ini memberi anugerah kehormat tertinggi kepada saya termasuk Bahrain (2017), UAE (2014), Brunei (2010) dan lain-lain.
Hubungan baik dan rapat ini tidak terhad kepada diri saya sahaja tetapi termasuk hubungan keluarga saya dengan keluarga mereka.
Antara hubungan yang tidak boleh saya lupai dan yang saya menganggap sebagai luar-biasa keakraban kami ialah dengan Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud yang merupakan Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Kota Suci sehingga baginda mangkat pada bulan Januari 2015.

Apr 2, 2017

Serangan Propaganda Media Singapura Melalui Rancangan #OKChope



1. MediaCorp 5 telah menerbitkan rancangan terbaru mereka OK Chope yang sesuka hati mereka mempersenda Perdana Menteri Malaysia.

2. Ini merupakan satu lagi bentuk serangan propaganda media Singapura terhadap negara kita akibat daripada pelaburan yang rancak yang dijalankan di Malaysia.

3. Kaedah ini tidak ubah sepertimana yang digunakan oleh US dan Israel dengan menggunakan media untuk memomokkan penonton agar terpengaruh dengan propaganda mereka.

4. Sebagai contoh, setelah China mengubah polisi pelaburan mereka sehingga menjadikan mereka gergasi kewangan dunia, media barat terutama melalui rancangan televisyen dan media sosial sering memaparkan kemunduran mentaliti negera China dan penduduknya.

Mar 13, 2015

#DebatGST: Siapa Menang? @LokmanAdam ataupun @RafiziRamli?



1. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang menang perdebatan mengenai GST di UM tempoh hari?

2. Sudah tentu penyokong pembangkang akan mengatakan bahawa Rafizi menang dan sudah tentu juga penyokong kerajaan akan berpihak kepada Lokman Adam.

3. Namun, debat yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang seperti mana semua sedia maklum merupakan pelajar dari aliran Pro-Mahasiswa yang condong ke arah pembangkang.

4. Dan dewan kuliah tempat perdebatan itu berlaku pula sudah tentu dipenuhi dengan pelajar dari aliran tersebut dan kebanyakan daripada mereka datang dari UIA dan UKM.

5. Tetapi yang atas pagar dan penyokong kepada aspirasi negara juga turut hadir dalam jumlah yang tidak boleh diperkecilkan.

6. Kembali kepada persoalan siapa menang, siapa kalah.

Jan 4, 2014

#Nasional : 11 Langkah Penjimatan @NajibRazak Merugikan Bumiputera?

Pengumuman 11 langkah penjimatan sektor awam bermula 1 Januari 2014 oleh Perdana Menteri dilihat sebagai satu usaha kerajaan ke arah perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun ini. Semestinya setiap langkah yang direncanakan telah dibuat kajian yang mendalam.

Namun begitu jika diperhalusi setiap satu langkah yang diumumkan masih terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan. Tetapi jika dilihat lebih jauh kemungkinan akan timbul beberapa isu yang melibatkan kepentingan bumiputera.

Langkah Pertama: Elaun keraian menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan JUSA C ke atas akan dikurangkan 5 hingga 10 peratus. Menurut surat pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 bertarikh 17 Jun 2008, kadar terkini imbuhan tetap keraian bagi pegawai kanan kerajaan JUSA bermula RM2,500 sebulan bagi JUSA C sehingga RM 4,000 sebulan bagi JUSA A. Pengurangan sebanyak 10 peratus dilihat kecil dan masih dapat ditampung oleh pelbagai elaun lain yang diterima.

Cuma persoalannya, adakah individu-individu yang banyak berjasa dan berbakti kepada pengurusan dan pelaksanaan sistem kerajaan yang terlibat dalam langkah penjimatan ini dapat menerima dengan hati terbuka. Kemungkinankah risiko penolakan kepada agenda kerajaan dalam diam akan berlaku?

Dec 25, 2013

#RafiziLembu : @RafiziRamli Tak Pandai Ekonomi Nak Salahkan Orang Lain Pula!



Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan


Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Sep 12, 2013

#MARA : Agenda bantu usahawan Mara


APABILA menyentuh mengenai usahawan-usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara), maka ramai yang mengaitkannya dengan kegiatan perniagaan yang diusahakan oleh pemain-pemain industri kecil dan sederhana (IKS) yang berada di kawasan-kawasan luar bandar atau di kampung-kampung.

Usahawan-usahawan ini dikaitkan dengan kegiatan 3K iaitu mengusahakan keropok, kerepek dan kicap. Dan pengusahanya terdiri daripada golongan bukan profesional, tidak berpendidikan tinggi, golongan tua, suri rumah dan ibu-ibu tunggal.

Dan dalam pada itu, usahawan-usahawan Mara juga tidak dapat lari daripada 'persepsi semasa' bahawa mereka ini sering bergelumang dengan kegagalan, berskala kecil, hasil yang ala kadar, mudah gulung tikar dan akibatnya tidak dapat membayar semula pinjaman.

Sep 10, 2013

#HargaMinyak : Apabila kerajaan mengurangkan subsidi petrol



MACAM-MACAM reaksi diberi apabila kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar. Akibatnya harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter menjadikannya RM2.10 dan RM2. Harga petrol RON97 pula naik 15 sen menjadikannya RM2.85 sen. Kebanyakan reaksi tentulah menghentam kerajaan. Di sebelah 'pihak sana' yang sentiasa mencari 'silap' kerajaan, kenaikan itu seperti memberi 'bola tanggung'. Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa, semuanya itu tidak akan berlaku, tidak ada kenaikan. Demi populariti, yang wajar tidak diwajarkan. Sebaik sahaja kenaikan itu diumumkan, macam-macam reaksi negatif diberi sama ada dalam bentuk kata-kata, dialog bergambar, karikatur, khidmat pesanan ringkas (SMS), video dan sebagainya.

Seorang sahabat memberitahu, dia 'berehat' seketika daripada membaca pelbagai reaksi yang masuk sama ada melalui SMS, WhatsApp atau Facebook. Lebih banyak yang tumpang 'belasah' kerajaan. Mereka tidak dapat menerima langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol. Jika anda bercakap apalah ada pada 20 sen itu, maka mereka akan berkata, ''Awak tak apalah, kaya, gaji tinggi''. Begitulah reaksi yang diberi. Berilah apa alasan sekali pun, puak yang memang kerjanya membantah tidak akan menerima dengan baik. Berilah seribu satu alasan kenaikan itu, mereka tetap tidak dapat menerimanya termasuk alasan paling popular iaitu harga di negara kita lebih rendah berbanding negara-negara lain termasuk dalam kalangan negara ASEAN.