Mar 5, 2013
#LahadDatu : Perancangan @AnwarIbrahim Semakin Menjadi Realiti
1. Seperti yang telah disebut di dalam banyak blog-blog lain mengenai insiden Lahad Datu ini, nampaknya Ketua Pengganas, Jamalul Kiram III telah menyatakan matlamat sebenar mereka.
2. Seperti yang diketahui bahawa insiden ini diberikan tanggung jawab kepada pihak Polis DiRaja Malaysia dan bukan ATM jelas menunjukkan bahawa Malaysia tidak mahu kuasa asing campur tangan di Malaysia.
3. Namun begitu, perancangan DS Anwar Ibrahim bersama Nur Misuari jelas menunjukkan mahu PBB campur tangan agar mendapatkan penglibatan kuasa asing di bumi Malaysia ini.
4. Apabila PBB mula turun ke Malaysia kononnya atas dasar pasukan pengaman, secara tidak langsung mereka telah menempatkan agen-agen asing yang tidak diketahui latar belakangnya bebas bergerak di bumi Malaysia.
5. Usaha Anwar Ibrahim memanggil Xenophon dari Australia kononnya untuk memantau PRU-13 menemui jalan buntu apabila Imigresen dengan kuasa yang dimandatkan oleh undang-undang bertindak untuk melarang kemasukan Senator daripada Australia tersebut.
6. Maka langkah seterusnya yang diambil oleh Anwar Ibrahim adalah mencetuskan insiden Lahad Datu.
7. Kerana beliau tahu yang DS Najib tidak boleh sama sekali mengumumkan tarikh pembubaran parlimen semasa darurat berlaku.
8. Inilah yang Anwar Ibrahim harapkan dengan adanya sokongan daripada PBB serta pasukan pengamannya maka pelbagai cara boleh digunakan untuk menggulingkan kerajaan.
9. Demi mencapai kuasa politik ini, DS Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja.
10. Apabila ATM mula campur tangan maka dunia akan mengalihkan perhatian khusus terhadap Malaysia kononnya untuk memastikan apa segala Geneva Convention dan apa jua Convention dipatuhi.
11. Pada masa yang sama, oleh kerana ini sudah menjadi krisis antarabangsa, maka menjadi satu keperluan untuk PBB menghantar pemerhati-pemerhati ini.
12. Segala urusan akan berlarutan dan proses mencapai kedamaian menjadi lebih sukar.
13. Inilah yang sering dilakukan di mana-mana daerah bergolak di serata dunia.
14. Hasilnya adalah seperti Timur Timor yang memperoleh pembebasan wilayah. Achech juga diberikan autonomi dan banyak lagi contoh-contoh lain.
15. Apa yang perlu DS Anwar Ibrahim perlu menjawab kepada rakyat Malaysia adalah apakah tujuan dan perbincangan beliau sewaktu berjumpa dengan pihak pengganas sebulan yang lalu.
16. Itu yang rakyat Malaysia nanti-nantikan.
17. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Teroris bangsat ni patut kena bunuh je.
Ni Anwar punya suara masih ada power lagi la. sebenarnya apa yang membuat suara Anwar ni POWER. Siapa dibalik menyampaikan suara Anwar ni? Kenapa anwar dipilih untuk kehadapan? Golongan mana menjadi target mempromosikan suara Anwar ni?
Post a Comment