Nov 17, 2012

Rintihan Ahli PAS di Peringkat Akar Umbi Tidak Dilayan di Mukatamar PAS 2012.

Rintihan pertama ahli PAS: Mana Perginya Tema ISLAM?
"Artikel berikut disusun berdasarkan temubual bersama 213 ahli PAS di peringkat akar umbi pada Muktamar PAS ke-58"

1. Nampaknya Muktamar PAS kali ini telah menjadi lidah rasmi kepada Anwar Ibrahim mengenai Isu Nurul Izzah yang membolehkan Melayu bebas beragama.

2. Mananya tidak apabila sehinggakan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib sendiri mengatakan bahawa Isu Nurul Izzah adalah perkara kecil dan perkara yang lebih penting adalah untuk mendapatkan Putrajaya.

3. Persoalan demi persoalan yang timbul apabila PAS tidak lagi menyatakan pendiriannya tentang isu agama malahan mementingkan kuasa semata-mata.

4. Dan rata-rata pemimpin tertinggi PAS juga tidak mahu membincangkan perkara ini sama sekali.

5. Jelas ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim telah memberikan amanat beliau kepada pemimpin PAS ini untuk memberikan satu jawapan yang selaras untuk menutup kesalahan anaknya itu.

6. Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi pula tidak berpuas hati dengan Muktamar kali ini kerana apa gunanya Parti Islam Se-Malaysia ini mempunyai perkataan 'Islam' di dalam nama parti tetapi tidak lagi membincangkan hal Islam itu sendiri.

7. Ke mana hala tuju PAS kali ini?


8. Kepimpinan Dewan Pemuda PAS juga dipersoalkan. Nasaruddin Tantawi juga tidak lagi dilihat layak sebagai Ketua Pemuda kerana tunduk kepada setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP mahupun PKR. Beliau dilihat hanya mengkritik UMNO sahaja walhal perikatan antara DAP dan PKR tidaklah sesuci mana pun.

Dewan Pemuda PAS didakwa menjadi agen penerangan kepada kenyataan DAP dan PKR

9. Ahli Pemuda PAS pula merintih kerana jentera dan penyokong PAS digunakan untuk meramaikan majlis anjuran PKR dan DAP. Dilihat bahawa kedua-dua parti 'sahabat' tersebut mengambil kesempatan atas kelebihan yang ada pada PAS.

10. Mereka menuntut supaya PKR dan DAP lebih tunduk kepada PAS kerana yang bakal mengundi PKR dan yang bakal mengundi DAP nanti adalah ahli PAS juga. DAP dan PKR sebenarnya tidak ada kelebihan untuk memandu 'Pakatan Rakyat' berbanding PAS.

11. Lagi rintihan dari kalangan ahli PAS di peringkat akar umbi adalah berkenaan kerajaan perpaduan. Mereka sendiri sudah merintih bahawa cukup-cukuplah Islam dan Melayu di Malaysia ini disepak terajang oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Sudah sampai masanya untuk PAS dan UMNO bergabung demi menjaga Islam dan Umatnya dari dipersendakan. Sudah tidak mampu lagi untuk melihat Islam di negara kita ini diperjadikan sebegitu rupa.

12. Seorang ahli PAS dari bahagian Pengkalan Pasir, berpendapat bahawa PAS tidak lagi menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah Swt sebagai pembangkang. PAS tidak lagi melakukan tugas terdahulu yang dipikul oleh Allahyarham Dr. Fadzil Noor iaitu menjadi sebuah badan yang 'check and balance' kepada parti kerajaan.

PAS Marahkan Kerajaan Membuat Kebaikan
13. PAS tidak lagi menegur apa yang salah dan menyokong apa yang benar. Sebaliknya segala baik buruk yang dilakukan oleh kerajaan dibelasah seteruk mana yang mungkin. PAS tidak lagi menjalankan amanah Allah Swt. Ke mana hilangnya "Amar Makruf Nahi Mungkar"?

14. Matlamat PAS ke Putrajaya juga dilihat sebagai sesuatu yang melanggar penubuhan parti tersebut kerana matlamat asal PAS adalah kerana Allah Swt. Putrajaya dilihat sebagai matlamat yang mengejar kuasa dan duniawi sahaja.

15. Ahli PAS yang lain juga ada yang mempersoalkan ke mana perginya hasil kutipan derma di setiap ceramah-ceramah yang dijalankan oleh PAS. Malahan DAP dan PKR juga melancarkan kutipan derma ke atas ahli dan penyokong PAS atas nama jihad juga.

16. Duit derma tersebut boleh dikatakan mencecah belasan ribu setiap satu-satu ceramah tidak pernah direkodkan langsung. Malahan sekiranya dikira hanya ceramah untuk tahun ini sahaja, PAS boleh mengumpul sepaling tidak 5 ke 6 juta ringgit.

Satu ceramah paling kurang RM 10 ribu, 100 ceramah dah RM 1 juta!
17. Ke mana perginya duit tersebut?

18. Namun begitu, rintihan demi rintihan ahli PAS di peringkat akar umbi ini langsung tidak kedengaran. Ucapan wakil-wakil bahagian juga seolah telah diberi kerangka tentang apa yang perlu dibincangkan.

19. Mana-mana wakil bahagian yang terkeluar dari konteks yang diberikan pusat, cepat-cepat giliran beliau ditamatkan.

20. Sekiranya beginilah jadinya Parti Islam Se-Malaysia, maka cepat-cepatlah gugurkan Islam dari nama parti tersebut dan jadikan ia Parti Kebajikan Se-Malaysia selaras dengan matlamat baru parti itu, 'Negara Berkebajikan'.

1 comment:

Anonymous said...

macam tak percaya aje PAS boleh orentasikan matlamat menghalalkan cara...