SEBAIK-BAIK sahaja selesai membaca rencana tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad "Masa depan UMNO'" (Utusan Malaysia, halaman 16, Isnin 16 September 2013), soalan yang terlintas dalam kepala saya apakah 3.5 juta ahli UMNO seluruh negara akan dengar dan ikut nasihat beliau?
Tun Dr. Mahathir mula dengan menyatakan beliau kini "berasa serba salah". Katanya beliau setia pada UMNO tetapi hakikatnya parti itu kini "menghidap sakit tua dan akan maut kerana sudah tua".
Beliau telah mencuba "sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut". Tun Dr. Mahathir menggesa agar parti "diperbaharui" dengan penerimaan ahli serta "kepimpinan daripada generasi muda". Hanya dengan kemasukan generasi muda ini perjuangan UMNO dapat diteruskan.
Sambil menghargai "sumbangan pengasas UMNO" dulu yang pada ketika itu masih muda, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa ramai mereka kini sudah tua, dan "masa mereka sudah terlanjut". Pemimpin yang sudah lanjut usia ini mesti "sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka".
Kata Tun Dr. Mahathir lagi: "Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran".
Selain menegur pemimpin parti yang sudah lanjut umur dan "melampaui masa mereka", Tun Dr. Mahathir juga menegur pemimpin yang mengamalkan rasuah.
Tegas beliau "Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi … Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput."
Selain isu UMNO sudah tua dan isu rasuah, Tun Dr. Mahathir juga turut menyatakan: "Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu". Lantaran itu ramai yang telah menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dan bergerak di luar parti.
Di peringkat akhir tulisannya, Tun Dr. Mahathir menyatakan "Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai". Beliau menyeru agar ahli UMNO mengetepikan kepentingan diri, menerima masuk dan memberi tempat kepada orang muda, dan " tolaklah yang sudah tua".
Nampaknya tidak semua pemimpin UMNO yang setuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir. Antaranya Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menyatakan parti itu telah wujud untuk sekian lama, dan mengalami "pelbagai penyakit" sejak zaman Tun Dr. Mahathir sendiri dari 1981 hingga 2003 - antaranya perpecahan, tidak menumpukan perhatian sewajarnya kepada perjuangan parti, dan politik wang (rasuah).
Dr. Mohd. Puad menyangkal pendapat Tun Dr. Mahathir bahawa parti UMNO akan mati kerana kepimpinan yang ada sekarang bekerja keras mengatasi pelbagai masalah yang ada dan serius menjalankan transformasi politik negara.
Turut berbeza pendapat adalah Ahli MT Datuk Bung Mokhtar Radin. Menurut beliau, kehadiran pemimpin muda seperti Datuk Mukhriz dan Khairy Jamaluddin adalah bukti bahawa parti memberi tempat kepada generasi muda.
Bung Mokhtar berkata pemimpin muda menganggotai sayap parti, Pemuda dan Puteri, dan bila ini meningkat umur 40 tahun, mereka boleh menyertai MT dan mengambil alih kepimpinan parti. Barangkali Tun Dr. Mahathir telah terlepas pandang kepada proses pembaharuan yang sedang berjalan dalam parti, kata Bung Mokhtar lagi.
Seorang Ahli MT lain, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata Tun Mahathir sepatutnya mengakui proses transformasi sedang berlaku dalam UMNO. Di bawah sistem lama, hanya 2500 perwakilan layak mengundi bagi memilih kepimpinan tertinggi parti. Di bawah sistem baru, 146,500 perwakilan secara terus akan memilih kepimpinan bahagian dan MT. Tersirat dalam kata-kata Shahidan itu adalah harapan bahawa perwakilan di akar umbi akan memilih pemimpin yang lebih muda sebagai pengganti pemimpin lama.
Bagi ketua UMNO Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan, usaha meremajakan UMNO akan gagal jika 'orang lama' masih tampil menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti bulan depan.
"Masa golongan veteran sudah berakhir. Jika mereka masih merebut jawatan Naib Presiden, saya bimbang akan ada ahli UMNO yang meluat terutama orang muda," katanya lagi.
Bagi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan, pesannya mudah sahaja. "Yang dah lama dan pernah kalah tu, tak payahlah bertanding".
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, akhirnya mengumumkan dia tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Selain itu dia juga tidak akan mempertahankan jawatan ahli MT yang disandangnya sekarang.
Ketua UMNO bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop juga memutuskan tidak akan mempertahankan jawatannya sekarang. Kekosongan itu menyebabkan beberapa muka lama menyatakan hasrat mereka bertanding merebutnya - antaranya Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Exco kerajaan negeri sekarang, Datuk Ismail Othman.
Bagi Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, gesaan pelbagai pihak agar veteran UMNO tidak lagi menyertai pemilihan parti bagi memberi laluan kepada pemimpin muda hendaklah "dilihat dari perspektif lebih meluas".
Veteran UMNO ini berpendapat gandingan muka lama dengan muka baru akan "mampu merencana inisiatif dan pelbagai agenda parti", sekali gus menarik sokongan muda dan tua. Padanya penyertaan orang lama pada pemilihan nanti tidak menimbulkan sebarang masalah.
"Saya masih akan bertanding jawatan Naib Presiden untuk memantapkan parti terutama bagi menghadapi PRU-14 nanti," katanya.
Bagi Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu dan penyandang jawatan ketua UMNO Bahagian Kemaman, dia "tidak kisah" akan dicabar oleh Mat Dalam Awang, kerana "ini demokrasi, dan sesiapa pun boleh bertanding". Mat Dalam adalah bekas Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kemaman.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata pemimpin muda hendaklah diberi ruang menjadi barisan pelapis. Beliau berpendapat Menteri Besar atau Ketua Menteri pemimpin lain "yang telah lama memegang jawatan, tak payahlah tawar diri, biarlah muka baru... Bantulah Presiden transform parti."
Veteran UMNO dari Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berpendapat semua pihak perlu diberi peluang sama rata untuk bertanding apa-apa jawatan asalkan mereka yakin layak untuk menerajui parti. "Tidak ada masalah...terpulang kepada masing-masing kerana sekarang siapa pun boleh tawarkan diri untuk bertanding," katanya lagi.
Sementara itu, seorang veteran UMNO lain masih lagi berteka-teki mengenai keputusannya untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO Oktober nanti. Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata dia masih berhasrat untuk bertanding tetapi masih belum memutuskan jawatan mana yang akan dipertandingkan.
"Hasrat tu ada untuk bertanding jawatan tapi belum buat apa-apa keputusan lagi. Tunggu hari pencalonan 21 September nanti. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah," katanya.
Kesimpulannya, sementara Tun Dr Mahathir membangkitkan tiga isu penting dalam tulisan terbarunya (UMNO sudah sakit tua, politik rasuah, dan UMNO tidak dipercayai lagi), reaksi segera daripada kalangan ahli parti hanya menyentuh isu pertama. Dan itu pun tidak ada kata sepakat.
Tidak dinafikan masih ada lagi pemimpin lama parti yang menolak pandangan beliau. Kesannya, sukar bagi pemerhati meramalkan apakah langkah meremajakan parti itu akan terlaksana sepenuhnya dalam tempoh yang singkat ini menjelang PRU-14.
1 comment:
Saudara Blogger
Mohon anda siarkan posting ini yang sebelumnya telah saya kirim ke Blog Ridhuan Tee sebagai respon kepada artikel beliau bertajuk Mengubat Hati Melayu. Saya mahu supaya semua melayu yang terlalu ghairah dengan Tahalus Siasi PAS-DAP nampak kesan buruk yang menanti kita (melayu/islam) jika PAS masih mahu berTahalus Siasi dengan DAP. Berbanyak terima kasih dari saya jika anda sudi menyiarkan.
TAHALUS SIASI atau TAHALUS SIAO-SI. Which is which ? (Yang mana satu ?)
(Melayu tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah hati Melayu) .. seperti yang ditulis oleh Ridhuan Tee
Benar dan benar dan memang benaaarrrrrrrrr ........
Ini lah dia puncanya melayu semakin lama semakin lemah dalam penguasaan politik di negara ini.
Saudara Ridhuan, izinkan saya menambah sikit lagi kepada kenyataan anda itu ...
" Melayu adalah satu kelombok masyarakat yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Melayu juga adalah pelakon yang paling hebat di pentas sandiwara di negara ini "
Saya ada fakta, ini bukan tuduhan liar. Hanya melayu yang " membuta babi " sahaja yang tidak mahu menerima hakikat. Ini dia faktanya :
MELAYU BERSATU HATI, BERSATU MATLAMAT, BERSATU PERBUATAN DALAM SOLAT TAK KIRA SAMA ADA SOLAT NAFSI (SENDIRI-SENDIRI) ATAU SOLAT JAMAAH KERANA AGAMA MEREKA HANYA MENERIMA DAN MENGIKTIRAF SOLAT YANG SEBEGITU RUPA SAHAJA. LALU MEREKA MENIPU TUHAN MEREKA (ALLAH) SEOLAH-OLAH MEREKA BERSATU SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH TUHAN MEREKA. SETELAH SELESAI SOLAT MAKA MEREKA KEMBALI BERCAKARAN HANYA KERANA MEREBUT KUASA DAN BAHAGIAN, WALHAL MEREKA SEPATUTNYA DUDUK BERBINCANG SESAMA JAMAAH UNTUK MEMBAHAGIKAN KUASA DAN BAHAGIAN SAMA RATA SAMA ADIL DI KALANGAN MEREKA ATAS NAMA SEMANGAT PERMUAFAKATAN ISLAM.
Saya tidak takut mahu mengatakan ADA MELAYU YANG SANGAT SADIS KEPADA TUHAN MEREKA SEHINGGA TERGAMAK BERPAKAT DENGAN MUSUH ISLAM UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI SEDANGKAN SAUDARA SEISLAM ADA DI SEKELILING MEREKA.
Saya ingin mengingatkan kepada kelompok melayu tersebut HANYA MUSUH ISLAM YANG GILA (SAKIT MENTAL) SAHAJA YANG AKAN DENGAN IKHLAS MEMBANTU ANDA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM.
Saya ingin bertanya kepada kelompok melayu tersebut ANDAI KATA MEREKA (MUSUH ISLAM) MINTA ANDA MEMBANTU MEREKA BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA MEREKA ADAKAH ANDA SANGGUP ATAS NAMA TAHALUS SIASI.
Saya ingin memperbetulkan persepsi anda ANDAI KATA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MEMBANTU MUSUH ISLAM DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA MEREKA, SEDANGKAN ANDA DI BANTU OLEH MEREKA (MUSUH ISLAM) DALAM PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM .. Jangan anda sebut permuafakatan anda dengan mereka sebagai TAHALUS SIASI .. paling tepat sebut saja sebagai TAHALUS SIAO-SI (KERJASAMA GILA-MATI).
Apa itu TAHALUS SIAO-SI : Satu pakatan diantara dua pihak yang secara terang dan nyata bermusuhan sejak berzaman, dengan matlamat untuk mengalahkan satu lagi pihak yang menjadi musuh bersama mereka, dan setelah berjaya mengalahkan musuh bersama, mereka akan kembali bermusuhan seperti keadaan sebelum terbentuknya TAHALUS SIAO-SI diantara mereka.
Saya katakan pakatan PAS-DAP sebenarnya jatuh dalam kategori TAHALUS SIAO-SI. Maksud saya, setelah Umno berjaya dijatuhkan maka PAS dan DAP akan kembali bermusuhan seperti sebelumnya, malah saya jangka akan lebih dahsyat lagi. Dan akhirnya keamanan dan kesejahteraan negara akan menjadi GILA dan akan ada rakyat yang MATI (Terkorban).
Wahai umat islam khasnya yang menyokong PAS, ingat lah BAHAWA PARA PEMIMPIN PARTI KAMU SEDANGKAN MENGADAKAN SATU BENTUK PAKATAN GILA DENGAN DAP (MUSUH ISLAM) YANG AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM MATI DI BUMI MALAYSIA INI.
Sedar lah kalian sebelum terlambat. Hayati dan fahami kebimbangan yang diluahkan oleh seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya bernama Tee Chuan Seng tetapi kini beliau merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bangsa Melayu kerana beliau seagama dengan kita.
Ana Muslimah
Post a Comment