Jan 15, 2013

#TolakPR : Jelajah Pembohongan DAP Bersambung Selepas #KL112 di Pandamaran



1. Dengan tempoh tidak sampai 3 hari selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat 112, DAP telah meneruskan semula Jelajah Pembohongan mereka di kawasan Pandamaran bermula jam 8.15 malam bertempat di hadapan Dewan JKKK Pandamaran.

2. Dianjurkan oleh DAP Bahagian Klang dengan kehadiran penceramah Ng Chin Heng, Dato' Mohd Arif, Ng Suee Lin, Tony Pua, Charles Santiago, Anthony Loke dan tidak ketinggalan Teresa Kok.

3. Namun begitu, jumlah yang hadir adalah sekitar 350 orang sahaja dengan 15 orang Melayu, 35 orang India dan selebihnya daripada orang Cina seramai 300 orang.

4. Berbeza dengan KL112 pada mana 90% daripadanya adalah daripada kaum Melayu, ini menunjukkan bahawa penyokong DAP tidak berminat untuk turun ke perhimpunan yang dianjurkan oleh pemimpin Melayu walaupun daripada pakatan yang sama.

5. Sikap Chauvinis DAP ini semakin terserlah apabila penceramah kaum Cina yang mendapat perhatian ceramah tetapi apabila Dato' Arif dan Charles Santiago berceramah mereka tidak menunjukkan minat untuk mendengar.



6. Jelajah pembohongan ini telah dibuka oleh Ng Chin Heng yang masih menghasut rakyat tentang isu Lynas yang kononnya masih lagi mempunyai kesan radiasi yang terlalu teruk.

7. Disambung pula dengan Dato' Arif pada mana beliau secara terang-terangan telah melemparkan tuduhan-tuduhan berat terhadap UMNO  tentang kes-kes rasuah yang tidak pernah beliau laporkan pun ke pihak berkuasa. Segalanya berbentuk retorik dan tidak mempunyai sebarang asas.

8. Tony Pua seperti biasa dalam mana-mana ceramah beliau akan berbicara tentang isu kroni BN yang kononnya dimonopoli oleh Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari. Pada mana penguasaan beliau terhadap Bernas, Proton, Puspakom dan pelbagai lagi. Pada mana Tan Sri Mokhtar telah mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk membantu rakyat tidak pernah diceritakan langsung.

9. Tony Pua sengaja menggunakan seorang Melayu yang berjaya untuk menunjukkan kepada kaum Cina yang hadir bahawa seorang Melayu tidak mungkin boleh berjaya tanpa bantuan daripada kerajaan. Ini secara tidak langsung telah menanamkan rasa iri hati kaum Cina yang hadir terhadap kejayaan ekonomi orang Melayu.

10. Teresa Kok mengambil portfolio menghentam pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia.

11. Teresa mendakwa polis telah berbohong dengan mengeluarkan angka kehadiran KL112 seramai 80k orang walhal jumlah sebenar adalah 100K.

12. Al-Jazeera sendiri telah melaporkan jumlah kehadiran hanyalah 45k sahaja, manakala saya secara peribadi yang berada di sana memberikan paling ramai pun hanyalah 50k di dalam stadium manakala di luar stadium terdapat hanya 5k sahaja.

13. Anthony Loke dengan tidak segan silunya mengumumkan bahawa jumlah pada KL112 adalah 150k.

14. Di sini sahaja kita dapat lihat bahwa tidak terdapat satu kesepakatan di antara penceramah dengan mengumumkan angka yang berbeza-beza. Percanggahan ini jelas menunjukkan bahawa angka mereka tersebut hanyalah direka-reka tanpa ada satu asas pengiraan langsung.

15. Nombor hanya dipetik dari entah mana-mana lalu diumumkan kepada yang hadir dengan penuh keyakinan.

16. Mengukuhkan lagi fakta Chauvinis parti DAP bahawa beliau telah mengatakan kaum Cina hidup seperti biasa malah lebih baik lagi tanpa parti MCA. Sengaja dinaikkan sentimen ini agar kaum Cina yang datang dapat merasakan bahwa parti DAP ini adalah khas untuk kaum Cina sahaja.

17. Dengan kehadiran sejumlah 350 orang, nampaknya rakyat khasnya kaum Cina tidak lagi berminat dengan DAP walaupun ikon-ikon terkenal mereka seperti Tony Pua dan juga Teresa Kok turun, ia hanya mampu mengumpulkan sebanyak 350 orang sahaja. Itupun setelah promosi dijalankan dua minggu lebih awal.

18. Ahli parti DAP sendiripun sudah muak dan bosan dengan kepimpinan DAP sendiri kerana terlalu banyak korupsi dan juga cakap tidak serupa bikin yang diamalkan oleh DAP. Malah, dilihat DAp tidak dapat mengepalai pakatan rakyat walaupun mempunyai mempunyai peratus kemenangan yang paling tinggi semasa PRU-12.

19. Peristiwa pengumuman kesilapan teknikal semasa pemilihan CEC DAP juga dilihat sebagai kelemahan terbesar parti tersebut. Dengan ahli-ahli pada peringkat akar umbi mendesak supaya pemilihan semula diadakan, namun Lim Guan Eng tidak mahu dengar pun rintihan mereka.

20. Ahli DAP veteren sendiri mengaku bahawa DAP sebelum tahun 2008 sangat berbeza dengan selepas tahun 2008 setelah mendapat kuasa. Semasa sebelum mendapat kuasa, perjuangan dipegang dengan kukuh, tetapi selepas mendapat kuasa, DAP menjadi lebih teruk lagi daripada BN.

21. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara!

1 comment:

fadzil abdullah said...

kenapa tak ada orang baca site nie...tak kan saya orang pertama yg baca dan mungkin yg terakhir jugak ke...haha...tapi yang pasti bila baca coretan di site ini, untung pihak yg kena hentam tu...apalagi kalau mereka tu orang islam....free je DAPAT PAHALA malahan DOSA DIA PUN FREE DARIPADA DIA....untungnyeee......