Sep 25, 2012

Pengundian Semula di UIAM perancangan jahat WUFI Pro-M


Pengumuman Pengundian Semula.


1. Sebentar tadi, dalam sekitar jam 8.25 malam, Timbalan Rektor Dato' Mirzan Hitam telah mengumumkan bahawa buat pertama kali di dalam sejarah, sistem E-Voting yang digunakan di UIA telah mengalami masalah teknikal.

2. Terdapat sebilangan besar undi yang tidak dapat ditangkap oleh sistem E-Voting tersebut.

3. Maka atas dasar kesilapan teknikal tersebut, maka UIAM akan mengadakan pengundian semula pada minggu hadapan secara pengundian manual.

Siapa Yang Mendapat Faedah?

1. Setelah dikaji dan dianalisa, didapati pengundian semula ini amat menguntungkan kepada pihak WUFI ataupun Pro-M.

2. Ini adalah langkah terakhir yang diadakan oleh pihak WUFI sekiranya mereka kalah dengan teruk.

Mengapa?

1. Kerana secara keseluruhan, pihak Pro-M telah kalah dengan begitu teruk sekali di majoriti IPTA di seluruh negara.

2. Maka UIAM yang memang merupakan kubu kuat Pro-M tidak boleh kalah sama sekali walau apapun yang berlaku.

3. UIAM juga terkenal dengan majoriti pihak pentadbiran condong ke sebelah pembangkang. Maka ini adalah salah satu akses kepada pihak WUFI untuk melakukan sabotaj.

4. Apabila pengundian semula dilakukan, UIAM akan menyaksian perkumpulan besar-besaran pihak Pro-M kerana jentera-jentera mereka di universiti lain yang telah tamat proses pengundian akan turun ke UIAM untuk menguatkan barisan jentera UIAM yang dilihat gagal pada kali ini.


5. Parti Pembangkang juga yang telah selesai operasi mereka di universiti lain akan turut turun ke UIAM untuk memberikan sokongan mereka.

6. Dengan kesilapan teknikal yang berlaku kepada sistem e-voting ini akan mengukuhkan lagi hujah mereka tentang penggunaan sistem berkomputer ini yang memang mereka bangkang sejak dahulu lagi. Kes di UIAM ini akan menjadi rujukan mereka di universiti-universiti lain untuk menghapuskan penggunaan sistem berkomputer ini.

7. Tempoh seminggu yang diberikan oleh pihak universiti untuk bersedia untuk hari pengundian semula akan dimanfaatkan oleh WUFI dan Pro-M dari universiti lain untuk turut berkempen secara besar-besaran bagi calon-calon mereka. Ini dapat dilihat kegagalan jentera WUFI yang tidak mampu berkempen dengan baik samada di media siber ataupun di lapangan.

8. Media silent yang dilakukan oleh jentera WUFI adalah salah satu indikator bahawa mereka menjangkakan akan adanya pengundian semula ini. Taktik jahat WUFI mnegeluarkan surat palsu lantikan Timbalan Rektor back fire dan mereka tidak dapat recover daripada isu tersebut. 

9. Dapat dijangkakan bahawa sehingga hari pengundian semula ini akan berlakunya demonstrasi dan juga pelbagai jenis kekacauan dengan teruk di UIAM.

10. Sekiranya pengundian semula dijalankan dan keputusan masih tidak menyebelahi pihak WUFI maka mereka bakal menjalankan lebih banyak kekacauan lagi.

11. UIAM juga bakal dilihat akan menjadi media circus dengan kehadiran pelbagai jenis media termasuk dari MalaysiaKini dan juga HarakahDaily. Tidak mustahil juga akan adanya kehadiran pihak media dari luar negara yang sememangnya menjadi senjata Pembangkang.

12. Tidak mustahil juga pihak Pembangkang akan campur tangan dan akan melakukan Demonstarsi Bersih Kampus dan akan menuntut semua universiti lain turut mengadakan pengundian semula. Ini juga untuk membina semula momentum Pembangkang yang gagal pada demonstrasi Bersih 3.0 dan demonstrasi Janji Bersih baru-baru ini.

13. Dijangkakan Demonstrasi Bersih Kampus ini akan melibatkan khalayak yang besar dan bakal berlaku kejadian yang tidak diingini sperti kecederaan terhadap mahasiswa atau lebih teruk lagi , kematian mahasiwa yang dirancang oleh pihak Pembangkang.

14. Mahasiswa pro-pembangkang seperti Adam Adli, Khalid Ismath juga akan turut turun untuk mengepalai demonstrasi ini dan mereka ingin mengulangi semula demonstrasi pelajar zaman 70-an dahulu.

15. Dengan hujah-hujah yang disampaikan ini jelas menujukkan bahawa pengundian semula ini akan membawa untung hanya kepada pihak WUFI dan juga Parti Pembangkang yang mana mereka akan menggunakan peluang ini untuk membina momentum ke arah PRU 13.

16. Seruan saya kepada mahasiwa yang bijak pandai ini supaya tidak terlibat dengan mana-mana demonstrasi dan apa jua bentuk kekacauan yang dilihat sememangnya adalah perancangan jahat Parti Pembangkang.

17. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara. 


14 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..hidup ISLAM...trm kasih krn membantu..=)

Anonymous said...

bnyk la ko punye pentadbiran condong kpd pembangkang...

ceramah ustaz azhar idrus, sape yg halau ??

ceramah ust zaharudin, sape yg cancel ??

fikir dulu sebelum tulis.. pro-a MENANG kat u lain x bermakna benda yg sama berlaku di uia ==''

Anonymous said...

ntah pape la ko ni...assumption semata.....kronologi yg 'emosional' dan tak matang... smua nye bprinsipkan blindly backfire..
wallaweyh....hebat la ko pnyer kronologi... pakar tilik naseb! ahhaa....brp sen ko dpt upah ni?

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian ini. Orang seperti andalah yang berjaya membuatkan puak atas pagar membuat keputusan. Membaca artikel ini umpama membaca satu berita tentang seorang ayah yang disuruh membela diri drp tuduhan merogol anak sendiri, si ayah berkata "segala tingkah laku anak gadis saya di rumah adalah perancangan rapi untuk menggoda saya. Dia memang berniat jahat supaya apabila saya merogolnya, orang lain akan salahkan saya. Dia memang sengaja meruntuhkan iman saya."

Siti Aminah(UIA) said...

point last tu utk diri sendiri kot...

Anonymous said...

Dengan kalimah mulia, Bismillahirrahmanirrahim.

1. Semua di atas merupakan fitnah kepada WUFI. Saya cukup mengenali akhlak WUFI bagaimana. Dan saya juga pernah lihat bagaimana proA bekerja kiranya menang dlm p/raya kerana saya pernah berada dlm secretariat tersebut.

2. Berhati-hatilah dalam membuat keputusan untuk mengeluarkan fitnah. Dan doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan oleh Allah. Unless anda tidak tahu dan tidak takut untuk diazab di api neraka.

3. Saya mendoakan anda mendapat hidayah daripada Allah sekiranya anda memilih untuk memohon taubat. memohon maaflah atas fitnah yang tidak berasas seperti di atas.

Sekian

Daripada,
AlFaqirah Ilallah.

Anonymous said...

FITNAH la bro....x habis2 dgan fitnah...semalam geng2 korg yg bertepuk gembira bila Datuk umum undi semula..skrg korg cakap ni agenda pihak pembangkang....apa la..pusing2...kalo org dah tak suka kat korg..x payah lah nk fitnah org lain pulak...teruskanlah memfitnah...esok korg tanggung la sendiri... :)

Anonymous said...

apakah kamu menulis dengan iman? apakah kamu tidak beriman dengan hari kiamat? takutlah kamu kepda azab Allah, kepada mereka yang memfitnah..nak cakap sedap mulut je, bwk la bukti!

Anonymous said...

rubbish sngt post ni..bnyk word dijangkakan bagai..

Anonymous said...

LOL, berapa banyak menipu la blog ni, kami dari dulu sudah tahu kecendurangan pentadbiran ke arah mana la samdil. Dari rektor sampai ke Kulliyyah, goyah la tu sebab tak sanggup tengok UIA kat tangan Pro-M lagi.

Manual menguntungkan Pro-M konon, budak2 U lain pon ramai mengaku sebab manual lah mereka dipaksa mengundi Pro-A atau diambil tindakan.

Anonymous said...

Pelik gak kgkadang..klu kat pesbuk ker, kat blog ker, member2 rmai yg ak tgok xsokong kerajaan,pro aspirasi dsb...yg mnyokongnnye ade la sorg due..mcm kat blog nih..tp tetibe diorg lak yg dok mng smpi kat +-16 univ..spe yg ngundi diorg ntah..wallahua'lam...

PutraRocker said...

xdak teloq defuk

Anonymous said...

diminta hamba ALLAH yg menulis blog ni menarik smle post ini krn hanye akn mndtg buruk dr yg baik...jika benar anda mengatakn pro m kalah...dan masalah teknikal yg t'jadi dsbbkn pro m...apakah bukti anda utk menulis fakta yg demikian...jika anda blh tahu tentang keputusan undian bagaimana anda tahu adakah anda salah 1 drpd dewan senat????? o anda merupakan org yg menggodam database uiam utk melihat keputusan undian sblm ianya diumumkn mknenye, sy juga blh menuduh yg anda lah kaum2 yg mendatang masalah teknikal yg dihadapi...btol x...mnx maaf kalu terasa...sblm mengeluarkn ape2 jenis fakta tlg periksa blik source...

Anonymous said...

Huahuahua. Terima kasih tuan blogger. 'Kerjasama' anda telah membantu calon-calon pro-A menyapu bersih semua kerusi PRK UIAM 2012. Eh.. Eh.. silap, tiada seorang pun calon pro-A yang menang. Yang menang adalah calon2 bebas yang telah anda fitnah.
Sesungguhnya keadilan untuk orang yang difitnah itu amat pasti.
:P