Apr 29, 2013

#PRU13 #TolakPR #SaveSelangor : Petanda Selangor Nak Jatuh ke Tangan BN!


1. Strategi biasa Pakatan Pembangkang ini adalah untuk menuduh secara rambang terhadap BN perkara yang mereka lakukan selama ini. Dengan kenyataan seperti ini, Pakatan Pembangkang ini secara semulajadi telah menyediakan alasan mengapa mereka bakal kalah PRU-13 ini di Selangor.

2. TS Khalid dengan tidak malunya telah menuduh UMNO memasukkan 130,000 pengundi Selangor daripada luar Selangor untuk mengundi BN pada 5 Mei kelak.

3. Selama ini pun, Pakatan Pembangkang dengan lantang menuduh pengundi hantu tetapi pada hakikat sebenarnya pengundi hantu adalah sumber dari mana mereka memperoleh majoriti undi.


4. Perlu diingatkan bahawa pihak Pembangkang sendiri mempunyai database pengundi mereka sendiri yang dinamakan SISMAP. Setiap pengundi yang layak namanya berada di dalam sistem tersebut dan mempunyai status Sokong, Atas Pagar ataupun Tidak Sokong.

5. Di sini bermaksud sistem mereka tersebut awal-awal teklah menjangkakan bahawa mereka akan kalah di Selangor dengan majoriti 130,00 undi.

6. Strategi jahat ini adalah untuk menanamkan di dalam pemikiran rakyat bahawa berlaku kepincangan di dalam SPR dan ingin melakukan huru-hara selepas kemenangan BN di Selangor.

7. Sememangnya PRU-13 ini adalah pilihanraya paling kotor pernah diadakan akibat daripada perbuatan jahat pembangkang terutamanya PKR.

8. TS Khalid yang bertanding di DUN Pelabuhan Klang adalah suatu petanda yang diberi oleh Azmin Ali untuk mencincang karier politik beliau. Dan kini dengan berbekalkan kenyataan media yang boleh dikira bodoh dan sembrono ini, TS Khalid kelihatan terdesak.

9. Beliau ingin mengalihkan kegagalan PKR memenangi PRU-13 di Selangor ini bukan atas kelemahan beliau tetapi salah BN semuanya.

10. Projek pembodohan rakyat ini sememangnya menjadi permainan politik utama untuk PKR, tetapi rakyat sudah cukup matang untuk tidak lagi dengar apa-apa sahaja kenyataan beliau.

11. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: