Mar 9, 2013

Konspirasi Lahad Datu VS Konspirasi Liwat II #LahadDatu #AnwarPeliwat


1. Tidak sempat 12 jam setelah kenyataan media oleh Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mod Lazim, Saiful sendiri sudah membuat kenyataan medianya sendiri.

2. Saiful sekeras-kerasnya menyatakan bahawa beliau tetap dengan dakwaan beliau bahawa DS Anwar telah meliwat beliau.

3. Malah Saiful sendiri telah bersumpah laknat atas dakwaan tersebut.

4. Dan lebih mengecewakan apabila terdapat segelintir manusia yang masih lagi percaya akan DS Anwar walaupun beliau tidak bersumpah pun.

5. Dan Saiful juga mendakwa bahawa ini adalah taktik DS Anwar Ibrahim yang ingin mengalihkan perhatian daripada isu 'pengkhianat negara'.

6. Setelah dihimpit denga isu yang lebih kritikal, DS Anwar cuba melarikan fokus umum daripada Krisis Lahad Datu.

7. Permainan media Pembangkang kali ini dilihat terlalu amatur dan tidak dirancang dengan baik.

8. Mungkin juga 'peluru' ini ingin disimpan menjelang hari mengundi supaya tidak ada masa untuk menjawab balas isu ini.

9. Namun apabila 'peluru' ini 'ditembak' pada ketika ini, ternyata ia telah memakan tuan.


9a. Lupakah bahawa Chegu Bard sendiri telah mengeluarkan satu artikel yang menuduh bapa Saiful kaki judi dan pernah cuba melacurkan isterinya sendiri untuk mendapatkan wang.

9b. Tidak mustahil bapa Saiful, kini berumur 60 tahun dan tidak bekerja sanggup dibayar untuk memburukkan anaknya sendiri. Isterinya pun sanggup dilacurkan apakan pula anaknya sendiri.

10. Tambahan lagi apabila Nur Misuari sendiri telah mengirimkan status Facebook menyokong tindakan bapa Saiful untuk membersihkan nama DS Anwar.

11. Ternyata wujud satu hubungkait DS Anwar dan Misuari yang lebih sekadar kenalan.

12. Media Kanada turut mengeluarkan artikel merumuskan bahawa DS Anwar merupakan boneka US dan dalang di sebalik Krisis Lahad Datu. Tidak beranikah beliau untuk saman media Kanada tersebut.

13. Kesimpulannya, karier politik DS Anwar semakin menuju ke penghabisan. Doa PAS untuk BN telah berbalik kepada Pakatan Pembangkang sendiri.

14. Mereka yang selama ini berdoa agar ditunjukkan kebenaran juga mungkin sudah dimakbulkan Allah SWT. Tetapi bergantung kepada mata hati mereka untuk melihat petunjuk yang diberikan ini.

15. Perlu diingatkan bahawa UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional tidak merancang langsung untuk berlakunya keadaan sebegini. Ini semuanya berlaku akibat daripada pihak Pakatan Pembangkang sendiri yang merancang permainan mereka dengan lemah dan terdapat pelbagai persoalan yang rakyat sendiri boleh persoalkan.

16. Yang masih menyokong bapa Saiful dan cuba menjustifikasikan bahawa wujudnya 'konspirasi' hanyalah jentera Pakatan Pembangkang sahaja.

17. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

P/S: Adakah strategi DS Anwar selepas ini adalah untuk mendedahkan pengakuan 'pengarah' video seks DS Anwar Ibrahim yang kononnya ini juga adalah konspirasi UMNO.





1 comment:

Anonymous said...

Rupanya tuduhan Tian Chua cuma menggambarkan hakikat partinya sendiri.

Mana Tian Chua sekarang ye?