Sep 2, 2012

Kemungkinan Sabotaj Pihak Pembangkang di dalam Tweet Merdeka #Merdeka55



1. HarakahDaily ada mengeluarkan artikel (Baca di sini) mengenai Tweet Merdeka yang kononnya memalukan kerana terdapat bots ataupun kiriman tweet secara automaton serta akaun palsu (fake account).

2. Perkara ini turut disebut oleh MalaysiaKini. (Baca di sini)

3. Tetapi Harakah Daily tidak terlebih dahulu memahami tentang Tweet Merdeka itu sendiri dan sistem yang digunakan oleh Twitter.

4. Lebih malang lagi apabila penulis MalaysiaKini, Nigel Aw secara bodohnya telah mengaitkan dengan Tweet Merdeka ini dengan undi Pilihanraya. Rekod tweet terbanyak dalam masa sejam membolehkan satu akaun tweet untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin tweet dalam masa sejam bukannya satu akaun satu tweet sahaja.

Tweet Merdeka.

1. Tweet Merdeka adalah satu kejadian yang dirancang untuk menempa dua rekod baru di dalam Malaysia sekaligus meletakkan nama di dalam Malaysia Book of Records.

2. Rekod yang ingin ditempa adalah:

a. Himpunan Twitter Terbesar di Dunia (Sasaran 10,000 peserta)

b. Tweet terbanyak di dalam masa satu jam menggunakan #Merdeka55 (Sasaran 20,000 untuk rekod, 100,000 sasaran penganjur, 1,000,000 sasaran DSU Rais Yatim)

3. Maka cubaan terhadap 2 rekod ini bukanlah politikal malahan bersifat patriotik kerana hendak menaikkkan nama Malaysia sebagai pemegang rekod dunia di dalam arena media sosial.

4. Tetapi malangnya, sifat pembangkang yang selalu hendak menidakkan kejayaan Malaysia seperti mana sebelum ini dilakukan terhadap Dato' Lee Chong Wei masih lagi tidak berubah.

Pemahaman Tentang Rekod Tweet Terbanyak Dalam Sejam.

1. Twitter adalah satu sistem terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja mendaftar sebagai pengguna.

2. Promosi tentang cubaan menempa rekod ini sudah berlangsung lebih daripada sebulan dengan penglibatan selebriti tanah air sendiri seperi Fizo Omar, Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

3. Malah, Tweet Merdeka langsung tidak menghalang ahli politik pembangkang untuk turut sama mengirim Tweet menggunakan #Merdeka55.

4. Maka, sebagai rakyat Malaysia yang patriot, tidak salah untuk berusaha mengirimkan tweet sebanyak mungkin pada waktu tersebut. Dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak pernah dan mahu mengaku kalah, maka usaha ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

5. Malah, dengan hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan dan peluang untuk berinteraksi dengan PM @NajibRazak secara lansung juga menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin.

6. Di atas pemahaman ini, mungkin terdapat segelintir rakyat Malaysia yang cuba mengambil peluang untuk menaikkan lagi kebarangkalian untuk mereka memenangi hadiah ataupun menjadi pilihan tweet untuk dibalas oleh PM.

7. Maka pelbagai cara diusahakan untuk mencapai perkara tersebut.

8. Maka penggunaan sistem seperti Tweet Deck untuk mengirimkan Tweet secara pukal tidak dapat dihalang.

9. Malah, ini juga membuka peluang untuk pihak luar yang tidak bertanggung jawab untuk sabotaj cubaan ini.

Kemungkinan Sabotaj Pembangkang.

1. Tidak sampai sehari, HarakahDaily dan MalaysiaKini telah mengeluarkan artikel yang menyatakan tentang wujud bots, akaun palsu dan lain-lain lagi hal untuk mengurangkan integriti terhadap cubaan terhadap rekod tersebut.

2. Perkara ini mungkin dirancang sendiri oleh pihak pembangkang. Mereka mungkin memasang beberapa akaun palsu, bots untuk turut serta bersama di dalam #Merdeka55, kemudian mendakwa bahawa Tweet Merdeka ini tidak sah dan terdapat cubaan menipu dan sebagainya.

3. Tetapi barang siapa yang turut serta tweet semasa jam 8.12 mlm sehingga 9.12 malam langsung tidak dapat melihat timeline Twitter pada waktu tersebut kerana terdapat lebih kurang 1003 tweet dikirimkan dalam masa 1 saat secara puratanya.

4. Maka mereka yang dapat kesan tweet berulang ini barangkali telah merancangnya terlebih dahulu kemudian kononnya mendedahkan perkara ini sebagai akaun palsu langsung memburukkan nama pihak Kerajaan yang mengumumkan kejayaan ini.

5. Malah sehari sebelum kejadian, pihak Telco yang telah menaikkan sistem kapasiti jalur lebar di stadium telah disabotaj dan pelbagai masalah lagi yang berlaku sebelum hari kejadian.

6. HarakahDaily dan juga MalaysiaKini menggunakan PoliTweetOrg sebagai bahan rujukan mereka.

7. Namun begitu, PoliTweetOrg tidak mengumumkan apakah sistem yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tersebut.

8. Ini kerana kami mendapat laporan bahawa terdapat beberapa sistem yang digunakan untuk memantau #Merdeka55 ini mencapai limitasi mereka kerana terlalu banyak tweet dikirimkan pada sela masa tersebut.

9. Terdapat juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PoliTweetOrg yang menyokong Tweet Merdeka tidak diketengahkan oleh HarakahDaily dan juga MalaysiaKini.

10. Mereka memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang  membina persepsi negatif orang awam terhadap Tweet Merdeka #Merdeka55.

11. Ini adalah satu sikap yang sangat tidak patriotik yang ditunjukkan oleh media pro pembangkang.

12. Sepatutnya usaha ini disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira parti politik kerana yang dijulang adalah nama Malaysia itu sendiri pada akhirnya.



No comments: