May 17, 2012

Spekulasi Penggabungan UMNO-PAS #UMNOPAS


1. Akhbar Sinar pada hari ini telah memaparkan satu artikel bertajuk "Nik Aziz Sedia Berdepan UMNO" dengan sub-tajuk "Pintu Parti Itu Sentiasa Terbuka Untuk Semuka Sesiapa Sahaja".

2. Permainan Nik Aziz semakin terdesak apabila pakatan PAS dan DAP semakin kritikal.

3. DAP semakin menggila dengan kuasa dan bertindak di luar batasan keselesaan PAS.

4. Isu Negara Islam dan Hudud yang sentiasa menjadi makanan PAS kini dihimpit dengan ugutan-ugutan terbuka daripada DAP.


5. DAP Kedah pula meminta lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen. PAS Kedah semakin tertekan dibawah kepimpinan Azizan Razak.

6. PAS di P.Pinang pula ditipu oleh DAP dengan pos Exco Agama yang sepatutnya diberikan kepada wakil dari PAS tidak diberikan.

7. Hasan Ali pula dibuang dari jawatan Exco Selangor juga akibat daripada DAP membela isu murtad di DUMC.


8. Rentetan daripada kes-kes ini, golongan Ulama PAS semakin keliru dengan perjuangan PAS.

9. Awang Hadi, Nasarudin Mat Isa, Ust. Harun Din kini berfikir-fikir untuk meninggalkan PAS mengikut jejak Hasan Ali.


10. Tetapi permainan Nik Aziz belum berhenti lagi. Beliau tidak mahu ikon-ikon PAS ini untuk meninggalkan PAS dan masuk ke UMNO dan akhirnya membunuh PAS.

11. Di sini golongan Erdogan PAS, di bawah Husam Musa akan memainkan peranan untuk menggagalkan perkara ini.


12. Maka permainan Erdogan PAS dengan menggunakan Nik Aziz sebagai 'puppet' peribadinya mengeluarkan kenyataan tersebut.

13. Jika diperhatikan, Nik Aziz pernah melarang sebarang tindakan atau kenyataan mana-mana ahli PAS tentang kerajaan perpaduan.


14. Tetapi kini beliau pula yang hendak membuka pintu rundingan.

15. Adakah niat beliau betul-betul ikhlas ataupun dikawal oleh puak Erdogan?

16. Dengan mengeluarkan kenyataan sebegini, keputusan Awang Hadi, Nasarudin Mat Isa dan Harun Din untuk keluar PAS dapat dilengahkan ataupun dibatalkan terus.

17. Tetapi Salah Ad-Din percaya yang kenyataan Nik Aziz ini adalah omong kosong semata-mata dan satu lagi permainan politik Erdogan PAS.

18. Peruntukan yang disalurkan ke Erdogan PAS semasa PRU ke12 dahulu oleh DAP dan Anwar Ibrahim adalah terlalu lumayan untuk ditolak. 


19. Dan sekiranya PAS hancur akibat tindakan ketiga-tiga ikon ini, peruntukan PRU ke13 yang sememangkan akan lebih lumayan tidak akan dapat sama sekali.

20. Maka dengan penelitian sebegini, Salah Ad-Din memohon agar mana-mana ahli PAS yang sedang berperang dengan jiwanya sendiri dapat berfikir seketika.

21. Saya amat harapkan yang spekulasi saya ini salah dan Nik Aziz benar-benar mahu bergabung dengan UMNO untuk bersama menentang ancaman daripada DAP dan Anwar Ibrahim.

22. Semoga Allah Taala memberkati penyatuan Umat Mim di Bumi Malaysia ini dan sabda Rasullullah mengenai kebangkitan Panji Hitam dari Timur yang dibawa oleh Pemuda Tamim adalah kita, umat Islam Tanah Melayu. InsyaAllah.

3 comments:

Unknown said...

umno dan pas tak perlu bergabung tapi kedua-dua parti ni berada bawah bn. mcm gerakan dgn mca

Otak geliga said...

ramai rakyat yg masih SEGAR AKALNYA melihat dlm situasi sama sebagaimana saudara Salah tulis

tiada salahnya UMNO utk menerima gula2 PAS, cuma tak perlu UMNO yg menunjukkan kegelojohan dahulu setelah dihina PAS dgn pelbagai rupa

PAS sudah byk kali menunujukkan mereka TIADA MARUAH dgn menjilat kembali apa yg mereka ludah kepada UMNO & tanpa segan silu menghina UMNO semula.....itu ADAT PAS

tapi demi agama, bangsa & negara, UMNO kena sahut RENGEKAN PAS tetapi biarlah dlm keadaan PENUH WASPADA & tak mengharap apa2 yg BAIK akan berlaku.
-------------------------------------------------
utk Faris Adli

tidak perlu PAS diletakkan di bawah BN...PAS sudah byk kali mengkhianati & mendatangkan kemudaratan pada BN.....penubuhannya dahulu juga adalah dari serpihan UMNO & sejarah sudah membuktikan kemasukan PAS ke dalam BN hanya merugikan BN & lebih byk mendatangkan kemudaratan SELAGI ketua mudarat masih berkuasa.

TAK PERLU difikir benda yg tak akan terjadi sebelum PRU-13 ini. sedangkan skrg PAS dlm PR juga BERANI membelakangkan PKR & biaDAP, ini menunjukkan PAS hanyalah sebuah parti yg oppurtunist & hanya pentingkan diri sendiri, tiada pendirian & integriti....maka sudah tentulah tiada jaminan langsung PAS tidak akan TIKAM BELAKANG UMNO buat kali keberapa....x terkira dah.

cukup PAS & BN berpakat menjaga ABN/Alif, ba & ta...tetapi di luar payung berbeza.....itu sudah cukup menggerunkan musuh2 Islam & Melayu.

Otak geliga said...

seperti dijangka muzakarah BATAL & UMNO yg SALAH....kan dah kata, PAS ni bawa lebih MUDARAT dr MANFAAT....hehehehe