Jan 15, 2014

#PKRosak : Siapa Kata @TianChua Minta Maaf?

Kecoh diperkatakan di seluruh negara bahawa Tian Chua telahpun meminta maaf kepada UMNO dan bersetuju untuk menarik kembali artikel fitnah beliau daripada KeadilanDaily yang menuduh Tragedi Lahad Datu merupakan sandiwara UMNO. UMNO bertindak untuk mengheret Tian Chua ke mahkamah untuk disaman.
Setelah kes berlangsung, UMNO sedia menarik kembali dakwaan saman tersebut dengan syarat Tian Chua menarik kembali kata-katanya itu. Dipernampakkan kepada seluruh negara bahawa Tian Chua telah meminta maaf kepada UMNO dan bersetuju untuk menarik semula artikel beliau itu.

Namun, sikap sombong ahli parlimen Batu ini terpampang apabila beliau telah mengirim satu tweet yang menyatakan beliau tidak meminta maaf kepada sesiapapun. Persetujuan hanyalah untuk menarik semula artikel yang keluar di KeadilanDaily itu sahaja.

Nampaknya terdapat sebahagian pembaca yang tertipu dengan kenyataan tersebut. Malah Tian Chua juga pernah menyalahkan editor KeadilanDaily kerana salah faham maksud beliau. Namun, sejurus selepas TIan Chua dikecam dengan teruk, KeadilanDaily telah pun menarik artikel itu keluar daripada laman webnya lama dahulu.
Kes selesai di luar mahkamah ini akhirnya menguntungkan Tian Chua. Beliau tidak perlu untuk memohon maaf, malah artikel yang diterbitkan di KeadilanDaily itupun sudah lama ditarik semula.
Adakah UMNO mendapat apa-apa faedah daripada kes ini?

No comments: