Sep 7, 2018

Fahami Perkongsian Kuasa Malaysia



Konsep berkongsi kuasa dalam Kerajaan Malaysia menerusi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 1957 telah dijadikan asas dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (1963). Pindaan yang dilakukan ialah meningkatkan definisi bumiputera dengan memasukkan definisi Bumiputera kepada Pribumi Asal Sabah dan Sarawak, hak-hak eksklusif bumiputera dan sebagainya.

Tuntutan sesetengah pihak yang kononnya Negara Malaya bergabung dengan Negara Sabah, Sarawak dan Singapura (1965) melalui perkongsian kuasa yang sama rata diantara empat negara dan dikatakan selepas bergabung, hak-hak Sabah dan Sarawak tidak dipenuhi ataupun pembangunan di Sabah dan Sarawak tidak dititiberatkan oleh Kerajaan Persekutuan.



Sebenarnya, kuasa sesebuah kerajaan federasi berkonsepkan perkongsian kuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Dalam konteks pembangunan, setiap negeri bertanggungjawab membangunkan negeri masing-masing dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat. Semua kerajaan negeri mempunyai autonomi tersendiri mengikut perjanjian yang dibuat bersama dalam pembentukan negara ini. Contohnya, pemilikan tanah, pekerja dalam kerajaan negeri (mesti anak negeri), peraturan imigresen tersendiri, pengendalian pembekalan air, elektrik (Sesco atau SESB), dan sebagainya.

Sesebuah negara Federasi berbeza berbanding Unitary. Contoh Federasi ni macam Amerika Syarikat, manakala unitary ni macam United Kingdom. Walaupun Negara kita adalah Negara Monarki Berpelembagaan, tetapi negara kita juga mengamalkan system demokrasi berparlimen.

Dalam tempoh kemerdekaan sehinggalah dasar ekonomi baharu (1950-1970), sumbangan ekonomi negara kita lebih tertumpu kepada bijih timah dan perladangan getah. Kekayaan sector inilah yang telah menyelamatkan ekonomi Britain yang telah ranap semasa perang dunia kedua dan selepas merdeka, kedua-dua negara Malaysia dan UK dapat manfaat daripada kedua-dua sector yang tidak jatuh-jatuh pada masa tersebut.

Selepas menyertai Malaysia, hasil petroleum dan pembalakan dimasukkan ke dalam sector Utama ekonomi Malaysia, dalam 30-40%, termasuklah yang dijumpai di laut Terengganu dan pembalakan di Semenanjung. Hasil petroleum ini pula semakin berkurang  (lebih kurang 18% sahaja) daripada KDNK Malaysia berbanding sector pembuatan yang berjalan giat sejak dari zaman Tun Abdul Razak hingga kini.

Penyertaan Sabah dan Sarawak bersama Malaysia dengan mengekalkan konsep perkongsian kuasa menyebabkan rundingan di Manila (dan pembentukan MaPhiLIndo) menemui jalan buntu untuk menggagalkan pembentukan ini. Ini kerana, Filipina yang menuntut Sabah adalah Negara Unitary yang dipimpin oleh seorang Presiden serta Indonesia pula menyokong pergerakan radikal Parti Rakyat Brunei (PRB) dalam konflik bersenjata (TNKU). Resolusi PBB mendapati rata-rata rakyat Sabah dan Sarawak pada ketika itu menyokong pembentukan Malaysia, selaras dengan Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk setahun sebelumnya.

No comments: