Jan 18, 2014

#SaveSelangor : Badan Penyelidikan Antarabangsa Anggar Industri Judi Haram Selangor Bernilai RM779.25 Juta!


Amat memalukan apabila HavocScope, sebuah badan penyelidikan pasaran gelap dunia telah melaporkan bahawa Selangor merupakan lubuk perjudian haram terbanyak di Malaysia dan menyumbangkan sejumlah USD 779.25 Juta nilai industri ini.

Angka ini juga meletakkan Malaysia tempat ke-40 nilai pasaran gelap mengikut negara. Sedih apabila difikarkan bahawa dahulunya semasa BN memerintah negeri ini, PAS sering kali menyerang mengatakan bahawa pemerintahan BN ini tidak mengikut hukum Islam. Terdapat kilang arak, penjualan arak di kawasan orang Melayu dan sebagainya.

Apabila mereka pula yang mendapat kuasa, lebih teruk negeri Selangor ini dijadikan mereka. Seolah-olah PAS ini akur dengan apa sahaja yang dicadangkan oleh DAP dan PKR. PAS tunduk dengan setunduk-tunduknya.


Kalimah Allah secara terang-terangan mereka menjadi bacul untuk mempertahankannya. Didiamkan sahaja perkara ini tanpa apa-apa kenyataan.

Tidak cukup dengan itu, Selangor juga terkenal dengan rumah-rumah urut yang kini bersepah di serata tempat. Di mana sahaja ada kawasan perniagaa, mesti sekurang-kurangnya 10 rumah urut berada di situ, tidak kira yang berdaftar ataupun tidak.

Apa nak jadi dengan PAS sekarang? Pesuruhjaya PAS Gombak, Salehuddin Nasir yang dahulu lantang berceramah di sana-sini kononnya ingin membawa pentadbiran Islam kini duduk diam-diam sahaja di rumahnya. Tidakkah beliau malu apabila laporan dikeluarkan oleh badan bebas antarabangsa melabelkan Selangor paling banyak rumah judi haram?

Jangan terlalu cepat hendak menuding jari ke Genting! Bersihkan rumah anda terlebih dahulu sebelum nak menjaga laman rumah orang lain. Pernahkan Pesuruhjaya PAS ini lalu di hadapan kasino Genting tersebut? Tercegat di hadapan pintu masuk kasino tersebut setiap masa dua orang polis yang memastikan tiada orang Islam yang boleh masuk. Dan peraturan yang ditetapkan sekiranya terdapat walau seorang orang Islam terlepas masuk, maka lesen mereka akan ditarik.

Bukan untuk menyokong kasino tersebut, tetapi malu dengan apa yang terjadi dengan negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang yang rosak dari segi akhlak, moral dan akidah.


No comments: