Idea untuk menggulingkan Kerajaan ini sebenarnya sudah berlegar di media maya semenjak 1 Januari 2013 yang lalu oleh Hishamuddin Rais di Balik Pulau, Melaka bersempena dengan Himpunan KL112.
Namun ideanya yang ekstrem ini tidak mendapat sambutan orang ramai ketika itu.
Sewaktu Chegu Bard dan Azan Safar hendak menganjurkan perhimpunan TURUN pada ambang 31 Disember 2013 tempoh hari, Hishamuddin Rais pada masa yang sama hendak mengadakan himpunannya sendiri iaitu Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013.
Jika dilihat entri blog beliau bertarikh 14 Januari 2013 yang bertajuk RAKYAT TAK TAKUT LAGI NAK JATUHKAN KERAJAAN, sememangnya beliau dengan terang dan jelas menulis bahawa beliau dan pemimpin Pakatan Pembangkang hendak menggulingkan kerajaan.
Lebih menarik lagi adalah entri blog beliau yang ditulis bermula 16 Disember 2013 yang menghasut rakyat untuk turun ke Perhimpunan TURUN 31 Disember 2013 yang lepas telah diedit dan dibuang semua poster yang mengandungi perkataan 'GULING'.
Sayang sekali saya tidak sempat untuk print-screen setiap artikel beliau ketika itu.
Namun, apabila saya memeriksa blog beliau untuk sebarang entri yang ada perkataan 'guling kerajaan', maka entri awak tahun sememangnya ada niat untuk menggulingkan kerajaan.
Saya tidak faham mengapa PDRM tidak menahan individu ini untuk disoal siasat tentang isu menggulingkan kerajaan ini.
Jika dikaji semula, Hishamuddin Rais ini sememangnya seorang yang penakut. Berani berkobar-kobar di atas pentas ceramah dan media maya tetapi apabila terdapat sebarang ancaman terhadap keselamatan beliau, cepat-cepat beliau lari dari medan 'perjuangan' beliau.
Sama seperti tahun 70-an dahulu apabila hendak ditangkap oleh pihak polis, beliau melarikan diri ke Belgium.
Maka kenyataan SS Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani tempoh hari adalah tidak bersalahan langsung. Malah apa yang diperkatakan oleh beliau benar dan termaktub di dalam hukum hudud Islam.
Bukannya Hukum Hudud Kerajaan PAS Kelantan yang sengaja membuang hukuman untuk Bughah.
Saya dengan ini menganjurkan mana-mana pihak supaya membuat laporan polis terhadap individu bernama Hishamuddin Rais ini kerana telah menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan. Polis juga seharusnya menahan individu ini untuk disoal siasat dengan secepat mungkin. Akaun beliau juga patut diperiksa dan segala hubungan beliau dengan pihak luar harus disiasat secepat mungkin.
Dengan tidak pernah bekerja sepanjang hayat beliau, mana mungkin gaya hidup beliau yang bersifat aktivis dan anarkis ini tidak dapat dibiayai.
Maka, mana-mana individu pro-pembangkang yang menyatakan bahawa perhimpunan mereka ini tidak bersifat dan berniat untuk menggulingkan kerajaan, maka seharusnya anda perlu melihat kembali kepada individu bernama Hishamuddin Rais yang mana anda semua menyokong dan bersorak terhadapnya!
No comments:
Post a Comment