Mar 5, 2013

#ManifestoBukanJanji : Janji Dahulu Dilupakan, Janji Baru Dibuat. Khalid... Khalid... #LahadDatu


1. Ketokohan untuk menipu memang nampaknya selari dan sejajar di kalangan kesemua pemimpin PKR.

2. Mulanya, Tian Chua menafikan menghina anggota keselamatan kita yang mati terkorban dengan panggilan 'mati katak'.

3. Kemudian, mentah-mentah Anwar menipu semasa sidang media dengan mengatakan tidak ada satu mediapun daripada Filipina menyebut nama beliau.

4. Kini sampi kepada giliran TS Khalid Ibrahim pula.



5. Seperti yang diterbitkan di dalam KeadilanDaily.com, MB elangor ini berjanji yang Kerajaan Selangor akan memberikan peruntukan dana khas RM10 juta untuk wira-wira negara yang terkorban semasa insiden Lahad Datu.

6. Lupakah beliau kepada janji yang sama beliau berikan kepada golongan ibu tunggal Selangor yang juga merupakan balu tentera.

7. Tunaikan dahulu janji kepada ibu tunggal ini sebelum membuat janji baru.

8. Dengan mengambil langkah populis dan kepentingan diri sendiri, TS Khalid sekali lagi memberikan harapan palsu kepada rakyat Selangor.

9. Sekiranya benar-benar beliau berikan RM10 juta ini, maka hak ibu tunggal yang terdahulu juga harus ditepati.

10. Tetapi jika dibandingkan dengan pengalaman lalu, tentu sahaja janji ini sama sekali tidak akan ditepati langsung.

11. Kalau dahulu beliau katakan 'Manifesto Bukan Janji' maka adakah kali ini beliau akan katakan pula 'Janji Bukan Manifesto'.

12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: