Mar 13, 2015

#DebatGST: Siapa Menang? @LokmanAdam ataupun @RafiziRamli?



1. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang menang perdebatan mengenai GST di UM tempoh hari?

2. Sudah tentu penyokong pembangkang akan mengatakan bahawa Rafizi menang dan sudah tentu juga penyokong kerajaan akan berpihak kepada Lokman Adam.

3. Namun, debat yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang seperti mana semua sedia maklum merupakan pelajar dari aliran Pro-Mahasiswa yang condong ke arah pembangkang.

4. Dan dewan kuliah tempat perdebatan itu berlaku pula sudah tentu dipenuhi dengan pelajar dari aliran tersebut dan kebanyakan daripada mereka datang dari UIA dan UKM.

5. Tetapi yang atas pagar dan penyokong kepada aspirasi negara juga turut hadir dalam jumlah yang tidak boleh diperkecilkan.

6. Kembali kepada persoalan siapa menang, siapa kalah.



7. Sekiranya seseorang itu menonton perdebatan video tersebut samada secara langsung ataupun di saluran Youtube KLXPress, masing-maing akan mempunyai pendapat yang berbeza.

8. Namun, beberapa analisa perlu diberikan perhatian yang khusus.

9. Pertama, Lokman Adam menyediakan paparan slide infografik yang ditayangkan kepada penonton debat; satu inisiatif yang jarang diambil oleh mana-mana individu yang berdebat.

10. Ini bermakna Lokman sangat yakin dengan hujah yang disampaikan dengan menggunakan fakta bertulis yang sesiapapun boleh dengan sekelip mata merujuk fakta yang disampaikan. Malahan, beliau tersangat yakin kerana pada bila-bila masa sahaja fakta bertulis tersebut boleh dicabar oleh sesiapa sahaja ketika perdebatan itu berlangsung.

11. Ini juga bermakna Lokman datang bukan dengan tangan ataupun otak kosong. Kajian telah dijalankan dan pelbagai sumber telah dirujuk untuk memastikan tiada kesalahan fakta. Lokman juga ketika itu mewakili kerajaan dan tidak boleh mengambil endah peranan yang dijalankannya itu.

12. Berbeza dengan Rafizi pula, beliau tiba agak lewat sedikit malah tertinggal sebahagian besar daripada hujah sesi pertama Lokman dan keseluruhan hujah sesi pertama Dr. Zaharuddin.

13. Dengan agak bersahaja dan tenang, Rafizi menyampaikan hujah pertama beliau dengan hanya berbekalkan persepsi semata-mata tanpa merujuk kepada mana-mana fakta. Segala yang diucapka adalah atas dasar kerajaan pada hari ini adalah korup, rasuah dan tidak amanah.

14. Faktor kedua pula selepas debat ini dijalankan, tidak ada satupun media pembangkang mengeluarkan rakaman video perdebatan tersebut. Semasa Rafizi berdebat dengan Khairy Jamaluddin, tanpa sangsi dan syak wasangka, video tersebut terus diterbitkan tanpa berlengah-lengah.

15. Tetapi tidak pada perdebatan kali ini.

16. Faktor ketiga pula, rata-rata pelajar yang datang tersebut mempunyai satu persepsi awal bahawa pelaksanaan GST adalah zalim, jahat dan tidak berperikemanusiaan.

17. Namun setelah selesai sesi perdebatan tersebut, mereka keluar daripada dewan dengan satu keadaan yang keliru. Kalau dahulu, begitu yakin melawan GST, tetapi kini pendirian tegar merea semakin pudar dan kini mula mempersoalkan logik di sebalik penolakan GST yang ternyata mempunyai kebaikan untuk negara dan rakyatnya sekali.

18. Dengan 3 faktor tersebut diambil kira, wajarlah saya mengatakan bahawa Lokman Adam telah mengungguli perdebatan tersebut. Beliau bukan berhadapan dengan seorang ataupun dua orang pembangkang, tetapi beliau berhadapan dengan hampir keseluruhan dewan yang terdiri daripada mahasiswa pro-pembangkang.

19. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Besuara!

No comments: