Nov 11, 2012

@N_Izzah & @AnwarIbrahim Agen Yahudi Interfaith Commission (IFC)? #SamanKami



Diharapkan agar para pembaca dapat menonton klip video di atas dengan sepenuhnya sebelum membaca artikel ini bagi memahami apa itu InterFaith Commision (IFC), sejarah penubuhannya dan penglibatan individu-individu yang tertentu.
Isu Semasa

1. Kenyataan Nurul Izzah baru-baru ini telah mengejutkan pelbagai pihak.

2. Beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang sangat kontroversi bahawa orang Melayu berhak untuk memilih agamanya sendiri.

3. Seperti mana yang kita tahu, Orang Melayu Malaysia secara rasminya, sahnya dan keturunannya adalah Orang Islam. Apabila Nurul Izzah menganjurkan kenyataan sedemikian beliau telah menganjurkan bahawa Orang Islam boleh untuk keluar dari agama Islam (murtad).

4. Di sebut di dalam klip video di atas tentang 14 tuntutan IFC di Malaysia ini dan kita lihat pula persamaan yang ada pada kenyataan Nurul Izzah tersebut.

14 Tuntutan IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
   
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
   
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
   
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
   
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
   
6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
   
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
   
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
   
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
   
10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
   
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
   
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
   
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
   
14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim Agen IFC?

1. Jika diperhatikan kepada 14 tuntutan tersebut, bukankah tuntutan yang pertama tersebut hampir sama dengan kenyataan Nurul Izzah.

2. Anwar Ibrahim pula telah menyatakan di dalam ceramah beliau bahawa kalimah Allah itu boleh digunakan bagi golongan orang bukan Islam. Ini pula berkaitan dengan tuntutan ke-9 IFC.


3. Bukan itu sahaja, Gobalakrishan dan Nga Kor Ming yang sering menggunakan ayat al-Quran sebagai bahan ceramah politik juga tidak pernah ditegur ataupun dihalang oleh mana-mana pemimpin parti Pembangkang.

4. Malah, di dalam satu ceramah tertutup yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim sendiri, Irene Fernandez telah meminta supaya Bible diterbitkan di dalam Bahasa Melayu.



5. Dilihat bahawa Irene Fernandez walaupun tergagap-gagap hendak berbahasa Melayu, tetap menyampaikan ceramah tersebut di dalam bahasa Melayu semata-mata untuk menunjukkan bahawa perlunya Bible di dalam bahasa Melayu.

6. Kenyataan Irene tersebut bukankah tuntutan ke-10 IFC?

7. Jika disusun rentetan kisah tentang kenyataan Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah, apa yang mereka perkatakan di dalam ceramah mereka adalah berlandaskan kepada 14 tuntutan IFC tersebut.

8. Adakah tidak melampau sekiranya benar dikatakan bahawa anak-beranak ini adalah agen kepada IFC itu sendiri?

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: