Jan 4, 2017

Datuk Bahri 'SPRM' Boleh Didakwa Di Mahkamah?



1. Kenyatan penuh beremosi Datuk Bahri Mohammad Zin, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM kelmarin telah memerangkap dirinya sendiri.

2. Ini kerana secara terbuka beliau telah mengeluarkan kenyataan mengugut kononnya jangan dicabar kerana dia kenal 'SEMUA' pemberi dan penerima rasuah.

3. Ini bermakna terdapat kes rasuah yang mana beliau sendiri sebagai kakitangan SPRM 'tahu' mengenainya tetapi tidak melaporkan kes tersebut atau membuka kertas siasatan.


4. Lebih mengecewakan lagi apabila kenyataan beliau tersebut menggambarkan bahawa beliau melakukan siasatan secara terpilih sahaja dan ada siasatan yang sengaja didiamkan bagi tujuan tertentu.

5. Tidak mustahil juga sesetengah kes rasuah yang beliau 'tahu' tersebut sengaja disimpan sebagai 'Free out of jail card' sekiranya suatu hari nanti beliau di dalam kesusahan ataupun didapati melakukan jenayah.

6. Menurut entri Facebook Raziz Rashid, kegagalan untuk melaporkan jenayah rasuah merupakan jenayah mengikut Akta SPRM seperti berikut:

Kegagalan Melaporkan Rasuah

Akta SPRM 2009 memperuntukkan kegagalan melaporkan rasuah merupakan kesalahan :
- Gagal melaporkan pemberian atau tawaran suapan di bawah seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009; denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali;
- Gagal melaporkan permintaan atau memperoleh suapan di bawah seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009; denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

7. Jelas di sini menunjukkan bahawa Datuk Bahri boleh didakwa di mahkamah sekiranya terdapat individu yang melakukan laporan kepada polis tentang kesalahan Datuk Bahri.

8. Maka, persoalan yang timbul ketika ini adalah mengapa beliau tidak melapor atau membuka kertas siasatan jenayah rasuah tersebut?

9. Ataupun ini adalah satu lagi dakwaan 'kotak bukti' seperti yang dilakukan oleh Ezam Md Noor.

10. Nasihat saya kepada Datuk Bahri: "Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara."

3 comments:

Anonymous said...

itulah namanya bodoh. tahu banyak kes kesalahan semasa memegang jawatan tapi didiamkan @ memilih kes untuk didakwa. inilah kerja paling bodoh yang ditunjukkan sebaik mengakhiri tugas penjawat awam. kerana apa? kerana selama berkhidmat bukan jalankan amanah dengan telus tetapi lebih kepada proses menabur racun kepada pemikiran rakyat. saya berdoa agar ada pihak akan membawa isu ini ke tengah...

Anonymous said...

Setuju...Datuk Bahari mesti di soal siasat..mengapa dia mendiapkan/menyenyapkan kes rasuah yang dia tahu. Dahsyat nih!.Saya sebagai seorang warga rasa terkilan ... kes orang rasuah tidak dibawa keatas...sedangkan beliau mengetahui siapa pemberi dan siapa penerima...bermakna beliau ada bukti. Tak kira siapa wajib baginya bertindak.

Anonymous said...

Lepas ni kita tenguk lah pentas mana beliau akan berteriak maki hamun..Masa tu baru kita bolih tenguk warna sebenar....tungguuuu