Nov 4, 2012

Badrol Amin Sebenarnya Mahu Terapkan Modul Al-Arqam di dalam PAS


Saya bukanlah pengikut Abuya, tetapi ada juga perkara yang saya kagumi terhadap Abuya dan pengikut-pengikutnya ini. Saya rasa Dr Badrol Amin menghadiri perjumpaan mengingati Abuya ini atas beberapa sebab:




1) Beliau ingin meniru modul Al-Arqam untuk diajarkan kepada parti PAS, lihat bagaimana Al-Arqam boleh membina empayar perniagaannya hasil sumbangan daripada ahli sehingga perniagaan mereka berkembang di dalam dan luar negara. Sedangkan Kohilal yang ditubuhkan PAS hasil sumbangan ahli seperti hidup segan mati tak mahu dan tidak memberi manfaat kepada seluruh ahlinya.







2) Al-Arqam berjaya mebuktikan bahawa kebajikan jemaahnya terjamin dengan adanya hospital yang memberi khidmat kesihatan percuma, sekolah percuma, rangkaian kedai pakaian dan keperluan asas yang murah dan mereka ini tidak bergantung kepada bantuan kerajaan.







3) Al-Arqam berjaya membina empayar perniagaan mereka dengan jumlah ahli kira-kira seramai 10,000 orang. Sepatutnya parti PAS boleh lakukan dengan lebih hebat lagi kerana jumlah keahlian mereka yang jauh lebih ramai. Setiap kali ceramah pasti akan ada kantung meminta sumbangan diedarkan persoalannya kemana sumbangan ini disalurkan sehingga tidak ada sebuah Masjid pun yang dibina oleh kerajaan PAS di kelantan. Ataupun orang PAS hari ini turut hanyut seperti tuduhan mereka terhadap orang UMNO suatu ketika dahulu pemimpinnya hanyut dengan kemewahan, berkereta mewah, berbini ramai, sudah ada private jet dan macam-macam lagi.




4) Modul yang paling hebat sekali adalah bagaimana Abuya berjaya menanam keyakinan kepada pengikutnya sehingga ke hari ini walaupun Abuya telah tiada tetapi ahlinya merasakan mereka masih lagi dipimpin oleh Abuya secara Ghaib. Modul ini cukup penting kerana usia Tok Guru sudah senja dan bagi memastikan kelansungan Parti PAS Tok Guru perlu memikirkan bagaimana untuk memimpin Parti PAS apabila sudah berpindah ke alam yang satu lagi.




No comments: