Nov 26, 2013

#UMisOne : Apakah Lagi Strategi Jahat Pro-Menipu Universiti Malaya


Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (UM) boleh diambil kira sebagai 'trend-setter' untuk universiti-universiti lain. Apa tidaknya, kerana isu yang paling sensasi biasanya bermula daripada UM. Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (seperti mana yang mereka sendiri namakan) adalah perkumpulan Mahasiswa pro-pembangkang yang paling ekstrem.

Akibat daripada strategi berkempen mereka yang boleh dikira sebagai jahat dan keterlaluan, Mahasiswa UM terutamanya yang tidak menyokong mereka ini seringkali menggelarkan mereka sebagai Pro-Menipu.


Ini tidak lain dan tidak bukan kerana Pro-Menipu UM ini dilatih secara terus oleh Hishamuddin Rais yang dahulunya menggunakan paltform Universiti Bangsar Utama (UBU) dan kini beralih kepada platform Radio Bangsar Utama (RBU).

Campurtangan daripada Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan termasuklah Anwar Ibrahim sendiri menjadikan situasi lebih buruk.

Sejarah Blackops Pro M di UM :

1) 2009/2010 :
-Kepala Babi di surau API

Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, UM dikejutkan dengan penemuan 2 kepala Babi dalam surau Akademi Pengajian Islam, dalam kawasan UM. Blog Pro M mula menyiarkan foto-foto ini bagi menimbulkan keraguan bila anggota polis telah berkawal ditempat kejadian selepas laporan mengenainya dibuat.

2) 2010/2011 :
-Bantahan Sistem E-Undi

29 Januari 2010 - Pengenalan sistem E-Undi pada PRK kali ini mendapat bantahan dari kumpulan Pro M. Mereka mengadakan demonstrasi dengan aksi-aksi memalukan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang bergelar mahasiswa

3) 2011-2012 :
-Mastura Hilang

Seorang calon Pro M, Mastura Abu Bakar dilaporkan hilang pada 19 Februari 2011 semasa keluar berkempen. Selepas 'ditemui' dua hari selepas itu Mastura gagal menjelaskan sebab kehilangan dan siapa yang menculiknya pun tak tahu

4) 2012- 2013 :
-Edikop dipukul hingga koma?

Pukul 4 pagi, 24 September 2012, Ketua Jentera Pro M UM, Edikoup Lakip Sediyanto telah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali beberapa jam sebelum pengundian PRK UM bermula. Edikoup ditemui pada petangnya dengan cuma calar kecil dikepala, tidak seperti dirinya parah dipukul oleh sekumpulan lelaki seperti didakwa.

Mahasiswa UM kini masih menunggu apakah perancangan jahat yang bakal dilakukan oleh Pro-Menipu untuk Pilihanraya Kampus UM bagi penggal 2013/2014. Mahasiswa UM terutamanya yang masih baru dan tidak kenal akan apa itu Pro-M agar mengkaji dahulu apakah itu Pro-M dan tidak terpengaruh dengan strategi jahat mereka ini.

Penggerak UM dilihat sebagai alternatif yang jauh lebih baik berbanding dengan Pro-M. Gunakalah hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara.


No comments: