Sep 3, 2018

[VIDEO] #TERKEJUT : Guan Eng Mengaku Main Hentam Kadar SST!


Beginikah tatacara kerja seorang Menteri Kewangan yang menentukan polisi ekonomi di negara kita?

Saya amat terkejut apabila dasar polisi yang diambil adalah sekadar 'hentam' sahaja tanpa membaca keseluruhan dokumen pewartaan SST.


Sekiranya inilah jawapan yang diberikan oleh mana-mana menteri Kerajaan BN dahulu, sudah tentu tidak cukup tanah dimaki hamun, dicerca oleh Pakatan Harapan termasuk penyokong dan cybertrooper mereka!

Adakah kita mahu meletakkan kepercayaan menguruskan ekonomi negara di tangan individu yang hentam kromo meletakkan kadar SST dan itupun setelah ditegur oleh Dato' Sri Najib!

Ekonomi negara bukan perkara main-main yang boleh main hentam-hentam sahaja.

Sekiranya perkara inipun dihentam oleh Guan Eng, apa lagi polisi dan dasar ekonomi lain yang turut dihentam!

Kemudian di akhir video, dia kata pula yang orang ramai masih keliru dengan SST, orang ramai cuma ikut panduan yang dikeluarkan.

Kamu tu yang keliru sebenarnya!

Cuma baca beberapa perkara di atas, kemudian hentam semuanya 10%!

Gila betul ada Menteri Kewangan macam dia ni!

No comments: