Showing posts with label munafik. Show all posts
Showing posts with label munafik. Show all posts

Nov 23, 2012

Ibu Tunggal Mengamuk Di Pejabat @Khalid_Ibrahim #SaveSlgr

Mana Khalid Ibrahim? Tak Berani Ke Dengan Ibu Tunggal?

1. Hari ini, jam 10.00 pagi hampir 2000 orang ibu-ibu tunggal seluruh Negeri Selangor telah berkumpul di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor menuntut supaya Kerajaan Negeri menunaikan janji manifesto mereka pada PRU-12 yang lalu.

2. Menurut manifesto PKR tersebut, mereka dengan jelas menjanjikan elaun bagi ibu-ibu tunggal yang layak. Namun begitu, janji hanya tinggal janji sahaja.

3. Pintu pagar Bangunan SAAS yang kononnya terbuka kepada rakyat hari ini dikunci. Ibu-ibu tunggal ini yang juga rakyat negeri Selangor dinafikan hak mereka untuk berjumpa Menteri Besar.