Nov 22, 2012

Adakah Satim Diman 'Seri Serdang', Abdul Rahim 'Gombak', Antara Penghidap #SindromLajim ?



1. Baru-baru ini apabila artikel Pembelot dikesan dari UMNO Selangor! #SindromLajim Semakin Menular diterbitkan di blog ini, banyak e-mail yang diterima bertanyakan tentang siapa pembelot UMNO yang berjangkit #SindromLajim tersebut.

2. Ramai juga yang membuat spekulasi meneka-neka gambar yang dimuat naikkan di dalam artikel tersebut.

3. Namun begitu, tujuan artikel tersebut bukanlah untuk membuka pekung atau memburukkan mana-mana pihak. Cuma yang hendak dibangkitkan adalah keikhlasan 'pejuang-pejuang' ini memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair.

4. Ataupun mereka mempunyai maksud yang tertentu?



Satim 'Serdang'





5. Jika dilihat kepada YB Seri Serdang, Dato' Satim Diman, kawasan beliau sendiri terbiar dan tidak terjaga. 

6. Kes banjir yang jarang-jarang berlaku di Serdang pada bulan September yang lepas gagal ditangani dengan baik.

7. Manakan tidak apabila Persatuan Buddha Seri Kembangan adalah orang pertama yang turun memberikan bantuan tunai sehingga RM 300 seorang.

8. Dato' Satim hanya turun mengangguk dan menggelengkan kepalanya sahaja mendengar keluhan orang ramai sampai mengedarkan borang.

9. Tiada satu bantuan pun sama ada berbentuk barangan runcit yang musnah akibat banjir ataupun wang ringgit diberikan pada malam lawatan tersebut.

10. Taring Dato' Satim pula selaku insan yang berkobar-kobar hendak memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air daripada ancaman DAP juga semakin tumpul.

11. Cerita beliau yang senantiasa bersama Dato' Dr. Hassan Ali untuk membincangkan perpaduan Ummah dan mempertahankan kesucian agama Islam hanya tinggal cerita sahaja.

12. Satim tidak pun dilihat untuk bersama Hassan Ali untuk sama-sama turun ke padang memperjuangkan Islam dan Melayu.

13. Adakah Satim sudahpun lelah dan mengaku kalah ataupun beliau sudah dijangkiti Sindrom Lajim?

14. Bangkitlah Dato' Satim untuk kembali ke medan perang!


Rahim 'Gombak'





15. Lain pula kisahnya tentang Abdul Rahim Kamaruddin, Ketua Bahagian UMNO Gombak.

16. Beliau yang terkenal dengan sifat aggresifnya pula mencerminkan kisah yang berlainan.

17. Laporan diterima bahawa beliau bukanlah seorang yang popular di bahagian. Sikapnya yang memilih-milih kroninya di dalam bahagian menjadi buah mulut ramai ahli di bahagian dan cawangan.

18. Mana-mana ketua cawangan yang tidak menjadi pilihan beliau akan dipinggirkan dan dipulaukan dari mana-mana aktiviti cawangan. Sedangkan jamuan buka puasa di Ampang Waterfront pun dilihat bahawa tidak ada ketua cawangan dari bahagian beliau yang tidak bersama beliau dijemput bersama.





18. Beliau dillihat turut tidak sekepala dengan Ketua Pemudanya sendiri, Megat Zulkarnain.

19. Dengan sendirinya wujud 2 kem yang berbeza di Gombak!

20. Rahim turut memberikan amaran, "Kalau aku tidak dinamakan calon, siap!"

21. Apakah yang dimaksudkan oleh beliau dengan amaran "siap"?

22. Adakah beliau akan dijangkiti oleh Sindrom Lajim lalu sabotaj calon untuk bahagian Gombak tersebut?

22a. Terdengar pula satu ungkapan dari orang ramai di Gombak, "Jika Rahim bertanding kalah, kalau Megat bertanding pun kalah!"

22b. Apabila ditanyakan mengapa penjelasan mereka mudah. Rahim tidak digemari ramai di Gombak manakala Megat pula akan disabotaj Rahim.

22c. Selesaikanlah persengketaan ini Rahim dan Megat, mana-mana tercalon pun maka bantulah calon tersebut untuk menang!

Lain-lain kisah Selangor





23. Di Sabak Bernam pula, apabila Ahli Parlimennya, Rahman Bakri ditahan atas kes bayaran tuntutan palsu tempoh hari, ADUN Sabak, Warno Dogol pula disalahkan kerana kononnya mensabotaj.

24. Walaupun kebenaran 'sabotaj' ini tidak boleh dibuktikan namun apa yang berlaku di kawasan tersebut adalah kewujudan 2 kem yang berbeza yang saling memulaukan aktiviti antara satu sama lain.

25. Apabila Rahman Bakri menganjurkan program, penyokong Warno Dogol tidak turun dan perkara sebaliknya juga berlaku apabila Warno Dogol pula menganjurkan program, penyokong Rahman Bakri akan memulaukan program tersebut.

26. Perkara tidak sihat ini berlaku di bahagian-bahagian lain di seluruh negara. Tetapi di Sabak Bernam ini kelihatan keterlaluan.

27. Manakan tahu jika sebenarnya dalang kepada perpecahan ini adalah dari PKR sendiri yang ingin memusnahkan UMNO dari dalaman ataupun pihak ketiga seperti Ahli Parlimen Sungai Besar sendiri, Noriah Kasnon yang pernah dikaitkan menjatuhkan Khir Toyo dahulu.

28. Yang rugi akibat daripada pergolakan ini adalah UMNO itu sendiri. Rahman dan Warno, lupakanlah persengketaan kamu dan berjuanglah demi agama, bangsa dan tanahair!

29. Dato'Seri Najib seharusnya perlu untuk campur tangan sendiridi dalam kes UMNO Selangor ini agar harapan, matlamat dan visi beliau untuk memenangi PRU-13 sekaligus merampas Selangor kembali.

30. Menang Selangor, menanglah BN!

31. Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara.

No comments: