Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Sdr. Ibdillah telah mencetuskan sedikit sebanyak rasa tidak puas hati dan marah di kalangan penggamal media sosial pro-kerajaan.
Sebelum ini beliau sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Unit Media Baru yang lalu telah gagal dalam menjalankan tugas dan fungsinya.
Pada hari ini pula, Sdr. Ibdillah telah mengeluarkan 5 kenyataan berikut yang saya kira sesat dan salah dari segi aplikasi media sosialnya.
- Kurangkan berpolitik, lebihkan aktiviti yang melihatkan kerajaan membuat kerja.
- Membayar blogger adalah satu kesilapan
- Saluran maklumat dan bermesyuarat dengan PMO
- Meluaskan media maya ke instagram dan twitter
- UMNO gagal dalam media baru.
Kesimpulan yang boleh saya katakan di sini adalah Sdr Ibdillah tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk berkata tentang media baru. Pengetahuan Sdr. Ibdillah juga boleh dianggap tidak lebih daripada gadis-gadis metropolitan yang hanya mengirimkan 'selfie' mereka setiap hari.
Sepatutnya Sdr. Ibdillah telah melakukan sedikit kajian di lapangan terlebih dahulu. Berbincang dan berdiskusi dengan individu yang lebih berpengalaman dalam media baru terutamanya mereka yang terlibat seawal zaman reformasi pada tahun 1998 dahulu. Kemaskan diri dengan pengetahuan media baru kemudian barulah mengeluarkan kenyataan.
Saya yang tidaklah berapa bijak dan berpengalaman seperti sahabat yang lain cuba untuk menunjukkan kepada Sdr. Ibdillah mengapa 5 kenyataan tersebut boleh dikatakan tidak begitu bijak.
Sdr. Ibdillah perlu terlebih dahulu sejarah. Suatu ketika dahulu kerajaan berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu menjawab sebarang fitnah dan tohmahan pembangkang di internet. Kerajaan berpendapat bahawa rakyat boleh menilai prestasi kerajaan melalui kerja yang dijalankan. Namun, semua itu tidak benar dan pada tahun 2008, kerajaan Barisan Nasional telah gagal mempertahankan 2/3 kerusi dan banyak negeri lain jatuh kepada pembangkang.
Sdr. Ibdillah juga perlu membaca teori kestabilan negara. Teori klasik menyatakan bahawa terdapat 3 golongan yang kerajaan perlu jaga supaya tidak ditumbangkan. 3 golongan tersebut ialah Golongan Mahasiswa, Golongan Tentera dan Golongan Kolar Biru. Tetapi, teori moden telah menambah satu lagi golongan iaitu golongan 'IT Savvy' dan mereka inilah yang berjaya menumbangkan kerajaan di Timur Tengah, di Yugoslavia. Malah Malaysia juga terasa akan gelombangnya.
Selain itu, Sdr. Ibdillah kiranya perlu mempelajari ilmu GSPS. Ia bukanlah ilmu hitam ataupun ilmu kurafat, tetapi sekiranya Sdr. Ibdillah mahu tahu, silalah tanya kepada 'sukarelawan' Biro Media Baru Sdr. Ibdillah.
2. Membayar blogger adalah satu kesilapan.
Pertamanya, Sdr. Ibdillah sebagai seorang pemimpin mewakili UMNO tidak patut menyatakan bahawa UMNO membayar blogger. Red Bean Army yang terkenal dan semua orang tahu mereka diupah oleh DAP tetapi DAP atau mana-mana pemimpin pembangkang tidak pernah mengumumkan bahawa mereka membayar membayar blogger.
Saya tidak tahu samada benar atau tidak UMNO benar-benar membayar (sekiranya ada, saya pun mahukan juga!) tetapi sebagai pemimpin, anda tidak patut mengumumkannya di khalayak. Apa lagi integriti yang ada kepada mereka yang mendedahkan salah-laku pembangkang sekiranya jawapan balas yang diberikan oleh pembangkang adalah "itu semua UMNO yang bayar!"
Cukuplah 'damage' yang telah dibaiki oleh DS Najib selama 5 tahun. Sdr. Ibdillah diharap jangan memusnahkannya dalam masa sehari.
Kedua, pengamal media sosial yang senantiasa menyokong kerajaan selama ini akan terasa hati kerana ada antara mereka menulis bukan kerana wang ringgit tetapi kerana Agama, Bangsa dan Negara. Kehadiran Sdr. sebagai muka baru tiba-tiba sahaja menempelak mereka yang ada antaranya telah kemalangan, telah berbelanja ribuan ringgit untuk mempertahankan UMNO atas dasar perjuangan, sakit dan sebagainya seolah-olah tidak dihargai.
Ketiga, Pemuda UMNO telahpun melakukan melancarkan sukarelawan Media Sosial ini tidak lama dahulu yang dikenali sebagai BNYCT. Sekiranya Sdr. Ibdillah aktif media sosial ketika itu, sudah tentu Sdr. sedar akan kewujudan BNYCT ini dan menyambung kesinambungannya. Bukan dengan cara untuk membuang yang lama untuk membina yang baru. Itu cara DS Anwar Ibrahim dan bukannya cara orang UMNO.
3. Saluran maklumat, bermesyuarat dengan pembuat dasar dan PMO terlebih dahulu sebelum mengupas topik.
Sekali lagi Sdr. Ibdillah membuat dua kesalahan serentak. Pertama, Sdr tidak patut mendedahkan sebarang usahasama dengan PMO jikalau ada. Rakyat akan memberikan persepsi bahawa UMNO menggunakan agensi kerajaan untuk kepentingan UMNO.
Kedua, untuk pengetahuan Sdr. Ibdillah, media sosial ini adalah mengenai kepantasan maklumat. Hendak menunggu bermesyuarat, mendapatkan maklumat adalah terlalu lambat dan perepsi telahpun dibentuk oleh rakyat sebelum sempat 'sukarelawan' Sdr. untuk menjawab.
Selain itu juga ia adalah sebagai saluran pendapat peribadi individu dan perbincangan secara kolektif pendapat-pendapat tersebut akan membentuk persepsi rakyat. Biarlah kerajaan membuat sesi penerangan dasarnya kerana itu tugas kerajaan. Sdr. sebagai pemimpin Pemuda UMNO boleh bersetuju atau mengkritik dasar tersebut kerana Sdr. membawa suara rakyat.
4. Meluaskan ke instagram, twitter.
Sebelum Sdr. Ibdillah berbicara, elok kiranya Sdr. Ibdillah melihat dahulu demografik pengguna media sosial ini. Di mana mereka berada? Di Facebook berapa ramai, di twitter berapa ramai dan lain-lain berapa ramai. Saya faham yang Sdr. Ibdillah ini penggemar Instagram, namun untuk penyebaran maklumat yang lebih meluas dan boleh ada kesan penggandaan, elok beberapa platform lain diguna pakai.
Facebook masih lagi menghimpunkan pengguna media sosial yang paling ramai dengan jumlah kini seramai 13.5 juta pengguna dari Malaysia. Cuba Sdr. bandingkan seorang pengamal media sosial pro-kerajaan mempunyai followers di fanpagenya hampir 150,000 akaun dan akaun Instagram saudara yang berjumlah 2,000 lebih follower. Mana lebih efektif dan mencapai lebih ramai orang? Jangan lupakan Facebook walaupun Sdr. tidak gemar menggunakannya. Itupun kalau Instagram Sdr. tidak penuh dengan gambar bermewah-mewahan di luar negara.
Semak dahulu demografik pengguna media sosial barulah berbicara tentang platform mana yang sesuai.
5. UMNO gagal di media baru.
Sdr. Ibdillah sepatutnya semak keputusan pilihanraya ke-12 dan ke-13 barulah berbicara. PRU ke-13 telah memperlihatkan peningkatan prestasi UMNO yang bertambah kerusi. Yang gagal bukanlah UMNO tetapi parti komponen. Penubuhan Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO juga adalah untuk membantu UMNO dan bukannya parti komponen yang lain. Sepatutnya terdapat Unit Media Baru Barisan Nasional. Barulah merentasi parti komponen dan bolehlah UMB BN dikatakan gagal.
Kedua, semasa Muktamar PAS, pemimpin PAS sendiri semasa Muktamar PAS baru-baru ini juga telah memuji kehebatan media sosial UMNO. Pemimpin lawan memuji, pemimpin sendiri mengutuk.
Diharapkan Sdr. Ibdillah boleh mengambil sedikit nota daripada penulisan saya yang tidak seberapa ini. Rendahkanlah ego Sdr. Ibdillah dan berjumpalah dengan mereka yang telah lama berkecimpung di dalam medan perang era baru ini. Tidak terlambat untuk Sdr. Ibdillah berubah dan semoga Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah pimpinan Sdr. akan berjaya lebih baik daripada yang sebelumnya.
Pesanan terakhir daripada saya:
Gunakanlah Hak Untuk berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara
5 comments:
dengar dahulu katanya yang pertama, saya dilantik oleh khairy, ketua pemuda. tu yang berasa diri dah jadi besar dan boleh bercakap sesedap mulut dan ayat. mungkin dah lama berjuang dalam dunia cyber dan mempunyai ranking tinggi dalam blog politik negara. tu yg bercakap.mungkin blog dia ramai yg baca dan dapat maklumat tak serupa blog politik lain.
I have read this entry and I personally think this entry is really well constructed and thank you to the author for standing without any guilt. Thank you. Terima kasih atas pencerahan yang cukup bermakna ini. Thumbs up!
macam macam hal umno sekarang. lantik orang ikut kebolehan atau ikut kroni mereka ni ?
well said bro...
Well said n good advice.
Post a Comment