Jan 25, 2017

Baca Kenyataan @LimKitSiang 34 Tahun lalu Mengenai #SkandalBMF



34 tahun yang lalu sewaktu di dalam sidang Parlimen, ahli parlimen Bukit Katil, Lim Kit Siang dengan secara tegasnya telah mendesak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai skandal BMF dan juga pembunuhan penolong pengurus BBMB, Jalil Ibrahim.

Lim Kit Siang turut membacakan 10 kenyataan atau tuntutan pengundi pilihanraya kecil Seremban 19 November 1983.

Berikut adalah 10 Kenyataan/Tuntutan tersebut:


Inilah kenyataan rakyat Seremban mengenai skandal BMF yang diterima sempena pilihanraya kecil Seremban. Ketetapan rakyat mengenai skandal BMF: Seremban

 "Kami, rakyat Seremban yang berhimpun di Dewan Rekreasi China Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 11hb November, 1983 di rapat umum bantahan skandal BMF memutus untuk membuat kenyataan yang berikut untuk diterima dan disahkan oleh pengundi-pengundi Seremban pada hari membuang undi pada 19hb November, 1983.

Kami, rakyat Seremban:

(1) Mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya skandal pinjaman $2,500 juta ringgit Bumiputera Malaysia Finance di Hong Kong yang telah disifatkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, sebagai satu "jenayah yang menjijik" dan satu "pengkhianatan amanah";

(2) Melahirkan rasa paling terkejut apabila meskipun skandal $150 juta ringgit Bank Rakyat telah berlaku dalam akhir tahun 1970an, ia tidak menjadi satu pengajaran kepada institusiinstitusi dan agensi-agensi Kerajaan termasuk syarikatsyarikat dan anak-anak syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan seperti Bank Bumiputera dan BMF hinggakan sekarang kita menghadapi skandal BMF yang 20 kali ganda lebih serius dari Skandal Bank Rakyat.

(3) Merakamkan rasa marah bahawa skandal BMF yang melibatkan jumlah wang yang begitu banyak sejumlah $2,500 juta akan melemahkan dengan seriusnya pembangunan sosio-ekonomi rakyat Malaysia semua kaum oleh kerana wang sejumlah $2,500 juta ringgit bolehlah disamakan atau digunakan untuk perkara-perkara berikut:

(a) la boleh menampung perbelanjaan pembangunan bagi seluruh negeri Negeri Sembilan untuk lebih 12 tahun;

(b) la boleh digunakan untuk menubuhkan 100 buah universiti lagi berasaskan kepada peruntukan permulaan sejumlah $27 juta ringgit yang diberikan kepada Universiti Islam Antarabangsa untuk tahun 1983;

(c) la boleh digunakan untuk membina 125,000 unit rumah kos rendah dengan hanya $20,000 bagi setiap unit, atau 2 unit rumah kos rendah untuk setiap 60,000 pengundi di Seremban;

(d) la boleh digunakan untuk menggandakan Pasukan Polis di negara ini dengan menaikkan gaji mereka sebanyak 50%, dan selepas berbuat demikian, masih akan tertinggal lebih kurang $1,500 juta ringgit;

(e) la boleh digunakan untuk membangunkan tanah seluas 150,000 hektar lagi untuk menempatkan sekurang-kurangnya 30,000 peneroka;

(f) la boleh digunakan untuk membangunkan malah membina semula Seremban beberapa kali ganda.

(4) Mengisytiharkan hak untuk mengetahui rakyat Malaysia terhadap segala cerita mengenai skandal BMF dan menolak sebarang usaha untuk menutup skandal kewangan, dan bank yang paling terbesar yang berlaku di dalam sejarah Malaysia;

(5) Menggesa penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk mengadakan penyiasatan awam secara menyeluruh ke dalam skandal BMF dan memberikannya kuasa untuk menyiasat kekurangan tanggungjawab dan kecuaian serta penyelewenganpenyelewengan bukan sahaja pegawai-pegawai Bank Bumiputera tetapi juga Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri serta Kabinet;

(6) Menggesa Perdana Menteri memperkotakan janjinya di dalam Pilihanraya Umum 1982 untuk mengadakan satu pentadbiran yang "Bersih, Cekap dan Amanah" serta janji beliau sebelumnya untuk 'menghukum sesiapa sahaja yang berasuah'—dengan menubuhkan dengan serta-merta sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat skandal BMF yang seharusnya dianggotai oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kewibawaan dan perwatakan yang tidak celah yang boleh mendapat keyakinan penuh masyarakat seperti Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Noordin, Presiden Mahkamah Perusahaan, Hakim Harun Hashim, Presiden ALIRAN, Dr Chandra Muzaffar, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Encik S.M. Mohd. Idris, Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Chen Man Hin, bekas Ahli Parlimen Pembangkang, Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Presiden  Persatuan Graduan Selangor, Encik Gurmit Singh dan pendita Professor Syed Hussein Alatas;

(7) Mencadangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja BMF seharusnya mengkaji perhubungan "Mastermind" Carrian, George Tan, dengan pemimpin-pemimpin politik Malaysia, sama ada setaraf Menteri atau bekas Menteri, oleh kerana tiada seorang pun rakyat Malaysia yang akan mempercayai bahawa hanya beberapa orang pengarah dan pegawai BMF akan mengkomitkan pinjaman-pinjaman sejumlah $2,500 juta di Hong Kong kepada 3 buah syarikat tanpa kelulusan golongan atasan politik, oleh kerana jumlah ini adalah 5 kali ganda jumlah modal dan simpanan syarikat induk BMF, iaitu Bank Bumiputera;

(8) Mencadangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja BMF itu seharusnya mengkaji bagaimana skandal $2,500 juta BMF itu akan menjejaskan dengan teruknya saham-saham Amanah Saham Nasional yang dipegang oleh seramai 1.3 juga orang bumiputera disebabkan syarikat induknya, Permodalan Nasional Berhad, memegang 80% saham dalam Bank Bumiputera;

 (9) Mencadangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja BMF itu seharusnya mengkaji sama ada Malaysia menghadapi lebih banyak masalah-masalah yang sama yang dicipta dengan keruntuhan kumpulan Carrian, seperti yang dinyatakan oleh bekas Pengerusi Executive Bank Bumiputera, Tan Sri Kamarul Ariffin yang menyatakan bahawa 3 atau 4 masalah seakan-akan masalah Carrian semakin muncul di Malaysia dalam tahun 80an; dan

(10) Mendesak supaya orang yang bertanggungjawab ke atas $2,500 juta skandal tersebut didakwa dan dihukum tanpa mengira taraf atau pengaruh mereka kerana kita tidak boleh menerima kewujudan satu "jenayah yang menjijik" tanpa penjenayah-penjenayah.

Kerajaan hendaklah menerima keputusan rakyat Seremban yang diputuskan dalam pilihanraya kecil tersebut serta menyahut seruan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja diadakan ke dalam skandal BMF.





Tetapi malangnya pada hari ini, Lim Kit Siang telah mempertahankan pula Tun Mahathir bahawa tiadak ada apa-apa yang baru mengenai laporan CIA tersebut.

Jelas ini menunjukkan sikap hipokrasi seorang pemimpin DAP yang lidah bercabang sejak dahulu lagi. Lim Kit Siang hanya akan mempertahanklan satu-satu isu sekiranya terdapat kepentingan politik bagi dirinya.


Kini apabila Tun Mahathior bersamanya, apa jua skandal yang pernah Lim Kit Siang tuduh semuanya telah diampunkan.

Ini adalah hipokrasi tahap tertinggi seorang manusia!