Sep 10, 2013

# PPPM : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Suatu pendekatan transformatif


PADA 6 September yang lalu Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri melancarkan secara rasmi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.

Meneliti Ringkasan Eksekutif PPPM ini ternyata ia amat komprehensif, merangkumi semua aspek pendidikan arus perdana. Ia adalah pendekatan transformatif (perubahan) bagi menyediakan generasi pelajar menghadapi cabaran abad ke-21.

Pendekatannya tidak sahaja mengukuhkan asas-asas fundamental dalam pendidikan acuan Malaysia tetapi pada masa yang sama respons terhadap perubahan global terutama dalam bidang ilmu, khususnya sains dan teknologi.

Sifat ilmu dan pendidikan negara ini pada tahap global dan dinamik perlu berubah, terutama dalam bidang sains dan teknologi. Malaysia harus proaktif terhadap perubahan ini kerana tahun 2020 negara ini ingin mencapai tahap negara maju sepenuhnya.


Oleh itu dasar dan sistem pendidikan di Malaysia tidak harus statik kerana ia boleh menyebabkan kemunduran terjadi dan keterpinggiran berlaku. Menyesuaikan diri dengan pendidikan arus dunia tidak bermakna Malaysia mengorbankan asas-asas fundamental dalam membangun generasinya.

Aspek literasi bahasa masih mengutamakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membenarkan bahasa sukuan berkembang. Keperluan etika dan nilai menjadi orientasi penting dalam pendidikan untuk menghasilkan pendidikan holistik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Sistem pendidikan vernakular (Sekolah Cina dan Tamil) dibenarkan pada tahap pendidikan rendah supaya pembelajaran bahasa ibunda tidak dinafikan.

Fokus terhadap subjek Sains dan Teknologi diperkasakan adalah suatu langkah bijak. Suatu ketika Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan di mana bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar Matematik dan Sains.

Ternyata persiapan dan perancangan yang cukup tidak dibuat dan menyebabkan berlaku masalah dalam pencapaian pelajar terutama di luar bandar, Sabah dan Sarawak.

Langkah Kementerian Pendidikan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) semula adalah suatu langkah bijak dan bersikap jangka panjang supaya bahasa Melayu diletakkan pada tempat yang betul tanpa menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ia selari dengan Akta Pendidikan 1996 dan semangat Perlembagaan Negara.

Pada tahun 2016 subjek Bahasa Inggeris akan menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sebelum PPPM ini dilancarkan lagi Kementerian Pendidikan telah memulakan langkah-langkah strategik bagaimana kualiti pengajaran bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.

Perubahan ke arah MBMMBI masih tidak disetujui oleh sesetengah pihak terutama sebahagian kelompok menengah Melayu dengan andaian bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa kemajuan. Kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama pengajaran Matematik dan Sains adalah langkah mundur ke belakang.

UNESCO menyarankan pengajaran bahasa ibunda adalah penting untuk menguasai ilmu pengetahuan. Perancis, Jerman, Jepun, Korea dan China menggunakan bahasa ibunda untuk maju dalam ilmu dan pendidikan.

Berdekad-dekad yang lalu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan banyak universiti lagi menghasilkan graduan dalam bahasa Melayu. Sebahagian mereka melanjutkan pelajaran lebih tinggi dan mengkhusus dalam sesuatu bidang dalam bahasa Inggeris.

Mereka tidak ada masalah besar untuk menjadi pakar dan mencapai kelulusan tinggi dalam bidang masing-masing kerana bahasa Inggeris diajar dalam sistem kita.

Hal yang sama penentangan Dong Zong dan Dong Ziau Jong terhadap PPPM ini adalah tidak berasas melainkan politik yang melatarinya adalah cauvinistik. Sekolah vernakular dikekalkan dan pengajaran bahasa Cina dan Tamil dibenarkan.

Apa yang penting dilihat ialah soal perpaduan negara menjadi sesuatu yang paling utama. Malaysia tidak mahu orientasi kurikulum Taiwan dijadikan asas untuk menghasilkan perpaduan.

PPPM memberikan landasan transformatif dalam konteks pendidikan arus perdana Malaysia. Sekiranya setiap warga Malaysia bersama-sama mendukungnya, Malaysia boleh menjadi negara maju acuan kita sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Kami memaklumkan semua orang di Malaysia dan Indonesia untuk mengetahui tentang tabiat moral Yip Kum Fook, lelaki ini menipu ramai orang dan di mana-mana sahaja di Malaysia
Sebagai contoh, dia berbohong kepada abang iparnya (Encik Low) tentang menjual beberapa hartanah tetapi Encik Yip ini mengambil semua wang, tidak memberi Encik Low satu sen, Encik Low perlu menangis mengenainya.
Juga tentang Encik Lim, Yip Kum Fook menjual beberapa tanah kepada Encik Lim dan kedua-duanya bersetuju tentang penjual dan pembeli tetapi Yip membawa Lim untuk melihat tanah itu tetapi tiada tanah di sana, lepas Encik Lim melantik peguam untuk menyaman dan Yip mengembalikan semua Duit Encik Lim
Baru-baru ini bersama En. Ten untuk mahkamah tentang pembinaan rumah syarikat, Yip Kum Fook sangat teruk dan sangat jahat
Dan hari ini ramai yang tahu tentang Yip Kum Fook lakukan dan dia juga presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺), Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur...juga rakyat Indonesia juga perlu mengambil berat tentang Yip Kum Fook kerana menantunya adalah Indonesia (isteri Yip Juin Hann)

berkongsi olih Ng (Ah Chong)