Oct 30, 2020

Jangan Sabotaj Belanjawan 'Abah'


1. Kami merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dimana Al-Sultan Abdullah mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

2.  Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua Ahli Parlimen di Malaysia untuk bersatu hati dan pastikan Belanjawan Negara 2021 diluluskan di Parlimen demi rakyat Malaysia. Umum ketahui bahawa pandemik ini kini berada pada tahap yang kritikal di mana jumlah kes telah mencecah tiga digit setiap hari. 

3.  Sekiranya Belanjawan Negara 2021 diluluskan oleh Parlimen kelak tanpa disabotaj oleh mana – mana pihak, ia akan memberi impak yang besar kepada usaha kerajaan untuk menangani penularan virus ini serta inisiatif – inisiatif bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang terjejas teruk kerana kehilangan sumber pendapatan dan perniagaan.

4.  Selain itu, kelulusan Belanjawan Negara 2021 juga akan memberikan peruntukan kewangan yang diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka dalam membantu menjamin mengurangkan kadar kes Covid-19. 

5.  Akhir sekali, kami ingin menyeru kepada semua Ahli Parlimen agar dapat mengenepikan kepentingan politik mereka dan bekerjasama memastikan agenda untung nasib rakyat dapat dicapai dengan kata sepakat yang akan membawa keberkatan kepada kita semua.  

Terima kasih

No comments: