Nov 27, 2012

#PAU2012 : @Khairykj Melancarkan Kelab Penyokong BN IPTA @TunFaisal @RazlanRafii @CQ_Rain



1. Tengahari tadi bertempat di Dewan Tun Razak 2, Khairy Jamaluddin telah melancarkan Kelab Penyokong BN IPTA seluruh negara bersempena dengan majlis tradisi, Majlis Makan Tengahari Pemuda UMNO.

2. Khairy telah memberikan ucapan mula dengan menyatakan bahawa sokongan golongan muda telah kembali ke pangkuan Barisan Nasional dan UMNO.

3. Jikalau dahulu, orang muda tidak mahu mempamerkan sokongan mereka terhadap kerajaan tetapi kini orang muda telah berubah malah berani untuk menunjukkan 'baju' yang mereka pakai, iaitu Barisan Nasional.


4. Khairy juga menyebut bahawa apabila pembangkang memperoleh sokongan golongan muda khususnya mahasiswa, pembangkang tidak mengajak mereka ke arah kemajuan ataupun perpaduan.

5. Apa yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang ini hanyalah menuju kerosakan dan kehancuran. Pembangkang mengajar golongan muda ini untuk merusuh, berdemonstrasi dengan ganas, serta tidak lagi hormat kepada pemimpin, polis, jalur gemilang malah orang tua sekalipun.


6. Berbeza dengan apa yang dibawa oleh Barisan Nasional kepada golongan muda ini. Khairy telah mempekenalkan satu konsep kesukarelawanan melalui BN Youth Volunteer.

7. Melalui konsep BNYV ini, Khairy telah berjaya menyalurkan tenaga muda ke arah yang lebih progresif serta dapat memanfaatkan kepada kemajuan negara. Golongan muda kini mempunyai saluran khusus untuk menyumbang kembali kepada negara.

8. Melalui pelbagai program yang telah diatur sepanjang tahun ini, golongan muda telah kembali menyokong kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO yang diterajui oleh DS Najib.

9. Buktinya adalah pada Pilihanraya Kampus yang lepas. Di mana 18 daripada 20 IPTA seluruh negara berjaya dipimpin oleh mahasiswa yang menyokong aspirasi universiti dan bukannya menyokong pembangkang.

10. Khairy juga menjelaskan bahawa pembangkang kini telah takut dengan BN. Kalau dahulu pihak pembangkang melalui mahasiswa pro-pembangkang bermati-matian untuk menghapuskan AUKU, tetapi apabila AUKU dipinda, mereka pula yang takut kerana apabila mahasiswa dibenarkan menunjukkan warna sebenar mereka, jelas yang kelihatan adalah 'biru' semata-mata.

11. Kelab Penyokong BN IPTA ini akan ditubuhkan di luar universiti bagi mematuhi AUKU yang dipinda tersebut. Tetapi Khairy menyebut, tidak akan jauh daripada universiti tersebut.

12. Selain daripada menyentuh hal kelab tersebut, Khairy juga berpesan kepada pewakilan Pemuda UMNO.

13. Beliau berpesan agar Pemuda menjadi orang yang terakhir meninggalkan dewan dalam satu-satu perkara. Beliau tidak mahu seperti mana yang berlaku kepada Muktamar PAS ke-58 tempoh hari apabila ketua umum mereka habis berucap, 80% daripada perwakilan meninggalkan dewan.


14. Kekuatan asas bagi Pemuda adalah dari peringkat cawangan dan bahagian. Daripada peringkat inilah kekuatan itu disalurkan kepada peringkat lain. Sekiranya peringkat cawangan ataupun bahagian gagal, jangan haraplah peringkat lain akan menyambut perjuangan mereka.

15. Khairy juga berterima kasih kepada Ustad Fathul Bari atas sokongan beliau kepada Pemuda UMNO. Pemuda memang memerlukan golongan ilmuan agama untuk menasihati dan memberikan apa-apa cadangan yang boleh membantu memperkukuhkan institusi agama Islam di kalangan golongan muda di negara kita ini.


16. Akhir majlis, Khairy, Dato Razali dan semua kepimpinan Pemuda UMNO beramah mesra dengan hadirin yang datang memeriahkan majlis tersebut.

2 comments:

Anak Perelih said...

kalau macam ni PAS, PKR dan DAP kena lah boleh tubuhkan kelab penyokong di IPTA jugak ye...??? barulah adil dan demokratik kan???

Salah Ad-din said...

Boleh... tapi bukan berpusat di dalam IPT tersebut. Perlu berpusat di luar IPT