Sep 2, 2018

Melayu Bukan Lagi Suara Majoriti Di Malaysia


Bersembang dengan sahabat baik yang kini mengasingkan diri daripada politik buat seketika.
Katanya;
Kerajaan PH sekarang ini sedang berkhidmat untuk memuaskan hati majoriti pengundi mereka sahaja iaitu dari kalangan pengundi kaum Cina yang mewakili lebih daripada 70% pengundi mereka.
Dan mereka ini juga terdiri daripada majoriti pembayar cukai yang tidak suka duit mereka itu disalurkan untuk membiayai keperluan golongan B40 yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu.

Desakan sebegini sudah lama berlaku, cuma kerajaan sebelum ini memekakkan telinga kerana memikirkan kebajikan golongan B40.
“Kurangkan perbelanjaan kerajaan untuk menanggung “biawak hidup” (orang Melayu)” - kata mereka.
Sekiranya terdapat satu jumlah perbelanjaan kerajaan berbentuk subsidi yang hanya menguntungkan satu-satu kaum maka perkara tersebut akan diminta untuk dihentikan.
Contoh:
1. BR1M tidak menguntungkan kaum cina kerana 70% penerima BR1M adalah kaum Melayu dan lebih baik peruntukan digunakan untuk pembangunan negara.
2. Yang terima Perkhidmatan Kesihatan Kerajaan ramai dari kaum Melayu, lebih baik subsidi kesihatan disalur kepada pembangunan negara.
Begitulah seterusnya.
Bacalah buku The Chinese Dilemma utk memahami psyche orang Cina Malaysia.
Bangsa Melayu yang merupakan kaum MAJORITI di negara kita kini menjadi suara MINORITI kerana terpecah kepada 4 kumpulan besar;
i. Pengundi BN
ii. Pengundi PAS
iii. Pengundi PH
iv. Tidak mengundi/daftar undi
Makanya, orang Cina sebanyak 97.2% sebulat suara mengundi PH akan dilayan terlebih dahulu.
Sekiranya UMNO mahu terus kekal releven maka perjuangan dasar Melayu-Islam harus dikekalkan dan pastikan mendapat kepercayaan lebih daripada 60% pengundi Melayu.
Buat masa ini TIADA formula yang sesuai tanpa mengorbankan perjuangan asal UMNO untuk mendapat sokongan kaum Cina kerana kehendak mereka sedang dipenuhi ketika ini.

No comments: