Jul 31, 2013

[Eksklusif] : Pendedahan Individu Di Sebalik Video Aidilfitri 'Anjing' #TolongHormat



1. Kecoh diperkatakan di Fecebook tentang satu video yang menghina Agama Islam dengan memaparkan anjing yang kononnya berwudhuk dan memakan kuih raya bersempena dengan Sambutan Aidilfitri.

2. Individu tersebut mengakhiri video itu dengan mengatakan 'Selamat Menyambut Aidilfitri Tanpa Mengira Spesis Manusia dan Anjing'.

3. Sebenarnya video ini telah dimuatnaik sendiri oleh individu tersebut pada tahun 2010 lagi. Namun baru kini video itu mula tersebar dengan meluasnya di media sosial.

Video Asal Dilarang Daripada Untuk Di'embed'kan
4. Individu tersebut didalam deskripsinya telah menyatakan (boleh dicapai di sini):

"Ni iklan jamin kena ban... takde sape yang akan berani tayangkan iklan atau rancangan tv yang mempunyai unsur2 seperti ini....

Sabar jelah.... fainted!"


5. Setelah dilakukan sedikit kaji selidik, maka butiran individu tersebut adalah seperti di bawah.





Nama: Maznah Mohd Yusof

Keturunan: Tidak diketahui

Agama: Tidak diketahui (Ada yang katakan Islam)

Jantina: Perempuan

Umur: 38 tahun



Nama Facebook: Chetz Yusof



Nama Fanpage 1: Chetz Togom



Nama Fanpage 2: Citizens Empowering K9 and People

Kelayakan : Ijazah Sains Kejuruteraan Industri, University Marquette, Milwaukee, US



Pekerjaan: Pengasas & Konsultan ChetzTogom.com (Sebuah syarikat konsultan melatih anjing peliharaan)

No Tel: 017-38182**

*Saya dedahkan maklumat ini untuk semua kerana semua maklumat ini boleh didapati secara online oleh beliau sendiri. Tidak ada halangan bagi mana-mana individu untuk memperoleh maklumat ini juga.

**Saya juga akan menurunkan maklumat ini sekiranya Saudari Maznah Mohd Yusof bersetuju untuk menurunkan video beliau daripada YouTube dan meminta maaf secara terbuka.

6. Saya mengambil satu pendekatan bahawa Saudari Maznah ini mempunyai niat yang baik untuk mempromosikan kasih sayang antara manusia dan haiwan. Namun, saya ingin tegaskan bahawa pendekatan yang beliau ambil tidak betul dan salah. (Walaupun di dalam diskripsi video beliau telah mengaku bahawa video ini akan di'ban'.)

7. Yang pertamanya, Saudari Maznah tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini yang sedang berada di dalam ketegangan kaum dan agama.

8. Menggunakan imej haiwan seperti anjing yang jelas menjadi tabu kepada umat Islam di Malaysia, dan diadunkan takbir raya sebagai suara latar belakang hanya akan mendatangkan kemarahan.

9. Saudari Maznah sekiranya ingin mempromosikan kasih sayang antara haiwan harus menggunakan pendekatan yang berbeza.

10. Kemudian, rakaman anjing dibasuhkan kaki serta Saudari Maznah sendiri yang membasuh kaki seolah-olah mencerminkan keadaan seseorang Muslim itu sedang mengambil wudhuk. Satu lagi penghinaan terhadap agama Islam.

11. Kemudian dihidangkan kuih raya kepada 3 ekor anjing yang kemudiannya anjing-anjing tersebut makan dengan gelojoh seolah-olah mahu digambarkan Orang Melayu itu anjing!

12. Walaupun niat Saudari Maznah tidaklah begitu, tetapi tafsiran orang ramai akan tertumpu ke arah itu.

13. Diharapkan Saudari Maznah dapat belajar daripada kesilapan ini dan haruslah meminta maaf secara terbuka agar terubat hati orang ramai terutamanya Orang Melayu yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

14. Dan saya juga ingin mempersoalkan keberkesanan SKMM dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia di bawah pimpinan Dato' Shabery Chik dalam menyaring konten seperti ini di laman maya.

15. Ketiadaan ISA dan OD juga mengakibatkan gejala yang boleh membunuh perpaduan di dalam negara berbilang kaum dan agama semakin mekar.

16. Orang Melayu semakin bosan dengan tindakan kerajaan yang membenarkan perkara seperti ini berulang berkali-kali. Baru sahaja reda daripada ribut Alvivi, muncul lagi isu seperti ini.

17. Diharap agar kerajaan dapat berbuat sesuatu atas perkara ini.

18. Saya mengambil pendirian bahawa perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama ini adalah hasil daripada pengaruh daripada Pembangkang yang membawa ideologi 'Kebebasan Tanpa Batasan'.

19. Sekiranya Pembangkang masih diberi ruang di negara ini, maka kebarangkalian sesuatu yang tidak elok untuk berlaku menjadi semakin tinggi.

20. Saudari Maznah, pesan terakhir daripada saya:

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

2 comments:

Anonymous said...

x setuju dgn point ke 15 x releven..org yg nak hina mana2 agama, individu atau kelompok, x pk pun sal ISA or OD..check ja Utusan..sebelum ISA mansuh pun dah bersepah 'dedah' cina makan babi hina islam..tambah2 selepas PRU2008..

Salah Ad-din said...

Hujah saudara saya terima.

Sebelum ISA/OD sudah ada, tetapi frekuensinya tidaklah sehebat hari ini.

Dahulu, untuk menyatakan sesuatu tentang sensitiviti kaum, sekurang-kurangnya ada satu fear factor untuk mereka.

Kini, mana letaknya fear factor tersebut.