Jun 6, 2012

Menjawab Keris7Lok: Analisa Euro 2012


1. Merujuk kepada artikel Keris 7 Lok mengenai Analisis Ringkas Euro 2012, Salah terpanggil untuk sedikit komen balas mengenai pasukan kegemaran Keris iaitu Juara Dulang-Dulang Sedunia pada musim lepas iaitu Manchestee United.


2. Keris dengan bangga menyatakan sokongan beliau kepada pasukan Itali yang Salah tidak ada masalah dengan pasukan itu.

3. Walaupun mendapat tangga ke-8 musim lepas tetapi 6 daripada pemain pasukan England dipilih daripada Liverpool. Ketua pasukan pun diberikan kepada Steven Gerrard yang sememangnnya lagenda Liverpool. Malah pengurus pasukan juga adalah bekas tangan Liverpool juga.



4. Nampaknya ke'gah'an Liverpool ini masih menjadi dendam kesumat penyokong fanatik Manchestee United kerana tidak dapat menandingi status prestij Liverpool.

5. Maaf kepada Manchestee kerana terpaksa mengakhiri musim dengan hanya sekeping dulang sahaja.

6. Sempena semangat Euro 2012 ini Salah yang menyokong Spain daripada zaman Luis Enrique, Kiko, Raul Gonzales dengan ini menyokong pasukan England pula kerana terlalu ramai yang menyokong Spain sekarang ini.

7. Sekarang ini kalau bersembang Euro sahaja mulalah keluar ayat sedemikian "aku memang dari dulu sokong Spain", sama seperti penyokong fanatik Chelsea sekarang ini. "Aku dari dulu sokong Chelsea"

8. Go England, Go Liverpool, You Will Never Walk Alone!

No comments: