Nov 18, 2013

#VillaNabila : Fakta VS Auta

Adik Nabila Ketika Masih hidup
    Versi 1


    REMAJA HILANG DI VILLA NABILA

    18/11/2013 11:34am

    JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam sebuah villa terbiar yang dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, di sini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja yang berasal dari Majidee, di sini itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.

    Abdul Samad bagaimanapun menafikan laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi.

    "Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya itu sebelum dimaklumkan anaknya itu telah masuk ke dalam Villa Nabila ini.

    "Usaha mencari remaja tersebut masih dijalankan di villa berkenaan sama ada benar dakwaan remaja tersebut masuk dan hilang di dalamnya," katanya.

    Beliau turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay di sini pukul 1 pagi tadi.

    Versi 2

    Sekarang tengah heboh dan kecoh di Twitter seramai 23 budak-budak hilang selepas memasuki Villa Nabila.

    Antara info ringkas :
    1. Masuk 30 orang, yang keluar 7 orang
    2. Ada suara, tapi orangnya takde.
    3. Rata-rata bawah 20 tahun
    4. Sebenarnya hanya seorang je hilang...





    Namun berita 23 orang hilang disahkan palsu oleh wartawan program 999 @Hazrey (Twitter) yang berada di lokasi. Banyak khabar angin dan tokok tambah dari cerita versi asal. Yang hilang hanya seorang budak lelaki sahaja. Ibu mangsa mengatakan kali terakhir dia melihat anaknya masuk ke perkarangan Villa Nabila yang telah terbiar lama ini tetapi tidak diketahui dengan siapa.

    Versi 3

    Penulis baru sahaja mendapat berita ini dari seorang sahabat. Khabarnya pada tanggal 18 Nov 2013, lebih kurang 2 jam sesudahmidnight, 30 orang remaja berumur dalam lingkungan di bawah 20 tahun telah masuk ke dalam Villa Nabila tanpa diketahui niat mereka. Seramai 7 orang remaja berjaya keluar dari tempat itu manakala 23 orang lagi seolah-olah "terperangkap" dan hanya suara mereka sahaja yang kedengaran. Lokasi tersebut dipenuhi orang ramai dan terdapat beberapa kenderaan pihak berkuasa turut kelihatan di situ.


    Menurut "Urban Legend" penduduk Johor Darul Ta'zim, jika sesiapa masuk ke dalam banglo tersebut dengan angka genap, ia akan menjadi ganjil. Contohnya jika seramai 10 orang yang masuk mereka akan mengalami kejadian aneh dimana akan terlebih seorang (makhluk halus?) atau terkurang seorang (disorok?).


    Di bawah penulis ada menghidangkan beberapa gambar yang terdapat di laman twitter, yang kemungkinan dirakam di lokasi berkenaan. Setakat ini penulis berasa "Skeptical" terhadap kejadian tersebut selagi tidak mendapat kesahihan yang benar-benar sahih. Jika sesiapa yang mempunya info lengkap serta update terbaru, sila hubungi kami.





    Sumber : Harapan-esok.blogspot.com


    No comments: