Apr 29, 2013

#PRU13 #TolakPR #SaveSelangor : Petanda Selangor Nak Jatuh ke Tangan BN!


1. Strategi biasa Pakatan Pembangkang ini adalah untuk menuduh secara rambang terhadap BN perkara yang mereka lakukan selama ini. Dengan kenyataan seperti ini, Pakatan Pembangkang ini secara semulajadi telah menyediakan alasan mengapa mereka bakal kalah PRU-13 ini di Selangor.

2. TS Khalid dengan tidak malunya telah menuduh UMNO memasukkan 130,000 pengundi Selangor daripada luar Selangor untuk mengundi BN pada 5 Mei kelak.

3. Selama ini pun, Pakatan Pembangkang dengan lantang menuduh pengundi hantu tetapi pada hakikat sebenarnya pengundi hantu adalah sumber dari mana mereka memperoleh majoriti undi.

#TolakPR #PRU13 : Maka Benarlah Penyokong PAP Dari Singapura Berkempen Untuk DAP Di Malaysia!



1. Sewaktu penamaan calon di Johor Bharu tempoh hari, sahabat Salah turut serta mengikuti perarakan calon pembangkang, Dr. Boo Cheng Hau, Salahuddin Ayub dan Lim Kit Siang.

2. Namun, terdapat sekeping gambar ini telah menimbulkan tanda tanya buat semua.

Apr 28, 2013

#TolakPR : Bila Kakitangan Kerajaan Dipanggil 'Kera Jagaan'. #GE13


1. Calon P160, Johor Bharu telah bersikap melampau di dalam ceramah beliau apabila menggelarkan kakitangan kerajaan sebagai 'Kera Jagaan'.

2. Lupakah beliau bahawa guru yang mengajarnya di sekolah dahulu juga 'kera jagaan', yang mengajar anaknya di sekolah kini pun 'kera jagaan', malah uztadz yang mengajarnya ilmu agama juga adalah 'kera jagaan'.

3. Sekiranya beginilah sikap seorang calon yang bakal menjadi wakil kepada 'kera jagaan' ini, memang patut beliau ditolak sekeras-kerasnya.

4. Parti yang beliau bawa juga harus dipertanggung jawabkan ke atas dakwaan yang menghina hampir 1.4 juta kakitangan 'kera jagaan' ini.

5. Sepatutnya, calon ini harus mengambil iktibar daripada kata-kata yang selalu saya ucapkan.

6. 'Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara'

#TolakPR : Antara Penjual Pil Kuda, Karl Marx dan Parti Islam SeMalaysia.




1. Nampaknya pertembungan 6 penjuru di Kota Damansara bakal menjadi 5 penjuru sahaja dengan penarikan diri oleh calon PAS.

2. Walau bagaimanapun, SPR tetap tidak akan menerima penarikan diri tersebut dan calon PAS tetap akan tertera di dalam kertas undi.

3. Sebanyak 7 kawasan pada mana terdapat pertindihan antara kerusi PAS dan PKR yang hanya diselesaikan selepas penamaan calon oleh SPR, 20 April yang lepas.