Nov 16, 2016

Gaji Minima RM48K Baru Layak Miliki Harta Seperti Adam Rosly: LHDN dan SPRM Perlu Siasat Segera!




Kiraan Bagi Memiliki Rumah Lelongan Bernilai RM 1 Juta
1. Untuk memiliki rumah lelong bernilai RM 1 Juta, anda perlu mempunyai tunai tersedia sebanyak RM50K atau RM100K bagi tujuan deposit dan melayakkan anda menyertai lelongan tersebut. (5% or 10% daripada nilai rumah)

2. Anda juga perlu menyelesaikan bayaran tertunggak 3 bulan sebanyak RM16K. Bil-bil tertunggak seperti cukai pintu, elektrik dan air juga perlu dijelaskan.

3. Baki RM900K boleh diperoleh melalui pinjaman bank dan kebiasaannya bank hanya boleh memberi pinjaman sekiranya nilai bayaran ansuran bulanan adalah 70% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan bersih anda. (Hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang rumah yang lain & hutang kereta)

4. Dengan nilai pinjaman RM900K selama 35 tahun dengan kadar faedah pada 6.6%. Bayaran ansuran bulanan adalah RM5500/bulan.

5. Katakan anda juga memiliki sekurang-kurangnya 4 buah kereta mewah seperti BMW 320i (RM250K) Mercedes C200 (RM300K) Volvo X40 (RM200K) dan Mini Cooper Clubman (RM250K), maka ansuran bulanan untuk setiap kenderaan tersebut adalah:
 (Andaian: Deposit 10% nilai kereta, hutang bank selama 9 tahun pada kadar faedah 4%)
BMW: RM2,900/bulam
Merc: RM3,400/bulan
Volvo: RM2,400/bulan
MC: RM2,900/bulan


6. Maka, untuk mendapatkan pinjaman RM900K dengan nilai tanggungan di atas, gaji bulanan anda perlulah sekurang-kurangnya RM24,185.42. (Dengan mengambil kira anda tidak mempunyai sebarang hutang kad kredit dan hutang rumah-rumah yang lain)

7. Maka inilah gaji seorang pegawai khas kepada ahli parlimen.

8. Dengan pendedahan terbaru mengenai 2 buah rumah di Saujana Elite berharga RM880K dan di Putrajaya bernilai RM1.2 Juta, dan kereta Vellfire baru bernilai RM459K maka pengiraan baru diperlukan.


Rumah Putrajaya: RM6,600/bulan

Rumah Saujana Elite: RM4,900/bulan
Vellfire: RM5,200/bulan

9. Maka, gaji MINIMA yang diperlukan bagi mendapatkan pinjaman rumah lelongan tersebut adalah RM48,285.71 sebulan.

10. Ini dengan mengambil andaian TIADA milikan harta yang lain seperti rumah, kereta ataupun kad kredit.


11. Pihak SPRM, LHDN perlu siasat segera dan pegawai khas ini pun perlu mendedahkan slip gajinya dengan segera. Sekiranya gaji yang diperoleh kurang daripada nilai ini, maka dia perlu tunjukkan borang J LHDN untuk menunjukkan pendapatan yang lain.

2 comments:

faidz said...

Betul tu tuan blog... Pandai tuan kira. Tapi sayang bodohnya lagi banyak dari pandai... Kahkahkahhhhh.

faidz said...

Betul tu tuan blog... Pandai tuan kira. Tapi sayang bodohnya lagi banyak dari pandai... Kahkahkahhhhh.