Jul 29, 2013

Selepas PRK Kuala Besut: Pembohongan Lim Kit Siang #KualaBesut

1. Selepas selesai PRK Kuala Besut tempoh hari barulah Lim Kit Siang berani untuk bersuara.

2. Sebelum PRK tersebut, jelas Pakatan pembangkang bersetuju sekiranya DAP turut serta berkempen di Kuala Beust, PAS akan mengalami kekalahan yang lebih teruk.

3. DAP juga tidak turut serta kerana peratusan Cina tidak signifikan di Kuala Besut. Jelas menunjukkan DAP ini sebenarnya rasis dan hanya parti untuk kaum Cina sahaja.




4. Menjadi pokok perbincangan pada kali ini adalah dakwaan bapa Rasis ini, Lim Kit Siang, yang menlemparkan fitnah bahawa kemenangan BN adalah disebabkan pertolongan SPR meletakkan hari Rabu sebagai hari membuang undi.

5. Saya menyediakan sedikit analisis mudah PRK sepanjang tahun 2008 sehingga 2011 untuk menyangkal dakwaan yang tidak berasas ini.


6. Di sini sahaja jelas menunjukkan bahawa BN mempunyai peluang yang lebih baik sekiranya Pilihanraya dilakukan pada hujung minggu iaitu Sabtu atau Ahad dengan 5 kemenangan.

7. Manakala sekiranya dilakukan Pilihanraya pada hari biasa (Isnin-Jumaat) maka BN mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk kalah.

8. Jelas melalui perbandingan yang mudah sebegini menunjukkan bahawa dakwaan Lim Kit Siang dan Pakatan Pembangkang jauh tersasar dan kerana tidak puas hati atas kemenangan BN.

9. Walaupun rakyat Kuala Besut secara jelas telah menolak PAS dan Pakatan Pembangkang, namun mereka dengan tidak ada rasa malunya masih mahu mendabik dada bermegah dengan memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: