Jan 27, 2014

#PRKKajang : Dr. Asri Juga Tidak Bersetuju Dengan Pilihanraya Kecil.



Kali ini Dr. Asri kelihatan seperti tidak sehaluan dengan tindakan PKR di Selangor yang bertindak untuk meletakkan jawatan bagi membuka laluan kepada orang lain. Spekulasi menyatakan bahawa calon yang bakal diletakkan oleh PKR adalah DS Anwai Ibrahim sendiri atas tujuan untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim. Ini adalah ekoran beberapa masalah dalaman parti itu sendiri yang berpunca daripada krisis Azmin-Khalid yang berlanjutan sehingga kini.

Persoalan yang ingin ditimbulkan adakah TS Khalid Ibrahim gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Selangor sehinggakan PKR perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi membuka laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar yang baharu? Indikator manakah yang menunjukkan bahawasanya Khalid telah gagal mengurus tadbir kewangan negeri sehingga ia di ambang muflis? Dan adakah tindakan menggantikan TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ini wajar semata-mata krisis dalaman yang melanda PKR?


Persoalan ini haruis dijawab dengan segera bagi mewajarkan Pilihanraya Kecil yang bakal berlangsung di Kajang tidak lama lagi. Sekiranya suara untuk menurunkan Khalid sebagai Menteri besar ini datangnya daripada parti dan bukannya datang daripada rakyat, ramai akan mempersoalkan samada pemimpin politik PKR ini benar-benar mewakilkan rakyat ataupun hanya untuk parti sahaja. Ini adalah satu indikator kepada rakyat agar menilai semula kepimpinan parti PKR ini yang tidak stabil daripada dalamannya sendiri.

Adakah PKR ini masih lagi sesuai untuk memimpin Selangor atau patut serahkan sahaja kepada PAS. PAS memegang lebih satu kerusi daripada PKR, apakah pula yang tidak melayakkan PAS untuk menjadi Menteri Besar Selangor? PKR Selangor cuma memegang 14 kerusi sahaja berbanding PAS dan juga DAP yang masing-masing memegang 15 kerusi.

Merujuk kembali kepada penulisan Dr. Asri di laman facebook beliau, memang benar bahawa perbelanjaan untuk pilihanraya kecil jauh lebih tinggi daripada pilihanraya umum. Ini disebabkan oleh logistik, peralatan dan pelbagai lagi kemudahan yang perlu disediakan oleh kerajaan dalam konteks saluran yang lebih kecil. Pilihanraya Umum dahulu, perbelanjaan dikira secara pukal, maka kos untuk setiap DUN itu menjadi kurang berbanding hanya satu DUN sahaja yang dipertandingkan. Dan mengapa dalam tempoh kurang setahun, wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat itu sendiri hendak meletakkan jawatan semata-mata untuk membuka laluan kepada rakan-rakan yang lain. Sekiranya tidak mahu mewakilkan rakyat, maka pada awal-awalnya tidak perlulah untuk menawarkan diri untuk bertanding.

Ini adalah kali pertama PRK selepas PRU Ke-13 dahulu yang melibatkan parti PKR. Dua PRK yang sebelum ini hanya melibatkan PAS sahaja. Dan kita lihat pada kali ini, sewaktu PAS bertanding, tiada jentera PKR dan DAP yang membantu. Kali ini PKR bertanding kita lihat jentera siapakah yang paling banyak di lapangan. Sudah tentunya daripada parti PAS.

No comments: