Nov 1, 2013

#PRKSgLimau : Anwar Ibrahim, Democratic Action Party dan Sungai Limau



Diwar-warkan di serata tempat bahawa DS Anwar Ibrahim bakal menjejakkan kakinya pertama kali ke N20 Sungai Limau. Akhirnya, setelah hampir 4 bulan beliau menghilangkan diri daripada pentas politik tanah air, kini beliau kembali bersama rombongannya untuk memujuk pengundi Sungai Limau. Kehilangan beliau ini mungkin atas sebab beliau sedang menerima rawatan kecantikan muka yang memerlukan sedikit masa untuk pulih dan berkeadaan normal. Tetapi bukan itu yang hendak diperbincangkan ketika ini.

DUN Sungai Limau yang merupakan antara kawasan yang dominan dengan sekolah pondok tidaklah begitu ghairah untuk menerima kehadiran beliau. Penduduknya yang terdiri daripada 97% Melayu yang beragama Islam ini secara asasnya tidak menerima parti PKR dan juga DAP. Namun akibat daripada tahallus siyasi yang diterapkan oleh PAS maka dengan terpaksa rela mereka tetap juga menerima kehadirannya.


Namun begitu, terdapat juga segolongan penyokong PAS yang agak berkeras dengan tidak membenarkan pendokong ideologi LGBT dan Pluralisme ini untuk singgah sebentar ke DUN ini. Yang bakal mendengar ceramah beliau pun kira-kiranya penyokong PAS dari luar kawasan dan bukannya pengundi kawasan DUN ini.

Perlu diingatkan bahawa pada PRU yang lepas, pengundi DUN N20 Sungai Limau tidak mengundi parti PAS, tetapi mereka mengundi Allahyarham TS Ustaz Azizan. 

Perlu diingatkan juga bahawa UMNO juga baru selesai sesi pemilihan UMNO dan tidak kurangnya juga pergolakan dalaman walaupun tidaklah begitu serius dan sudahpun diselesaikan.

Maka boleh dikatakan bahawa kedua-dua parti bermula dengan base zero.

Tetapi UMNO mendapat sedikit kelebihan akibat daripada faktor Menteri Besar, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir. Nampaknya aura MB Kedah yang baharu ini mampu membawa momentum perubahan yang beliau sendiri gelar sebagai Hijrah.

Faktor ini telah membawa satu mata pemberat buat UMNO. Dilihat juga tentang beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang tempoh kempen pilihanraya ini.

PAS dengan sendirinya telah melakukan tiga kesalahan yang agak besar dan boleh mengakibatkan kekalahan parti ini di kubu kuatnya sendiri.

Yang pertama adalah keratan akhbar Sinar yang membuktikan bahawa PAS telah berbohong kepada rakyat dengan mengedarkan gambar palsu yang telah diubahsuai.

Yang kedua pula adalah tentang gambar yang telah dimuat naik dengan begitu pantas iaitu gambar calon PAS berdoa bersama bapa Jamil Khir yang kononnya bapa Jamil Khir telah berdoa untuk kemenangan PAS. Ternyata perkara ini adalah satu pembohongan juga.

Yang ketiga pula adalah gimik politik Mahfuz Omar yang cuba menuduh UMNO mengedarkan susu tin yang telah tamat tempoh. Sekali lagi, tuduhan ini telah dibuktikan sebagai palsu dan PAS semakin terdesak dengan pembohongan demi pembohongan yang berlaku.

PAS ketandusan isu apabila Harakah terpaksa menyiarkan berita yang calon BN memakai kopiah putih kononnya mendakwa BN meniru gaya penampilan PAS untuk memancing undi. Bagaimana pula dengan gambar calon PAS yang memakai songkok?

Lagi perkara yang memalukan adalah apabila Presiden Parti yang terlibat dengan gimik politik menabur benih padi yang ditegur oleh penyokong beliau sendiri kerana berlakon sahaja menabur benih untuk memancing undi.

Dan pada malam ini, Anwar Ibrahim bersama DAP akan menjejakkan kaki ke bumi Sungai Limau. Dengar khabarnya, Penasihat Umum PKR ini bakal diiringi oleh Zairil Khir Johari, Ahli Majlis Tertinggi DAP untuk memujuk pengundi bahawa DAP juga sokong Melayu dan Islam. Agak janggal sedikit apabila wakil yang dihantarnya itu bukanlah berbangsa Melayu!

Anwar Ibrahim harus beringat bahawa tidak jauh daripada Sungai Limau ini adalah kediaman Pak Su Mid yang suatu ketika dahulu beliau memfitnah Pak Su Mid dengan membuat kenyataan bahawa Pak Su Mid telah merestui beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Namun begitu, penduduk Sungai Limau ini yang dekat dengan ulama' pondok tahu kisah sebenar.

Niat sebenar Anwar Ibrahim ini bukanlah untuk berceramah, tetapi beliau sebenarnya datang dengan membawa peruntukan khas untuk membeli undi. Siapa yang dibeli tidaklah diketahui namun urusan itu sedang berlangsung ketika ini. Berwaspadalah UMNO dan Barisan Nasional akan perkara-perkara yang tidak terjangka boleh berlaku pada hari pengundian kelak.

Kemaskan jentera, pastikan logistik bersedia dan jangan ada gunting di dalam lipatan.

No comments: