Sikap Nik Aziz yang mahu main selamat. |
1. Kenyataan Nik Aziz yang dikeluarkan oleh HarakahDaily pada 16 Ogos 2012 menunjukkan sifat berdolak-dalik Nik Aziz.
2. Beliau refleks kepada portal berita yang ditulis oleh BERNAMA bertarikh 15 Ogos 2012.
3. Sebaik sahaja Ust Nasha membuat pengumuman tidak akan keluar dari PAS, (Baca di sini) secara tiba-tiba sahaja Nik Aziz menukar kenyataan beliau.
4. Kelihatan Nik Aziz benar-benar mahu bermain dengan berhati-hati dengan isu ini.
5. Tetapi adakah beliau lupa bahawa pada 17 Jun 2009 beliau dengan lebih kasar menyelar Ust. Nasha mengenai kerajaan perpaduan yang diunjurkan oleh Ust Nasha. Malah, Nik Aziz menggelarkan Ust. Nasha sebagai sampah dengan merujuk ayat beliau "Apa buat sampah, menyusahkan".
Adakah Nik Aziz lupa tentang kenyataan beliau 3 tahun yang lalu? |
6. Ketika ini Nik Aziz tidak pula membuat kenyataan balas ataupun menarik semula kenyataan mengenai isu ini dengan harapan orang ramai sudah lupa dan tidak mengungkit semula.
7. Tindakan Ust Nasha membuat pengumuman untuk terus berada di dalam PAS adalah sangat tepat kerana berjaya mengucar-kacirkan pucuk kepimpinan PAS.
8. Mungkin ayat Al-Quran ini dapat membantu kita memahami tindakan Nik Aziz ini.
(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)". Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?" Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. Surah An-Nisaa' Ayat 141.
No comments:
Post a Comment