Showing posts with label manifesto. Show all posts
Showing posts with label manifesto. Show all posts

Apr 19, 2013

#ManifestoBukanJanji : 12 Janji Manifesto Pembangkang Johor Kitar Semula Manifesto Pembangkang Selangor 2008

1.Setelah Pembangkang mengumumkan Manifesto bagi negeri Johor, sekali imbas dirasakan bahawa janji-janji tersebut seperti pernah kedengaran sebelum ini.

2. Apabila disemak semula barulah didapati bahawa Manifesto Pembangkang Johor dikitar semula daripada janji-janji daripada Manifesto Barisan Alternatif tahun 2008.

Apr 10, 2013

#ManifestoBukanJanji VS #ManifestoBN #AkuJanjiBN


1. Setelah DS Najib Razak mengumumkan Manifesto BN yang dinamakan sebagai Aku Janji BN, pelbagai analisis telah dibuat samada dari pihak Pro-BN ataupun Pro-Pembangkang.

2. Namun satu persetujuan telah dibuat bahawa Manifesto BN pada kali ini adalah yang terhebat antara manifesto-manifesto sebelum ini.

3. Sampaikan pihak Pembangkang terutamanya Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang asas untuk menolak tawaran Barisan Nasional sehinggakan terpaksa menggunakan taktik untuk mengatakan bahawa Barisan Nasional meniru tawaran Pembangkang.

Apr 4, 2013

#ManifestoBukanJanji : Rumusan Dan Dapatan Keseluruhan Manifesto 'Karut' Pakatan Pembangkang

1. Setelah dikaji dan diteliti Manifesto 'karut' ini, telah didapati beberapa perkara menarik yang boleh dikupas dan dijelaskan.

2. Salah satu daripadanya adalah manifesto ini tidak mempunyai data yang kukuh. Ini adalah kerana mereka yang merangka manifesto ini tidak mempunyai pengalaman berkhidmat dengan kerajaan.

3. Maka mereka sebenarnya tidak ada akses kepada agensi-agensi Kerajaan yang senantiasa mendapatkan maklum balas daripada rakyat tentang kemahuan rakyat itu sendiri.

Apr 3, 2013

#ManifestoBukanJanji : 2 Janji Manifesto Yang Mencabar Perlembagaan Persekutuan

1. Bahagian terakhir sebelum merumuskan Manifesto Pakatan Pembangkang ini, dibentangkan tentang 2 Janji Manifesto Pakatan Pembangkang yang mencabar Perlembagaan Persekutuan.

2. Sekiranya dilihat dan dikaji tentang Manifesto ini secara keseluruhan, didapati bahawa dokumen ini bersifat REPUBLIK dan hendak mengenepikan Raja-raja Melayu dan Yang Dipertuan Agung.

3. Penulisan dokumen ini juga didapati mirip kepada gaya penulisan Sosialis Republik Indonesia. Terang-terangan manifesto ini adalah pembawaan DAP.

4. Baca, fahami dan teliti 2 Janji Manifesto Pakatan Pembangkang yang mencabar Perlembagaan Persekutuan.

5. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara.

#ManifestoBukanJanji 32 Janji Manifesto Pakatan Yang Karut Part 3/3

1. Berikut adalah Janji 21 sehingga 32 di dalam siri 32 Janji Manifesto Pakatan Pembangkang Yang Karut.

2. Yang menjadi 'highlight' kepada janji-janji yang berikut ini adalah pendidikan percuma dan juga penghapusan PTPTN.

3. Lihat janji #32 dan anda akan faham dengan lebih jelas lagi mengapa dikatakan Manifesto Pakatan ini adalah yang paling karut di dalam sejarah pembuatan Manifesto Parti Politik di dunia.

4. Baca, fahami dan teliti 32 Janji Manifesto Pakatan Yang Karut Part 3/3.

5. Selepas ini akan didedahkan pula tentang 2 Janji Manifesto Pakatan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya mencabar kedudukan Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Negara serta boleh dianggap hendak melancarkan perang dengan Yang Dipertuan Agung.

6. Selepas itu, suatu bentuk perumusan akan diberikan untuk memahami Manifesto Pakatan ini secara keseluruhan.

7. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Bersuara!

Apr 2, 2013

#ManifestoBukanJanji : 32 Perkara Karut Di Dalam Manifesto Pakatan Part 2/3

1. Berikut adalah bahagian ke-2, 32 Janji Manifesto Pakatan Pembangkang yang karut.

2. Antara yang paling karut adalah perkara #13 yang ingin menambahkan perkhidmatan pengangkutan awam tetapi pada masa yang sama menjanjikan hapus tol, turunkan harga kereta dan turunkan harga minyak.

3. Janji seperti inilah yang dianggap karut kerana bercanggah antara satu sama lain.

4. Baca, fahami dan teliti 32 Janji Manifesto Karut Pakatan Pembangkang (Part 2/3)

Apr 1, 2013

#ManifestoBukanJanji : 32 Perkara Karut Di Dalam Manifesto Pakatan Part 1/3


1. Setelah didedahkan 12 Janji Manifesto 'Karut' Pakatan Pembangkang, kini didedahkan pula 32 Janji Pakatan Pembangkang yang boleh dikategorikan sebagai karut.

2. Dalam segmen ini, didapati bahawa kebanyakan janji ini bercanggah dengan fakta semasa, tidak selari dengan apa yang telah diamalkan selama ini.

3. Sebagai contoh, janji mereka untuk menghayati Agama Islam itu sendiri bercanggah dengan amalan mereka selama ini yang telah menghina Agama Islam itu sendiri.

4. Baca, fahami dan teliti 32 Janji Manifesto Karut Pakatan Pembangkang (Part 1/3)

Mar 26, 2013

#RafiziLembu : Siapa Ciplak Siapa? 12 Janji #ManifestoBukanJanji Pakatan Pembangkang Tiru BN!


1. Rafizi sekali lagi dengan rasa tidak malu telah menuduh DS Najib meniru idea Pakatan Pembangkang.

2. Namun begitu, Rafizi sebagai salah seorang daripada 13 orang yang bertanggung jawab merekabentuk Manifesto Pakatan yang boleh dikategorikan sebagai fiksyen itu tidak sedar bahawa 12 Janji Manifesto tersebut telahpun dilaksanakan oleh Barisan Nasional.

3. Rafizi lagi tidak tahu malu menjanjikan perkara yang sudahpun dilaksanakan oleh Barisan Nasional.