1. Kecoh sebelum ini digembar-gemburkan bahawa pohon yang dipaparkan semasa simbolik pembukaan adalah pohon Yahudi walhal pokok itu adalah pokok zaitun sebenarnya. (Google jer 'olive tree')
2. Tetapi ramai yang tidak ambil peduli tentang sejarah sukan olimpik itu sendiri. Sukan olimpik jika diikutkan kepada sejarahnya, bertujuan sebagai pemujaan kepada tuhan Greek yang bernama Zeus.
3. Rekod sejarah menunjukkan bahawa permulaan sukan Olimpik itu bermula sejak daripada 776 sebelum masehi lagi.
4. Malahan Sukan Olimpik ini adalah satu daripada dua ritual keagamaan yang terbesar ketika itu, yang terbesar adalah 'Elusinian Mysteries'.
5. Dan lebih mengejutkan lagi ketika zaman Greek, setiap hari selama sebulan ritual ini diadakan, 100 ekor lembu jantan dikorbankan atas nama Zeus.
6. Jika kita berpegang atas dasar konsep mengapa sukan Olimpik ini diadakan, kelihatan sebagai pemujaan tuhan Zeus dan tentunya perbuatan terlibat dengan sukan ini adalah syirik.
7. Tetapi, sekiranya kita dapat lihat dan hayati keindahan di dalam Islam itu sendiri, pada mana matlamat penganjuran sukan ini sudah menjadi sebagai adat tradisi. Dan sebagaimana kita tahu, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak. Selagi mana ia tidak melanggar syarak, ia boleh dilakukan.
8. Sekiranya tidak bersetuju dengan saya, upacara bersanding itu juga di dalam perkahwinan sudah dikira haram kerana berdasarkan upacara agama hindu!
9. Malahan fatwa daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani sepatutnya perlu kita fikir dengan lebih mendalam. Beliau adalah pada tempatnya untuk mengeluarkan fatwa sedemikian. Yang peliknya, orang yang tidak berada pada tempatnya pula yang lebih mengetahui berdasarkan keupayaan untuk 'Google' sahaja tanpa berpandukan kitab dan berguru.
10. Rakyat Malaysia ini sudah terlalu taksub dengan segala perkara yang dikaitkan dengan Yahudi dan juga konspirasi Yahudi. Seolah-olah mempercayai bahawa Yahudi itu mempunyai kuasa ke atas hidup kita. Bukankah itu sendiri sudah mengganggu akidah kita sebagai umat Islam yang yakin dan percaya hanya kepada Allah Taala semata-mata.
11. Ramai yang tidak bersetuju dengan saya apabila saya katakan begini: "Zaman sekarang pun, kita dapat pergi Haji pun kerana teknologi Yahudi (kapal terbang, komputer, dsbnya)"

"Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan." Surah Al-Imran Ayat 111
No comments:
Post a Comment