Jun 14, 2012

Lagi Serangan Terhadap Tun Mahathir secara serentak.






1. Di dalam artikel yang sebelum ini, saya refleks kepada artikel Lim Kit Siang terhadap Tun Mahathir.

2. Setelah sedikit pencarian, saya mendapati bahawa ketiga-tiga parti utama Pakatan Pembangkang ini iaitu, PKR, DAP dan PAS mengeluarkan artikel yang mempunyai tema yang sama pada 14 Jun 2011. Termasuklah The Malaysian Insider.

3. Menyerang Tun Mahathir.

4. Kebiasaannya, strategi pembangkang ini adalah menyerang kepimpinan BN yang tertinggi iaitu DS Najib. Momentum serangan terhadap DS Najib tidak pernah reda sehinggalah ke pilihanraya kelak.

5. Tetapi hari ini secara koordinasinya, mereka menyerang Tun Mahathir.

6. Apakah ancaman yang Tun Mahathir bawa ke medan politik baru-baru ini?

7. Kebetulan Tun Mahathir melawat Yemen. Adakah pembangkang mahu menakut-nakutkan kerajaan Yemen terhadap Tun Mahathir?

8. Pelbagai persoalan boleh dikupas daripada tindakan pembangkang ini.

9. Saya akan ulas lebih lanjut mengenai serangan kepada Tun Mahathir selepas beliau pulang dari Yemen.

10. Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara.

No comments: