1. Persoalan pertama yang timbul apabila grafik di atas disebarkan di Facebook baru-baru ini adalah
"Adakah kepimpinan UMNO Selangor akan dirombak?"
2. Melihat kepada situasi selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, satu tindakan drastik diperlukan bagi membolehkan UMNO Selangor bekerja dengan lebih baik lagi untuk merampas Selangor untuk PRU-14.
3. Situasi yang berlaku kini sebenarnya adalah lebih buruk dari lagi dari apa yang berlaku sebelum PRU-13 di bawah pengurusan Dato' Zin.
4. Dato' Seri Noh sebenarnya dilihat seolah-olah bekerja keseorangan sahaja tanpa mendapat sokongan daripada ahli jawatankuasa yang lain terutamanya dari Timbalan Pengerusi dan juga Setiausahanya.
5. Lebih memburukkan keadaan apabila pegawai yang bertugas untuk DS Noh di Badan Perhubungan Negeri tidaklah dilantik sendiri oleh beliau. Mereka disediakan dan dipilih oleh Presiden parti sendiri dan ini agak menyusahkan DS Noh untuk bekerja.
6. Tambahan pula dengan Setiausaha yang tidak 'sekepala' dengan DS Noh menyulitkan keadaan lagi.
7. Saya bukan mengatakan bahawa pilihan-pilihan tersebut dan individu-individu yang dilantik tidak bagus ataupun teruk, namun setelah hampir setahun jawatankuasa ini terbentuk tidak ada pembaharuan yang mampu dilakukan.
8. Tambahan pula, UMNO Selangor dilihat seperti DS Noh bekerja berseorangan sambil dibantu oleh Ketua Penerangannya sahaja. Yang lain dilihat dorman dan hanya mahu menjaga kawasan masing-masing sambil tidak memperdulikan kepentingan negeri.
9. Dalam yang sedemikian, mungkin barisan nama yang dicadangkan seperti grafik di atas mampu melakukan perubahan.
10. DS Noh perlu dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan berilah satu pasukan yang benar-benar mampu beliau pimpin dan arahkan dan bukannya mereka yang tidak mahu bekerjasama sebagai satu unit.
11. Individu lain yang dicadangkan pula pada hemat saya adalah individu yang kuat bekerja di kawasan masing-masing dan perlu diberikan peranan yang lebih besar di peringkat negeri.
12. Penyertaan pemimpin muda seperti Dato' Azhari Shaari, YB Budiman Zohdi, Dato' Irmohizam dan Saudara Ezam mampu melakukan lonjakan paradigma terhadap halatuju UMNO Selangor.
13. Diperkasakan dengan individu seperti Dato' Sulaiman Karli, Dato' Kamaruzzaman dan YB Shahrum Sharif dilihat mampu menggerakan akar umbi dan
14. Pemimpin parti UMNO Selangor yang lain sebenarnya tidak perlu melatah apabila melihat grafik yang tersebar itu. Dinasihatkan agar pemimpin UMNO Selangor terutamanya dari kalangan Puteri dan Wanita agar bertenang.
15. Kerana nama-nama yang tersenarai adalah 11 orang sahaja dan kepimpinan UMNO Negeri Selangor seperti di atas adalah seramai 20 orang semuanya dan ada antara nama yang dicadangkan itu sudahpun berada di dalam organisasi pengurusan parti.
16. Apa yang benar-benar diperlukan oleh UMNO Negeri Selangor untuk bergerak ke hadapan dan jikalau tidak dapat merampas Selangor dari tangan Pakatan, sekurang-kurangnya dapat menidakkan penguasaan 2/3 mereka.
17. Sudah tiba masa untuk pemimpin UMNO Negeri Selangor untuk meletakkan nilai pada diri masing-masing dan bertanyalah
"Adakah UMNO Negeri Selangor boleh berjaya tanpa aku?"
18. Sekiranya jawapannya adalah 'Ya', maka lakukanlah sesuatu agar nilai diri anda bertambah sehinggakan UMNO Negeri Selangor tidak boleh 'hidup' tanpa anda.
19. Gunakanlah Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk 'Melatah'
No comments:
Post a Comment